Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’’. Fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.
Dalam pada mahu kelihatan kuat, ada ketika jiwa wanita rapuh. Namun golongan ini tidak boleh lemah ini kerana pasti ada yang akan mengambil kesempatan ke atas diri mereka.
Oleh itu sebagai seorang wanita sememangnya perlu kuat! Wanita sememangnya sangat hebat. Wanita nampak hebat di luar namun siapa sangka di dalam hati mereka, hanya mereka saja yang tahu. Malah mereka juga tidak boleh lembik untuk teruskan kehidupan mereka seharian.
Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Firdaus Shakirin, memuji sikap wanita yang begitu kuat. Malah ada ketikanya walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah golongan wanita tidak pernah berputus asa.
Jika mereka lemah pasti ada yang akan pergunakan mereka. Sememangnya apa yang dibicarakan sangat berguna buat wanita. Sememangnya golongan ini sangat hebat!
“Orang perempuan nampak kuat, tapi sebenarnya ‘fragile’…
Dia tahu ada ketikanya dia lemah selemah-lemahnya…dia tahu, ada ketikanya dia putus asa dan tak daya nak buat apa-apa…dia tahu, ada ketikanya airmatanya akan mengalir laju selaju-lajunya…
Ads
Masa tu dia ‘fragile’…masa tu diri dia rapuh…
Dia dah usaha utk kuat, dia dah cuba utk sabar, dia dah paksa diri utk tabah, tapi dia sedar tahap dan batas dia…setakat tu ja kemampuan dia…
Dia tak boleh tipu diri dia…
Tapi dalam masa yg sama, dia juga tak boleh tunjuk yg dia tu lemah… Nanti akan ada org yg pijak dia, lanyak dia, perguna dia, hina dia…nak tak nak, dia kena kuat, tunjuk kuat, jadi kuat…
Dia tak boleh “lembik” utk teruskan kehidupan dia,” nasihat Firdaus Shakirin.
Nama pun pasangan suami isteri. Jangan limitkan bahagia sampai tak boleh bergaduh langsung, hidup ini bukannya drama. Hanya bahagia memanjang.
Sudah tentu dalam hubungan suami dan isteri ada pasang surutnya. Ada masanya gembira dan bahagia serta adakala bertegang urat.
Kongsi Firdaus Shakirin, dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap juga…
Jangan Limitkan Bahagia Sampai Tak Boleh Bergaduh Langsung
Ada hari tak bertegur sapa dan ada hari bermasam muka. Malah ada hari tengok muka pun jadi meluat tak terkira…
Tapi tetap bahagia disebabkan bahagia itu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, atau hari-hari riang ria…
Ada harinya yang kita tak berlaga angin bak kata orang utara…
Kemudian, ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat… Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam itu…
Selepas itu bila sudah berbaik balik, bercakap pun macam biasa saja…
Tidak ada masam muka, mulut muncung, sudah kembali bertegur sapa macam tidak ada apa-apa yang berlaku…
Suami masuk tandas pun sudah rindu bila time tengah baik ini…
Lumrahnya kehidupan suami, isteri ini begitulah… Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan itu sebagai BAHAGIA…
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia itu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tidak boleh merajuk, kena bercakap, selalu kena senyum, kena gembira sentiasa…
Hidup Ini Bukannya Drama
Hidup ini bukannya drama yang skripnya sudah ada… kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya…
Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh hendak jangka…
Ada orang kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia…
Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha… Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi itu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar…
Orang lain mungkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita…
Mingguan Wanita : Rumah tangga yang bahagia pasti banyak warnanya, bertengkar dan bermasam muka kadang-kadang membuatkan kita lebih memahami pasangan. Hari ini bertikam lidah, esok lusa berbaik semula.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tidak dinafikan wanita dijamin masuk syurga asalkan memenuhi 4 syarat yang telah ditentukan oleh Allah. Namun teryata ia tidaklah semudah yang disangka. Ramai isteri sukar untuk memenuhi syarat keempat iaitu mentaati suami, apabila diuji dengan suami yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah tersendiri sehingga menguji tahap kesabaran yang tertinggi.
Dalam satu kuliyyah oleh penceramah Ustazah Asma Harun ada menjelaskan bahawa wanita itu boleh masuk daripada mana-mana pintu syurga yang dia nak masuk. Syaratnya kena penuhi 4 perkara ini;
1. Dia menjaga solatnya. 2. Berpuasa di Bulan Ramadhan. 3. Menjaga Maruah. 4. Mentaati Suami.
Menurut Ustazah Asma lagi, ramai perempuan boleh lulus bab jaga solat, berpuasa dan menjaga maruah. Tapi yang keempat adalah yang paling payah iaitu mentaati suami. Ramai yang diuji suami sampai mati. Sampailah dicatat oleh Allah sebagai “As Sobirin” orang-orang yang sabar.
Mati sebagai orang yang sabar itulah orang yang paling beruntung. Sebab para penghuni syurga Allah paling ramai dikalangan “As Sobirin” iaitu golongan para nabi dan wali Allah.
Suami Pahala Sabar
Tambah ustazah lagi, diri kita sangat istimewa apabila Allah jadikan kita sebagai wanita, Allah meletakkan kita boleh masuk mana-mana pintu syurga dengan 4 perkara tadi dan ikat dengan suaminya.Sebab apa daripada suamilah pahala sabar kita.
Gudang pahala kita yang utama bukan di pejabat, bukan diluar orang berniaga, tapi gudang pahala terbesar wanita adalah di rumahnya sendiri. Dimana ketiga-tiga perkara itu dia boleh dapat dirumahnya sendiri.
Jangan kita melihat suami yang menguji sabar kita, tapi kita lihat Allah yang menguji kita, suami perantaraan.Jangan kita melihat anak yang menguji sabar kita, tapi yang uji kita sebenarnya Allah dan anak sebagai perantaraan.Setiap kali apa yang berlaku, Allah yang menguji kita.
Sebab itu Nabi SAW bersabda didalam Hadis Qudsi;
“Apabila hambaku diuji, aku akan mengutuskan bersama ujian tersebut malaikat bersamanya.Dan sekiranya hambaku itu terima dengan redha dan sabar, dia berhak mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tapi sekiranya hambaku menerima ujian itu dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku”.
Tip Ketika Ditimpa Ujian
Antara Tips yang dikongsikan oleh Ustazah Asma ketika diuji, ucapkanlah “Inna lillahi wa inna lillahi rojiun”.
“Apabila hambaku ditimpa musibah,lalu mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” mereka itulah yang akan mendapat solawat dan rahmat pertolongan daripada Allah”
Apabila ditimpa ujian ucaplah “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun”.Bermaksud sesungguh ia datang daripada Allah dan dikembalikan semula kepada allah.
Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan penggunaan kalimah “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” yang sering dikaitkan dengan kematian. Sebenarnya maksudnya lebih daripada itu, segalanya diserahkan kepada Allah dan segala urusan pun jadi lebih mudah dan mendapat pertolongan daripada Allah. Ada apa-apa ujian, lebih cepat seorang hamba menyerahkan segala ujian kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu datang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita. Sama-samlah kita berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami. Ketika ditimpa ujian, amalkanlah mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun”, semoga segalanya dipermudahkan.
Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran & Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”. Jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam.
Mak-mak dan anak-anak lepasan SPM yang tidak dapat tawaran sambung belajar ke universiti awam janganlah kecewa. Sebenarnya banyak peluang untuk anak-anak anda teruskan pembelajaran.
Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU.
Menerusi perkongsian Pensyarah English di Majlis Amanah Rakyat, IKM, Puan Nor Shazwani Shamshudin menerusi perkongsian di Facebook memberi pencerahan tentang peluang pengajian di bawah MARA.
Rupanya MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.
Penjelasan dari Puan Nor Shazwani mampu memberi input dan info berguna buat mak-mak di luar sana untuk pengajian anak-anak anda. Malah MARA juga merupakan ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.
“Sebenarnya saya tak jangka komen dan posting berkenaan anak penyanyi Nora menjadi viral di FB.
“Saya telah menulis tentang TVET MARA sejak beberapa tahun yang lalu, dan jarang yang viral. Nak dapat 20 like pun susah sebenarnya.
“Saya sekadar berkongsi dengan ibu bapa atau calon pelajar yang sedang mencari maklumat untuk menyambung pengajian selepas SPM.
“Dan rupanya ramai tidak tahu tentang peluang pengajian di bawah MARA. MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.
“Meh saya kongsikan.
“Semua sudah maklum, institusi pendidikan MARA paling popular mestilah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Selain itu kami ada Giat MARA, ada Institut Kemahiran MARA (IKM), ada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), ada Kolej Profesional MARA (KPM) dan ada Kolej MARA (KM).
“Untuk cabang swasta pula kami ada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), GMI, dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
“Hari ini saya kongsikan tentang Giat MARA, IKM dan KKTM ya, Institusi pengajian kemahiran dan teknikal yang sekian lama wujud dan menjadi ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.
“Saya cuba terangkan dalam bahasa yang paling mudah supaya senang faham.
✅ Calon perlu menguasai asas membaca, menulis dan ada minat
✅ Tempoh latihan 6- 12 bulan
✅ Pemohon perlu berusia 15 tahun ke atas
✅ Latihan ditanggung MARA dan pelatih menerima elaun bulanan
✅ Fokus kepada bidang kemahiran, tidak perlu belajar subjek Pengajian Am (Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya)
✅ Menerima sijil Giat MARA dan SKM tahap 2 dan 3
✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung ke IKM untuk SKM tahap 3 dan seterusnya
“So, Giat MARA ini untuk yang tercicir akademik ya!
“Tidak semestinya‼️
“Ramai pelatih Giat MARA mempunyai keputusan SPM yang baik. Mereka masuk ke sana kerana berminat dengan kursus yang ditawarkan.
“Giat MARA adalah untuk yang berminat dengan kemahiran dan mahu berusaha dari bawah.
“Boleh google ya giatmara
2️⃣ IKM
✅ Ada di hampir semua negeri
✅ Fokus kepada peringkat sijil, tetapi di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan beberapa pusat lain lagi ada program sijil dan diploma
✅ Wajib lulus SPM- Syarat akademik lain bergantung kepada keperluan program
✅ Had umur memohon 40 tahun
✅ Tempoh pengajian 2- 3 tahun
✅ Yuran pengajian ditanggung MARA (ada bayaran dikenakan sewaktu pendaftaran) dan pelajar menerima elaun bulanan
✅ Belajar subjek teknikal dan Pengajian Am (akademik)
✅ Graduan menerima sijil/ diploma IKM dan SKM tahap 2 atau 3 (ikut program), DKM 4 atau DLKM 5 untuk program diploma serta ada pengiktirafan MQA/ ETAC. Ada program mendapat pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya (mengikut program).
✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.”
Boleh ke KKTM, UniKL atau IPTA/ IPTS dan pusat kemahiran lain
“IKM ni untuk orang lemah akademik ke⁉️
“Takkk‼️
“IKM untuk individu yang sudah merancang dan nampak masa depannya dalam bidang teknikal.
“Sekarang semakin ramai lepasan sekolah sains, MRSM, sekolah kawalan dan ada juga dari MTD belajar di IKM JB.
“Dia tahu apa dia nak jadi 3,4 tahun akan datang.
3️⃣ KKTM/ JJII
✅ Fokus kepada program diploma sahaja
✅ Program yang tidak ditawarkan di IKM ada ditawarkan di KKTM. Contoh bidang fesyen, rekaan dalaman dan sebagainya.
✅ Tamat di KKTM pelajar boleh sambung ke peringkat ijazah di IPTA/ IPTS. Ramai juga pelajar yang cemerlang dihantar ke luar negara
* Ciri-ciri lain sama dengan IKM
Nota: Giat MARA adalah feeder kepada IKM” kongsi Puan Nor Shazwani.
“Berharap Anak Dapat Capai Impian Sambung Belajar” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji dan berterima kasih atas info yang bermanfaat.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak kita terpelihara dan dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”