Hukum suami isteri berkongsi gambar/video bercumbu di media sosial. Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?
Sejak kebelakangan ini semakin ramai suami isteri tanpa segan silu berkongsi gambar dan juga video bermesraan dengan pasangan masing-masing. Mungkin ada yang kata, “halah, tak apalah, bukan orang lain, suami dia sendiri, isteri dia sendiri,….”Persoalannya bolehkah sebenarnya kemesraan ini ‘dikongsi’ secara terbuka?
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Ads
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Ads
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Senja dan waktu Maghrib, tutuplah pintu, duduk dalam rumah, waktu ini syaitan berkeliaran. Ramai di kalangan kita mengambil ringan dengan beberapa panduan yang telah diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadis-hadis yang Baginda SAW tinggalkan.
Sememangnya kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja disebabkan pada waktu syaitan sedang berkeliaran. Dinukilkan sebuah hadis sahih yang menunjukkan petunjuk atau panduan daripada Nabi SAW kepada kita apabila tibanya waktu senja.
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Perkara seperti ini, banyak dinyatakan oleh para ulamak ketika mereka mensyarahkan atau memahami hadis ini. Antaranya ialah, Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) berkata bahawa hadis ini menunjukkan perintah (arahan) menutup pintu-pintu pada malam hari (apabila tibanya senja). Itu adalah sunnah yang diperintah akannya sebagai tanda kasih kepada manusia daripada (terkena kecelakaan atau keburukan) syaitan manusia dan jin. [Lihat: al-Istizkar, 363/8]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi (676 H) berkata bahawa hadis ini mempunyai banyak faedah berkaitan kebaikan dan adab yang melibatkan maslahah akhirat dan dunia. Maka, Nabi SAW mengajar adab-adab ini yang merupakan sebab terselamatnya daripada kecelakaan syaitan dan Allah SWT menjadikan sebab-sebab ini agar menjadi penyebab terselamatnya kita daripada kecelakaan atau keburukan syaitan ini.
Di samping itu juga, maksud menahan anak adalah melarang mereka daripada keluar pada waktu. Ini kerana, dibimbangi anak tersebut terkena kejahatan syaitan itu disebabkan banyaknya mereka (syaitan).
Kesimpulannya, melihat kepada beberapa pandangan para ulamak di atas, maka disimpulkan bahawa kita dituntut atau disunatkan untuk menutup pintu atau tingkap apabila tibanya waktu senja dan perkara ini juga selalu dipesan atau diingatkan oleh orang-orang tua.
Ini kerana, syaitan-syaitan berkeliaran pada waktu tersebut serta dibimbangi akan terkena keburukan, kecelakaan atau kejahatan berpunca daripada syaitan tersebut kerana syaitan ini sifatnya adalah menyakiti manusia.
Berikut kata-kata daripada seorang ulamak berkaitan hadis di atas:
Maksudnya: “Pada perintah agar ditutup pintu-pintu adalah melibatkan maslahah agama dan dunia yang mana dengan itu akan memelihara diri dan harta daripada orang yang sia-sia dan merosakkan terutamanya syaitan-syaitan.” [Lihat: Fath al-Bari, 87/11]
Marilah sama-sama kita mengamalkan petunjuk Nabi SAW ini agar kita terselamat daripada fitnah syaitan yang terkutuk. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan seluruh ahli keluarga daripada perkara-perkara yang tidak baik.
Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’’. Fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.
Dalam pada mahu kelihatan kuat, ada ketika jiwa wanita rapuh. Namun golongan ini tidak boleh lemah ini kerana pasti ada yang akan mengambil kesempatan ke atas diri mereka.
Oleh itu sebagai seorang wanita sememangnya perlu kuat! Wanita sememangnya sangat hebat. Wanita nampak hebat di luar namun siapa sangka di dalam hati mereka, hanya mereka saja yang tahu. Malah mereka juga tidak boleh lembik untuk teruskan kehidupan mereka seharian.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Firdaus Shakirin, memuji sikap wanita yang begitu kuat. Malah ada ketikanya walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah golongan wanita tidak pernah berputus asa.
Jika mereka lemah pasti ada yang akan pergunakan mereka. Sememangnya apa yang dibicarakan sangat berguna buat wanita. Sememangnya golongan ini sangat hebat!
“Orang perempuan nampak kuat, tapi sebenarnya ‘fragile’…
Dia tahu ada ketikanya dia lemah selemah-lemahnya…dia tahu, ada ketikanya dia putus asa dan tak daya nak buat apa-apa…dia tahu, ada ketikanya airmatanya akan mengalir laju selaju-lajunya…
Masa tu dia ‘fragile’…masa tu diri dia rapuh…
Dia dah usaha utk kuat, dia dah cuba utk sabar, dia dah paksa diri utk tabah, tapi dia sedar tahap dan batas dia…setakat tu ja kemampuan dia…
Dia tak boleh tipu diri dia…
Tapi dalam masa yg sama, dia juga tak boleh tunjuk yg dia tu lemah… Nanti akan ada org yg pijak dia, lanyak dia, perguna dia, hina dia…nak tak nak, dia kena kuat, tunjuk kuat, jadi kuat…
Dia tak boleh “lembik” utk teruskan kehidupan dia,” nasihat Firdaus Shakirin.
16 tahun berlalu iktibar pemergiaan tragik Nurin Jazlin, elak anak jadi mangsa pedofilia! Tragedi yang melibatkan kanak-kanak malang Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin 16 tahun lalu benar-benar menggemparkan negara.
Masih segar diingatan kes Nurin Jazlin, kanak-kanak berusia 8 tahun yang menjadi mangsa nafsu serakah golongan Pedofilia. Pedofilia merupakan keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak.
Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual. Sehingga kini, penjenayah kejam ini masih bebas disekeliling kita tanpa dapat dikesan.
Mungkin ada diantara mak ayah ramai yang terlepas pandang dengan apa yang dipost mahupun dikongsikan di laman media sosial. Tanpa sedar, gambar anak-anak kita yang dilihat ‘comel’, namun sebenarnya mampu mengundang nafsu berahi si golongan Pedofilia ini!
Semoga perkongsian oleh Auni Ameera yang juga merupakan pelajar Sarjana dalam bidang Psikologi Klinikal dari University of Queensland, mampu membuka mata mak ayah terhadap perkara ini.
“Siapa masih ingat kes Nurin Jazlin ?
Seorang mangsa psychopath pedophile yang dibunuh secara kejam selepas didera secara sexual .
Berumur 8 tahun pada 2007.
Dia jadi mangsa Psychopath Pedophile yang sekarang masih bebas lagi dalam Malaysia. Kes ni berlaku pada tahun 2007, Nurin dilaporkan hilang waktu keluar pergi kedai dan dijumpai 27 hari kemudian di dalam beg sukan sebagai mayat. Dalam kemaluan nurin telah disumbat Terung dan Timun (bukan terung atau timun, tapi terung DAN timun).
Masa pengecaman, Parent nurin tak mengaku yang mayat tu adalah anak mereka, Ini mungkin disebabkan mereka dalam denial (in shock), tak dapat terima hakikat atau kalau kita ikut cerita asal, parent nurin tak boleh cam anak mereka pada masa tu sebab mayat kanak-kanak umur 8 tahun tu dah berubah rupa, ada banyak lebam dan luka kat muka. Parent Nurin cuma redha bila DNA test membuktikan yang mayat tu adalah anak perempuan dia orang.
Now imagine,Benda ni jadi pada anak kita sendiri, esok hilang and 27 hari kemudian jumpa mayat anak dengan terung DAN timun disumbat dalam kemaluan dengan badan yang banyak kesan penderaan… How would you feel? (I bet you cant even imagine). Parents nurin terpaksa hidup dalam trauma seumur hidup dan tak ada ubat untuk itu and so this is where we should take part, Making our society better and safer for our children.
1. Kena culik waktu pergi kedai
2. Hilang 27 hari
3. Kena cabul, didera secara sexual .
4. Kemaluan disumbat terung dan timun
5. Brutally tortured, Banyak kesan lebam dan luka dibadan
6. Cuma tuhan saja tahu yang jadi setiap hari sepanjang 27 hari Nurin hilang n apa jenis azab dia dapat waktu bersama dengan pembunuh.
7. Selepas mangsa meninggal, Psychopath tu sumbat mayat Nurin dalam bag buang (atau suruh orang lain buang) dekat kedai shop lot Petaling Jaya.
Sebelum kes nurin, Psychopath Pedo ni dipercayai dah pun culik dan cabul 1 (atau 2) orang lagi kanak-kanak area kampung baru dan nurin antara mangsa yang paling tragis, Psychopath ni masih bebas dan berkemungkinan masih ada dalam Malaysia.
Dalam kes Nurin, FBI pun ‘turun padang’ lepas polis minta bantuan FBI, Even dengan pertolongan FBI, Penjenayah masih gagal dikesan sebab polis kekurangan petunjuk. Antara lead paling penting ialah CCTV footage dengan quality video yang sangat Teruk, Video kemudian dihantar kepada FBI untuk tingkatkan kualiti video. Beberapa orang ditahan dan disoal siasat kemudian dilepaskan sebab polis kekurangan bukti.. Dan penjenayah masih bebas.
Characterize kanak-kanak buat hubungan sexual, fantasi, mengambarkan, kasi gambaran dan apa sahaja perbuatan kanak-kanak yang menjurus atau ada elemen sexual mampu triggers golongan pedophile.
Yang boleh menaikan nafsu mereka seperti cerita-cerita lucah, kebanyakan cerita ni memberi ‘motivasi’ kepada Pedo untuk buat sex grooming terhadap mangsa .
Contohnya seperti gambar anak tengah mandi kat public swimming pool, tempat rekreasi, dalam bilik air n etc.. Ada antara pedophile yang cari gambar anak-anak kita, Beronani dengan gambar-gambar tersebut sambil berimaginasi .
Kanak-kanak kecil yang anda make up dan dress up macam orang dewasa, Pakaikan celak, lipstick, eye shadow n etc juga selalunya membuatkan Pedo bernafsu terhadap anak-anak.
Especially budak kecik tidur dalam keadaan yang ‘dianggap berani’ oleh golongan Pedo seperti tidur terkangkang, keadaan kain, baju, seluar terselak n etc .
Oleh itu sebagai mak ayah perlu mempunyai sikap lebih berhati-hati dan mempunyai kesedaran terhadap perkara ini. Elakkan berkongsi gambar anak-anak dalam keadaan tersebut bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat & kongsikan juga kepada mak ayah yang lain.
Masih memegang cara yang betul dan menjaga adab, pengarah dan penerbit, Erma Fatima cukup memelihara batas pergaulan anaknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.