Mahunya mak-mak fikir 2-3 kali bila nak keluar bawa anak. Sedangkan senarai barang nak beli banyak. Takutnya bakul nanti penuh dengan mainan dan barang anak-anak.
Bawa anak sebab kalau pergi shopping beli barang dapur, belum lagi kalau keluar makan kat kedai atau restoran. Takut huru hara dibuatnya.
Inilah buat mak ayah fikir banyak kali bila nak keluar bawa anak. Takutnya hilang sabar saja. Nak mudah dan cepat, kelaulah tanpa bawa anak-anak, baru ras tenang sedikit.
Mak ayah janganlah cepat rengsek kalau bawa anak keluar gi jalan-jalan, makan atau shopping. Itu perkara biasa buat mak ayah yang ada anak tengah membesar.
Tak perlu malu dan tak kisah orang tengok atau geleng kepala. Sebab kita sebagai mak ayah nak raikan mereka dan melihat gelagat mereka.
Kalau tidak bawa anak dan tunggu mereka besar, rasanya satu kerugian buat mak ayah sebab tak dapat lalui dan melihat gelagat mereka. Raikan saja.
Orang memerhati saja bila ada mak ayah bawa anak berduyun-duyun ke pusat membeli belah atau kedai makan. Biasalah anak lebih daripada 2 orang, takutnya tak terkawal saja.
Ads
Eh, berani ye awak keluar bawa anak-anak.
Akak tak pernah keluar bawa anak-anak, tak jadi kerja nanti nak melayan diorang je. Allahu..
Saya senyum je bila wife saya cerita.
Ada seorang akak ni tegur wife saya ketika beli barang di mydin. Masa tu saya tengah beratur nak membayar.
Macam biasa bawa ketiga-tiga budak ni.
Seorang wife saya pegang, dua orang lagi tengah buat kerja diorang meneroka.
Ads
Seorang dekat palang tengah bergayut, seorang lagi tengah membebel pada adiknya suruh turun dari bergayut.
Biasa la..
Saya perasan seorang kakak ni tengah geleng kepala bercakap dengan wife di tempat duduk.
Rupanya ini yang dibualkan tadi.
Gelagat Yang Dirindui
Sejujurnya, saya setuju dengan akak tu kalau nak tenang & senang beli barang ataupun makan di kedai baik sorang-sorang.
Ads
Mudah kerja. Kita bawa diri je. Zap zap, settle beli barang. Balik pun cepat.
Tapi jika nak rasa best, enjoy atau riang ketika keluar bawa la anak-anak.
Tengok gelagat diorang dapat keluar rumah pun dah boleh buat kita rasa riang hati tau.
Waktu anak kecil memang tak Senang tapi mereka dah besar esok-esok kita yang terkenang kenang gelagat kecil mereka Pasti punya!
Mingguan Wanita : Cukup kagumlah bila mak bawa anak gi makan kat luar. Seorang boleh lagi tapi kalau 3-4 orang, boleh handle anak-anak dengan macam-macam peel. Hebat
Sekali pandang, nampak normal dan sangat comel bayi ini kerana pipinya yang tembam dan kemerah-merahan.
Rupa-rupanya pipi bayi yang berasal dari Beijing ini bukanlah tembam, sebaliknya pipinya menjadi bengkak dan kembung selepas disapu sejenis krim pelembab.
Pipi seorang bayi menjadi kembung dan ditumbuhi rambut selepas disapu krim mengandungi steroid di wajahnya.
Gara-Gara Disapu Krim Pelembab
Semuanya bermula selepas ibu bapa bayi itu menyapu krim pelembap berkenaan untuk mengurangkan kesan kulit kering pada wajah anaknya.
Selepas beberapa kali menyapu krim berkenaan, ibu bapa bayi itu menyedari wajah anak mereka mula ditumbuhi rambut, manakala pipi menjadi kembung.
Memetik laporan portal Daily Mirror, ibu bapa bayi itu mendakwa anak mereka hanya diberikan susu badan dan menolak ia menjadi punca kepada masalah berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anak mereka menyebabkan ibu bayi itu membuat ujian susu badan di hospital dan keputusan mendapati, susunya normal.
Hospital kemudian menasihatkan supaya ibu bayi itu mengurangkan kandungan susu, namun sebulan kemudian keadaan semakin meruncing.
Bayi malang itu kemudian segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat ramai bayi mengalami masalah sama.
Punca Masalah Disebabkan Krim Pelembab
Selepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan punca masalah itu disebabkan krim pelembap mengandungi steroid yang digunakan pada wajah bayi terbabit.
Doktor menasihatkan supaya krim berkenaan hanya disapu untuk jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko pada kulit bayi.
Sebaik menghentikan penggunaan krim itu, keadaan wajah bayi berkenaan semakin pulih, sebelum dibenarkan pulang.
MW: Sesetengah krim pelembab tidak boleh digunakan dalam tempoh yang panjang kerana bimbang kesan sampingannya. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa jua jenis produk untuk bayi atau anak-anak mak,ayah ya.
Menjadi tetamu, jangan dilupakan adab berziarah dan keselesaan buat tuan rumah.Pesanan buat mak ayah yang ada anak kecil, jangan lupa bawa plastik kecil untuk membungkus dan mengikat diapers anak selepas menggunakannya. Tak kiralah anak buang air kecil atau air besar.Kerana ia boleh meninggalkan bau dan rasa kurang senang buat tuan rumah jika dibuang begitu sahaja.
Jadilah mak ayah yang prihatin dan empati dengan tuan rumah. Bukan apa, perkara ini mungkin dianggap remeh sebab rasa ia perkara biasa, namun hati tuan rumah juga perlu dijaga demi keselesaan mereka. Silap-silap jika dilakukan boleh bermasam muka pula dengan tuan rumah nanti.
Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.
Diitakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangatt tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. Ummi dah lupa zayd makan apa.
Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.
Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah gilerrr. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan.
Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?
Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang on the way balik rumah.
Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.
Kita tak tahu, bolehjadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita taknak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.
Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.
Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.
Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.
Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Adab menjadi tetamu, agar tuan rumah juga perlu rasa selesa. Perkara ini, mungkin dianggap remeh namun besar kesannya. Jadi buat mak-mak yang ada anak kecil, siap sedia beg plastik kecil untuk membungkus pampers anak, ketika datang berziarah di rumah orang.
Ujian mak anak ramai ini tak sama, janganlah mudah menjadi penghukum pada mereka. Jangan samakan perangai atau peel anak mak, ayah yang hanya dua orang dengan perangai mak anak 10 orang.
Sudah tentu membesarkan anak ramai bukan satu tugas yang mudah. Jangan dihina dan disindir kerana mak, ayah tak berada dalam kasut mereka.
Kongsi Puan Sarah Saifuddin, ujian mak anak ramai ini tak sama dengan ujian anak kurang daripada 5.
Ujian Mak Anak Ramai Ini Tak Sama
Kadang tersentuh juga hati kecil seorang ibu bila ada mulut yang menyindir macam kita tak sempat jaga anak-anak.
Anak kita yang ramai disamakan dengan anak dia yang beberapa ketul (orang).
Bila anak kita buat peel, dia tumpang sama menyindir.
Entahlah.
Adakala dalam ramai-ramai anak, terlepas pandang seorang dua.
Tapi yang pasti semua anak, kalau 10 orang, 10 orang lain peelnya.
Janganlah Mudah Menjadi Penghukum
Janganlah pulak kita hendak tolong jadi penghukum.
Kenapa anak engkau yang ini begini, dan yang ini begitu.
Kemudian, kenapa yang ini tak sama yang ini.
Kenapa yang ini peel begitu, begini.
Inikan lagu pun banyak versi.
Ada nasyid, malah ada jenis rock.
Inikan pulak peel.
Ya, aku bukan ibu sesempurna kamu.
Tapi itu bukan tiket untuk menerakakan orang lain.
Yakinkah syurga milik mu seorang?
Tak payahlah nak jadi penghukum.
Nak mengajar orang seolah kita parent berjaya mendidik anak yang berapa orang saja. Tak perlu nak sama peel anak kita dengan anak dia.
Sesungguhnya,
Jauh sudut hati.
Aku seorang ibu.
Dalam senyum dan diam, aku juga memendam rasa.
Dalam tawa, aku juga ada hiba.
Lebih baik aku mengelak dari terus terluka.
Sungguh aku serik untuk berada dalam lingkungan manusia.
Mingguan Wanita : Jika tak boleh membantu mak, ayah beranak ramai, lebih baik diam. Tak perlu nasihat dan tunjuk pandai jika anak mak, ayah hanya seorang, dua. Sudah tentu ujian kalian berbeza.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...