Tular kisah seorang doktor pelatih ditemui di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) pada hari Jumaat baru-baru ini.
Kes ini masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai apa punca di sebalik wanita ini bertindak sedemikian rupa di bulan yang mulia.
Doktor Pelatih Ditemui Maut di Asrama Hospital
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.
Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama anggota Balai Polis Kuala Krai telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Ads
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama di HSIP.
“Mangsa merupakan seorang doktor pelatih berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di bilik air,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tekanan Pada Leher Jadi Punca Kematian
Ads
Mazlan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk dibedah siasat.
Ads
“Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Dari hati yang paling dalam, hati turut tercuit dengan apa yang berlaku. Namun kita orang luar hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat keluarga arwah. Semoga segala urusan akan dipermudahkan dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, di sini, pagi Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Hamzah berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.57 pagi.
“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 9.39 pagi, didapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi.
“Seorang wanita dikenali sebagai P Priyanka, 26, dan seorang lelaki dewasa di dalam kereta Nissan Sentra disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa di dalam kereta Proton Saga yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas ‘Road Traffic Accident’ (RTA) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Berat badan anak Amyza Aznan makin susut, banyak bergerak buat kaki rasa sakit. Anak kedua kepada pelakon itu, Adrian Adam reda dengan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.
Amyza, 50, berkata perubahan pada cara berjalan anaknya yang kini berusia 18 tahun itu menjadi petanda awal sebelum mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.
Menurut Amyza, pada awal Januari lalu cara jalan Adrian mula berubah selain kaki kanannya mengalami bengkak secara tiba-tiba.
“Buat masa ini kami masih mencari hospital yang sesuai buat Adrian kerana banyak duit sumbangan yang nak tengok dia sihat semula seperti sedia kala.
“Saya faham sumbangan itu diberi agar tidak berlaku perkara yang sama. Tapi sementara tunggu rawatan di hospital, saya ada minta air (penawar) daripada imam masjid,” luahnya.
Dalam pada itu, Adrian berkata sekiranya terlalu banyak bergerak kakinya akan sakit selain memerlukan rehat yang mencukupi setiap hari.
Menurutnya, berat badan juga semakin susut berikutan perubahan pola pemakanan yang diamalkan.
“Saya akan sakit kaki kalau banyak berjalan selain perlu banyak berehat. Berat badan saya pun makin menurun sebab kurang makan tapi lebih kepada berpantang sebenarnya.
“Mana yang orang cakap benda itu memberi kesan kepada kanser, saya akan elak untuk makan. Gula memang saya tak ambil dan lebihkan kepada makanan sebenar (real food),” kongsinya.
Dalam pada itu, Adrian mengakui dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan serta penyembuhan.
“Niat saya memang nak sambung belajar tapi sebab keadaan saya macam ini, banyak yang saya tangguh dahulu.
“Ada beberapa program yang sepatutnya saya ikuti tapi sebab keadaan makin teruk, saya terpaksa tarik diri saat akhir,” ujarnya.
Sekadar info, pada Februari lalu, Amyza mendedahkan Adrian disahkan menghidap kanser tulang selepas setahun anak sulungnya iaitu Allahyarham Andre Mikhail melawan kanser paru-paru.
Rayqal jadi imam pada malam ke-27 Ramadan menjadi momen yang sangat menyentuh hati buat pelakon Nora Danish apabila anak sulungnya itu memimpin solat ketika mereka bersama-sama menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan.
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan, ramai memanfaatkannya dengan menambah dan merebut peluang meraih malam penuh keberkatan, termasuklah malam Lailatulqadar. Tempoh ini sering dianggap sebagai waktu paling istimewa bagi umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah, doa serta mendekatkan diri kepada Allah.
Pelakon Nora Danish juga tidak ketinggalan. Berkongsi kenangan manis bersama putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, mereka sama-sama meluangkan masa beribadah dan mencari keberkatan dalam tempoh yang penuh makna ini.
Lebih menyentuh hati apabila Rayqal jadi imam ketika menunaikan solat bersama ibunya. Momen tersebut sekali gus membuatkan pelakon berusia 44 tahun itu berasa terharu dan bersyukur melihat anaknya membesar dengan baik serta menjadi penyejuk hati keluarga.
Nora berkongsi detik istimewa itu menerusi media sosial miliknya, memaparkan suasana penuh tenang ketika mereka menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah.
“My qiam partner Ramadan ke-27. Semoga menjadi anak penyejuk hati keluarga,” titipnya ringkas namun sarat dengan rasa syukur dan kasih seorang ibu.
Momen Rayqal jadi imam jelas memberikan makna yang sangat besar buat Nora Danish. Bagi seorang ibu, melihat anak lelaki yang semakin dewasa memimpin solat merupakan satu kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Perkongsian tersebut turut memaparkan wajah bahagia kedua-dua ibu dan anak yang sama-sama meluangkan masa membaca serta mentadabbur al-Quran. Suasana yang sederhana namun penuh ketenangan itu menggambarkan betapa indahnya saat keluarga meluangkan masa bersama dalam ibadah.
Bagi Nora, pengalaman melihat Rayqal jadi imam bukan sekadar satu detik biasa, tetapi menjadi simbol bagaimana anaknya sedang melalui fasa kematangan dalam kehidupan serta keimanan.
Ramai pengikut di media sosial turut tersentuh melihat perkongsian tersebut. Tidak sedikit yang memuji sikap Rayqal serta mendoakan agar remaja itu terus menjadi anak soleh dan kebanggaan keluarga.
Dalam kehidupan seorang ibu, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat anak membesar dengan akhlak yang baik. Momen Rayqal jadi imam ini sekali gus memperlihatkan bagaimana remaja berusia 17 tahun itu semakin matang dan mampu memimpin dalam perkara berkaitan agama.
Nora sendiri dilihat sering berkongsi sisi kehidupannya sebagai ibu di media sosial, termasuk detik-detik kebersamaan bersama anak-anaknya. Perkongsian seperti ini sering mendapat perhatian ramai kerana ia memperlihatkan sisi lembut dan penuh kasih sayang seorang ibu.
Melihat Rayqal jadi imam ketika solat juga menjadi satu kenangan indah yang pastinya akan disimpan oleh Nora sebagai momen berharga sepanjang Ramadan.
Rayqal merupakan hasil perkahwinan Nora bersama ahli perniagaan, Toh Muda Datuk Riza Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Pelakon drama dan filem popular itu berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan pada awal Julai 2008.
Walaupun hubungan sebagai suami isteri tidak bertahan lama, kedua-duanya tetap berkongsi tanggungjawab dalam membesarkan Rayqal yang kini semakin meningkat dewasa.
Selain Rayqal, Nora juga memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 8, hasil perkongsian hidupnya bersama Nedim Nazri.
Dalam banyak perkongsian sebelum ini, Nora sering menzahirkan rasa syukur apabila melihat anak-anaknya membesar dengan baik. Momen seperti Rayqal jadi imam pada malam istimewa Ramadan ini menjadi antara detik paling bermakna buat dirinya sebagai seorang ibu.
Bagi Nora Danish, detik sederhana seperti beribadah bersama keluarga sebenarnya merupakan kebahagiaan paling besar dalam hidupnya.