Nak pikat suami, isteri kena bijak main peranan. Tak kira sama ada pasangan yang sudah lama berkahwin atau baru bergelar suami isteri. Dalam setiap perbincangan isu-isu rumah tangga biasa kita dengar betapa suami tidak bijak menghargai isteri dan tak pandai pikat isteri.

Mungkin anda tidak setuju tetapi sejak kebelakangan ini saya perhatikan keadaan sudah banyak berubah berbanding 20 tahun dahulu.

Beza Suami Isteri Dulu Dan Sekarang

Kalau mahu dibandingkan dengan 40 atau 50 tahun dahulu perubahan itu pasti lebih banyak lagi. Jika 40 tahun dahulu, pemisahan tugas antara suami dan isteri itu memang nampak jelas. Suami bekerja dan isteri mengurus hal-hal domestik dalam rumah.

Sekarang tidak lagi begitu. Dengan peningkatan tahap pendidikan di kalangan wanita, kebanyakan isteri hari ini mempunyai kerjaya masing-masing. Tahniah saya ucapkan.
Bagaimana pula dengan suami hari ini? Macam yang saya sebutkan tadi, mereka juga sudah berubah. Dulu kebanyakannya berperangai seperti raja. Saya tidak membawang hal orang lain tetapi mengambil contoh diri sendiri tetapi sekarang sudah tidak boleh lagi begitu.

Nak Ringankan Tugas Isteri

Ramai suami hari ini yang semakin mesra dengan persekitaran di dapur. Mereka pandai membungkus plastik sampah dan membuangkannya ke dalam tong sampah di depan rumah. Mereka sudah selesa menjemput anak pergi balik sekolah sebab isteri terpaksa ‘out-station’ kerana tugas.

Mereka mula belajar membeli hadiah hari jadi untuk isteri dan macam-macam lagi. Pendek kata ramai suami sekarang yang setuju dan sedia untuk belajar memahami tugas dan perasaan isteri. Semuanya kerana suami hari ini semakin ramai yang faham betapa mereka perlu menghargai perasaan isteri.

Suami Tak Perasan

Namun bagaimana pula isteri boleh menunjukkan yang dia menghargai suami? Ya, sudah tentu menjaga makan pakai itu sudah biasa tetapi kenapa sudah dijaga begitu pun suami merasa ada yang kurang?

Ini kerana apa yang biasa itu selalunya mudah untuk menjadi tidak istimewa lagi. Jadi mahukah anda jika saya beritahu rahsia yang isteri boleh lakukan untuk membuatkan suami merasa lebih dihargai? Anda tentu mahu, bukan? Sebab itu anda akan terus membaca nota kali ini.

IKLAN

Pertama, isteri selalu merungut suami tidak memuji apa yang mereka buat. Duit habis pergi rawatan muka di spa, masuk kelas Zumba, diet dan macam-macam lagi untuk nampak cantik di mata suami. Anda buat itu semua tetapi sepatah pujian pun anda tidak terima. Lelaki memang berat untuk memuji walaupun mereka sebenarnya sangat menghargai.

Baca artikel lain di sini:

Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku

Hati-Hati Bila Berkata, Inilah Buat Suami TAWAR HATI Tanpa Isteri Sedar

Nak Kena Puji Suami

Soalannya, berapa kali pula isteri memuji suami atas apa yang sudah dia lakukan? Apabila suami beli minyak wangi baru, sudahkah anda memuji baunya atau anda komplen baunya tengek? Suami sudah sebulan pergi gim dan anda nampak perubahan fizikalnya.

IKLAN

Adakah anda memuji atau anda menyindir dia pergi gim sebab suka tengok perempuan seksi di situ? Adakah anda sentiasa melihat dan menyebut sudut negatif apabila suami melakukan sesuatu?

Jangan begitu. Suami juga seperti anda. Puji apa yang dia buat. Jika anda tidak memujinya jangan terperanjat jika dia akhirnya buat itu semua untuk orang lain. Oleh itu mulai hari ini, ringankan mulut anda memuji suami. Puji dia dan sesungguhnya pujian daripada isteri itu adalah percuma tetapi sangat sedap didengar di telinga suami.

Urusan Bilik Tidur

Sekarang izinkan saya bertanya satu soalan. Apa anda buat jika anda mahu memasak makanan istimewa? Sudah tentu membeli bahan mentah terbaik dan bersedia mental dan fizikal. Nampak? Begitu juga di bilik tidur. Jangan sentiasa harap suami yang memulakan. Andakah anda masuk ke bilik tidur dalam keadaan yang elok sedikit sahaja daripada keadaan anda di dapur tadi?

Di dapur pakai kain batik, di bilik tidur pun nak berkain batik? Adakah di dapur tadi wajah anda berminyak dan sekarang anda berbaring di sebelahnya dengan muka penuh dengan bedak sejuk? Tolonglah, ambil ikhtiar untuk lebih bersedia dan lebih ‘hangat’ sebelum lampu dipadam…Tak ada suami yang tidak suka jika isteri mereka bersedia begitu.

IKLAN

Jangan Tengok Handphone Jer…

Yang terakhir ialah ramai isteri kata mahu suami memberi perhatian penuh kepada mereka. Tidak mahu orang kedua, ketiga dan seterusnya. Namun kenapa benarkan telefon pintar itu berada di antara anda dan suami? Segala whatsApp, e-mel, notifikasi daripada FB dan sebagainya itu tidak setara pentingnya dalam hubungan anda dan suami. Matikan telefon itu apabila anda sedang berbual dengan suami.

Tunjukkan yang anda memberi perhatian penuh kepada dia. Sebagaimana anda tidak suka dia berpaling melihat gadis cantik yang lain begitu juga suami. Dia tidak suka jika setiap tiga minit anda menjenguk telefon itu.

Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita