cantik

Menjadi impian setiap wanita untuk kelihatan cantik dan sihat.Sebenarnya perkara ini boleh dicapai untuk kekal cantik dan sihat dengan cara mengamalkan pola tidur awal sebelum jam 11 malam.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden mendapati, golongan wanita yang tidur sebelum jam 11 malam cenderung untuk menjaga pemakanan mereka.

Golongan wanita ini dikatakan lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam hingga 3 pagi, yang cenderung untuk mengambil kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Malah tabiat tidur lewat juga boleh mengganggu proses metabolisme tubuh untuk wanita untuk menjadi cantik dan sukar untuk langsing. Mungkin atas faktor ini menjadikan wanita mudah gemuk, serta jawapan kenapa wanita sukar menurunkan berat badan.

IKLAN

Bahkan bukan itu sahaja, tidur lewat malam juga boleh merosakkan kulit sekaligus membuatkan kulit menjadi kering, kurang bermaya, kusam serta mudah berjerawat.

Menurut kajian juga mendapati jika mengamalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun,ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.Mudah bukan!

IKLAN

Memetik artikel Shape pula, menurut Dr Kulreet Chaudhary, jika sukar untuk tidur cuba jauhka sebarang gajet sebelum tidur. Ini kerana cahaya daripada telefon mahupun komputer riba mengurangkan penghasilan hormon melatonin yang membuatkan kita sukar tidur.

IKLAN

Jadi tak perlu susah-susah untuk jadi cantik dan sihat, wanita hanya perlu menukar tidur dengan lebih awal tanpa perlu mengeluarkan sesen pun.Set jam anda untuk tidur sebelum pukul 11 malam setiap hari mulai hari ini!

Selamat mengamalkannya!

Sumber: Shape

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI