Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik belum tahu ibu bapa meninggal dunia. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka
Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Hee Sem (kiri) meluangkan masa melawat Sofea Humaira yang telah menjalani pembedahan pada pagi Rabu.
Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Meninggal Dunia
Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“MEREKA BELUM TAHU LAGI (PEMERGIAN IBU BAPA) WALAUPUN MEREKA SEDAR KERANA KITA TAK MAHU MENGANGGU EMOSI MEREKA.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri Fauziah Jaafar, 69.
Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Hee Sem (tengah) ketika melawat anak yatim piatu itu di Hospital Melaka, di sini, pada Rabu.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Ads
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alhamdulillah akhirnya penantian penyanyi veteran, Zaiton Sameon,66 untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti apabila menerima Kad Orang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, semalam.
OKU Fizikal: Trauma Kecederaan Otak
Menerusi kelayakan kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak), Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Eton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
“Syukur kerana masalah saya mendapat perhatian. Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa serta tiada semuanya.
“Memang saya ada adik-beradik tapi saya tak nak ganggu mereka. Saya sekarang menyewa di Ampang dan tinggal dengan anak angkat bernama Ikah (Che Sikah Ismail) sejak 11 tahun lalu.
“Kami berjumpa pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan dia tiada ibu bapa, jadi dia panggil saya dengan nama ibu,” katanya pada sidang media yang berlangsung di sini, semalam.
Jual Produk Rendang Nasib
Penyanyi lagu Menaruh Harapan ini berkata, mereka kini menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan.
“Saya kini bergantung harap pada jualan produk makanan Rendang Nasib selain menyanyi. Saya ada juga mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap.
“Rasa sedih orang lain dapat tapi saya tak. Mentang-mentanglah saya ‘cacat’. Saya bukan ‘cacat anggota’ tapi ‘cacat otak’. Orang pandang lekeh kata saya tak boleh menyanyi. Padahal lagu-lagu Inggeris pun saya boleh menyanyi dengan baik tanpa lupa lirik,” katanya.
Menurutnya, dia juga pernah terlambat membayar sewa bulanan rumah kerana wang tidak mencukupi.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana tuan rumah boleh bertolak ansur. Tambah lagi dia adalah peminat saya sebelum ini,” katanya.
Penyerahan Kad OKU
Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan di sebuah hotel di sini dilakukan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.
Sementara itu, Samsuzuki berkata, Zaiton layak menerima kad OKU berdasarkan bukti-bukti seperti surat pengesahan doktor yang diterima pihaknya.
Zaizalnizam pula melahirkan kesyukuran kerana usaha mereka membawa isu ini kepada JKM mendapat perhatian.
Pada 1990, Zaiton mengalami kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan anaknya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia, manakala dia mengalami kecederaan parah di kepala hingga terlantar koma di hospital selama tiga bulan dan hilang ingatan sementara.
Beberapa jam yang lalu pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami Azmi Hatta dipercayai mahu mengurangkan tuntutan nafkah nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun selepas berpisah.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naikkan gambar motor dan screenshot berkenaan bayaran motor berkuasa tinggi di Instagram. Menerusi luahannya di Instgram, Azmi
Bila motor lagi penting dari anak.
@azmi_hata Mama dah banyak kali cadangkan dekat daddy sayang, jual la motor tu kalau rasa terbeban.
Tapi mama yakin daddy sayang mewah sekarang ni sebab dah ada production haussss.
@azmi_hata dah buka production house, mewah sekarang.
“Tapi tanggungjawab pada anak pulak diabaikan. Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” luah Elly di Instagram miliknya.
@azmi_hata dah block kakak lina .. tempe pun block kakak lina tapi kakak lina tak kisah sebab ada ? @azmi_hata sini.
“Tayimmmm raya kau sebuk nak minta gambar sama, siap kau .. kakak lina dah bagi tau awal-awal ni. Kakak lina dah standby gambar kita 1 femeliiii dah ni. Jumpa anak tak nak, bila raya menyebuk nak bergambar bagai kau jaga.”
“Duit nafkah anak adalah rm1500 BUKAN rm500.”
Bayaran nafkah anak adalah untuk setiap bulan, bukan sesuka hati kau ikut #isthikarahcinta yg kau amalkan dari dulu.
Dendam dengan mama, anak tak berdosa jadi mangsa.
Dendam peti ais rosak kamu.. Dendam apanye lagi, Engko tu dah kawin dan ada anak lagi. Apa yang tak puas hati lagi? Apa yang engko nak semua dah dapat. Ke nak pujuk kakak lina, lepas tu kakak lintak layan. Tu yang buat engko marah sangat nihhh??? Tak hingin aku nak balik dengan engkooo #MuntahHijoo.
Ada netizen yang mengikuti perkembangannya, turut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan cukup emosi bila melibatkan anak.
Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sedih bila jadi macam ini, tambah pula nak dekat raya. Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik demi anak yang masih kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ismanira didapati bersalah abaikan Zayn Rayyan. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah atas kesalahan pengabaian terhadap anak autistiknya, arwah Zayn Rayyan Abdul Matin, 6 tahun hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, 30, di akhir kes pembelaan.
Memetik laporan Berita Harian, pada 21 Julai lalu, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mahkamah kini ditangguhkan sebentar untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari, pada 5 Disember hingga jam 9.55 malam pada 6 Dissember 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – BERNAMA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.