Dua beradik meninggal ketika mahu ziarah pusara bapa, ibu meraung saksi anak kemalangan. Perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka yang meninggal dunia 10 bulan lalu, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini pada petang Isnin.
Kejadian yang berlaku jam 6.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Amirul Hazlin,18, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5, disahkan doktor meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Dua Beradik Meninggal Ketika Mahu Ziarah Pusara Bapa
Lebih menghibakan insiden yang menimpa anak sulung dan bongsu daripada tiga beradik itu disaksikan sendiri ibu mereka, Norizan Ujak, 40, yang mengekori dari belakang dengan menunggang sebuah motosikal lain untuk ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu.
Tong sampah roro yang dirempuh mangsa dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong pada petang Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian dua beradik itu menunggang motosikal jenis Demak DV110 dipercayai dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.
Ibu Meraung Saksi Anak Kemalangan
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.
“Impak kemalangan itu kedua-dua mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut di zon merah.
Ads
“Namun doktor mengesahkan Muhammad Amirul meninggal dunia pada jam 7.40 malam diikuti adiknya kira-kira 12.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
Ads
“Polis juga telah mengesan pemilik tong sampah roro terbabit dan saksi bebas yang melihat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.
Pelakon senior, Rita Rudaini menerangkan kejayaan anaknya Airit Rayyan Rizqin, 15, atau Rayyan dalam bidang sukan tidak ada kaitan dengan mewarisi genetik keluarga atau DNA seorang legenda.
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online, Rita memberitahu tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anaknya dalam bidang suka dengan sesiapa.
“Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
“Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak.
“Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah.
“Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terbabit dalam karier seni ini,” luahnya.
Rita juga akui kemampuan anaknya dalam bidang sukan dek kerana didikan yang diberikan.
Kemampuan anaknya di dalam bidang sukan disebabkan cara dia membesarkan serta mendidik mereka kerana anak-anak ini ibarat kain putih dan tengoklah siapa yang mencorakkannya.
Sebelum ini Rita berasa kesal dengan tindakan sebuah portal berita menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berhubung pencapaian terbaik anaknya, Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Khabar tersebut dikongsikan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, dalam Instagramnya sambil memandang positif terhadap ujian yang dilalui.
Harapan besar vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh untuk menimang cahaya mata pertama mereka berakhir dengan khabar duka apabila zuriat yang dikandung isterinya, Fatin Athira Mustapa, meninggal dunia.
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi satu hantaran di Instagram petang tadi selain turut memaklumkan dia dan isteri sempat memberikan nama buat cahaya mata sulung mereka itu dengan panggilan Julian.
“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan.
“Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namu, Tuhan jemput dia awal.
“Pastu segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri.
“Meskipun perit nak lalui segala yang aneh tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih ‘steady’ serta tenang sebab kami berjuang pertempuran hebat dan menang.
“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani pergi ke kubur sementara kami tidak stabil mental dan emosi.
“Hantaran ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok.
“Ulang tahun pertama tetapi rasa macam 20 tahun sebab melalui macam-macam,”katanya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Sebelum ini Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011namun bercerai Ogos tahun lalu. Mereka mempunyai seorang anak angkat yang diberikan nama Musa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis dihempap kayu balak, “rasa seperti mati hidup semula disaat organ dalaman saya hampir rosak. Diberi peluang kedua. Inilah perasaan dapat dikongsikan oleh seorang mangsa yang dihempap kayu balak ketika berhenti di satu persimpangan Persimpangan Bendahara, Gua Musang dalam kejadian 9 Julai lalu.
Di luar pemikiran akal, tragedi ditimpa kayu balak ketika berhenti di persimpangan adalah kejadian yang sangat ngeri buat dirinya. Alhamdulillah,Allah memberinya peluang kedua untuk menikmati kehidupan biarpun dalam tragedi ini organ dalamannya hampir rosak selain patah tulang rusuk.
Jelas Siti Norelyana Kamarulzaman, dirinya telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
Gadis berusia 21 tahun ini berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
Memetik laporan Sinar Harian, dirinya sedar ramai menyangka dirinya sudah meninggal ketika tragedi ngeri itu berlaku.
“Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.
“Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah keluarganya di Paloh 3 di sini pada Isnin.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mengimbau kembali kejadian tersebut katanya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di lampu isyarat sebelum terdengar bunyi yang sangat kuat.
Ujarnya, dia melihat bagaimana kayu balak bergolek menerpa ke arahnya sehinggalah merasa kesakitan yang amat sangat namun masih sedarkan diri.
“Saya sedar apa yang berlaku walaupun tidak respon kepada orang sekeliling.
Saya hanya mampu menahan sakit dan mendengar orang sekeliling bercakap sehinggalah dibawa ke hospital.
“Sepanjang menerima rawatan juga saya sedar apa yang diborakkan oleh ahli keluarga serta doktor dan jururawat tetapi hanya mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan anggota badan.
Siti Norelyana memberitahu, sehingga ke hari ini dia masih tidak percaya dapat berjalan serta pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama ahli keluarga seperti sebelumnya.
Dia sangat bersyukur malah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menerima rawatan di HRPZII.
Menurutnya, tunang, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, sanggup menunggu di hospital setiap hari walaupun dia dalam keadaan ditidurkan.
“Kami sepatutnya disatukan pada Disember ini, namun melihat keadaan saya begini ia mungkin terpaksa ditanggungkan ke tahun hadapan.
“Ini kerana sehingga sekarang saya masih berada dalam keadaan trauma terutama bila melihat lori balak, mendengar bunyi yang kuat serta masih bermimpi tentang kejadian tersebut.
Disebabkan itulah saya terpaksa tinggal di rumah kakak di sini (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Miskalsom Domea, 59, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang ALLAH berikan kepada anak perempuannya itu.
“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.
Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.
Namun katanya, fokus sekarang adalah meneruskan rawatan di HRPZII dua kali sebulan dan sama-sama berusaha menghilangkan trauma mereka sekeluarga.
Sinar Harian pada 9 Julai lalu melaporkan seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian mangsa, Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.