Nahas helikopter terhempas, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dijangka dibawa pulang ke kediaman keluarganya terlebih dahulu untuk penghormatan terakhir. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat selepas solat Asar.
Tragedi Helikopter Terhempas
Abang sulungnya, Abdul Latif Anuar, 46, berkata, berdasarkan maklumat awal, jenazah adik ketiga daripada lima beradik itu dijangka tiba pada jam 4 petang.
Jenazah Noor Rahiza Akan Dibawa ‘Pulang’ Ke Rumah Untuk Penghormatan Terakhir
Beliau berkata, jenazah Noor Rahiza, 39 akan dibawa ke rumah di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, di Yan, Kedah.
“Ia bagi membolehkan ahli keluarga terutamanya bapa kami, Anuar Hassan,70-an, membuat penghormatan terakhir.
“Jenazah akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh (selepas selesai bedah siasat) untuk solat jenazah,” katanya.
Dijangka dikebumi selepas Asar
Beliau memaklumkan, jenazah adik perempuannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat untuk dikebumikan selepas solat Asar.
Ads
Abdul Latif memberitahu, suami Noor Rahiza, Azinor Azizan, 40-an masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menunggu urusan bedah siasat selesai.
Anak sulung Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman.
Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.
“Rahang mama patah tapi Alhamdulilah jenazah sempurna,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Nur Qistina Awliyah berkata kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Ads
“Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin,” katanya sebak.
Bercerita mengenai kenangan bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran merupakan petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga
“Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.
“Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan,” katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.
Kelahiran anak merupakan antara detik terindah dalam kehidupan.Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti berbakat besar Alif Satar,29, apabila isterinya Shadila Halid,34 telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada malam tadi, 19 September jam 11.21pm.
Berkongsi Tarikh Lahir
Lebih istimewa, anak lelaki mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Alif sendiri. Alif lahir pada 19/09/1990 dan anak lelakinya 19/09/2019.
Terdahulu pasangan bahagia ini telah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan dua puteri comel, Alisha Anugerah,4 dan Ariana Mecca,2.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Shadila, isteri penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, ada berkongsi ucapan hari jadi buat suaminya.
“Saya tidak berkesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat suami tersayang semalam, tetapi saya memberikan dia hadiah hari lahir terindah iaitu anak lelaki”
“Saya rasa sebak, melihat air matanya bergenang semasa mengalunkan azan.”
“Muhammad Alif, saya harap awak tahu, hati saya untuk awak simpan dan jaga. Awak akan selalu ada saya disisi dan saya saya akan melakukan apa sahaja untuk awak.”
“Selamat Hari Lahir untuk suami dan anak lelaki saya. Semoga kamu berdua menjadi kawan baik dan dia (anak lelaki) akan mewarisi segala kebaikan awak. I love you both.
MW: Tahniah buat Alif dan isteri semoga dengan kelahiran bayi ini, dikurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah serta menambah ikatan kebahagiaan dalam keluarga.
Lelaki ini, Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi kira-kira dan panduan buat anda yang mahu berniaga air balang. Dengan modal permulaan sebanyak RM2000.
Dalam tempoh sebulan, anda boleh buat balik modal dan akhirnya upah pembantu. Selepas aset ditambah dan ditambah, siapa sangka anda boleh buat besarkan perniagaan dengan bantuan modal pihak bank.
Namun, untuk merealisasikannya, ada langkah yang perlu anda ikut. Hadamkan betul-betul ya.
Bermodal RM200, Berniaga Air Balang Dengan Betul
RM2000 dan Niaga Secara Proper
1) Kalau ada RM2000, guna RM1000 je (separuh) RM1000 lagi guna masa kecemasan.
2) RM1000 ni boleh beli 2 balang ajelah, khemah, meja dan stok. Nak jimat beli second hand.
3) Daftar SSM, kalau nama personal RM40 nama komersil rm80 setahun. Buka acc bank. Ni tengok bank ada yang nak kena deposit dulu, cari yang deposit rendah.
4) Buat kira-kira. Kalau niaga pasar malam/tempat orang jual air jugak, tengok harga dia jual tu. Kena lebih kurang takleh lari. Mahal orang tak beli, murah nanti orang lama tak puas hati. Kalau buka tepi jalan pacak khemah je, yang ni boleh ikut sesuka hati kiralah costing.
5) Sebalang 38L boleh untung RM80 kalau jual habis. 2 balang RM160. Kita niaga sendiri kan jadi gaji ameklah RM50 sehari. Balance RM110 bawak masuk bank tadi.
6) Ulanglah step ni sebulan. Kena ingat ada hari hujan, ada hari cerah. Masa ni kena pandai tengok ramalan cuaca.
7) Sebulan bolehlah ada dalam RM1800+ dalam bank. Dah boleh upah pembantu sorang. Tambah aset, tambah balang.
Dah ada pembantu, kerja kita kena push marketing lebih. Buat social media fb, ig percuma ja. Bagi online presence menarik. Kemah pun kena invest beli nampak cantik.
10) Nak besarkan perniagaan macam bukak 1 lagi ke or buat branding, nak kena ada modal lebih, boleh buat loan institusi kewangan.
11) Bank nak tengok rekod transaksi dan ending balance. Kita bertuah ada AIM dan Tekun yang tak tengok sangat kalau 10k boleh je dapat 2 ni mudah takde rekod cantik pun.
12) Dah dapat aim atau tekun, kena tambah ilmu accounting. Buat cashflow secara proper. Target jualan biarlah 1k sehari untuk satu lokasi.
13) Ulang step 6-9 bulan lawa cashflow boleh mohon bank. Kena ada ilmu bank apa yang offer rate murah. Sekarang nak dekat PRU ni banyak kerajaan buat inisiatif. Kita takyah main politik sangat tapi bantuan kena alert.
14) Agro Bank sekarang ada buat loan 3.5% sahaja. Antara termurah, boleh apply.
15) Cukup setahun audit bayar cukai. Kenapa bayar cukai sebab bank tengok jugak nilai kita bayar cukai berapa untuk bagi pinjam lebih.
16) Dah cukup 2 tahun atau sale harian 3-5k, bolehlah buat syarikat sdn bhd. Kenapa sebab lagi banyak bantuan dan cukai pun rendah.
17) Masa ni nak buat loan rumah, loan kereta semua mudah. Tak nak buat loan pun. Nak buat bisnes, buat secara proper.
Saya doakan anda semua berjaya, doakan saya juga
Mingguan Wanita : Nampak kan flow bisnes tu macam mana. Semoga boleh istiqamah dan terus maju jaya dengan perniagaan anda kelak.
Pertandingan ratu cantik dunia sering dinanti-nantikan setiap tahun dan menjadi impian kebanyakan para gadis dan wanita. Pertandingan berprestij ini bukan sahaja dinilai daripada segi kecantikan malah penampilan, keperibadian serta pakej kebijaksanaan yang tersendiri untuk melayakkan diri merangkul gelaran ini.
Menepati ramalan, Catriona Gray, 24, dari Filipina dimahkotakan sebagai Miss Universe 2018 yang diadakan di Thailand, baru-baru ini. Mengenakan gaun bertemakan gunung berapi, ratu cantik itu mengetepikan saingan hebat dari Venezuela dan Afrika Selatan di peringkat Top 3.
Menurut laporan awal, lima peserta yang sememangnya sudah dijangka berjaya melepasi peringkat Top 5 antaranya Puerto Rico, Vietnam, Filipina, Afrika Selatan dan Venezuela.
Edisi kali ini merupakan kemaraan kali pertama peserta dari Vietnam dan semestinya ini adalah pencapaian membanggakan kerana H’ Hen Nie mara sehingga ke Top 5.
Kemaraan peserta dari Nepal, Manita Devkota yang berjaya sehingga ke peringkat Top 10 juga membuktikan hot picks bukanlah sesuatu yang boleh mempengaruhi keputusan juri.Manita merupakan peserta kedua dari Nepal yang beraksi di pentas Miss Universe.
Tewaskan 93 Peserta
Catriona merupakan seorang penyanyi dan juga memiliki ijazah dalam bidang Theori Muzik dari Berklee College of Music, di Boston, Massachusetts. Berdarah kacukan Scotland sebelah ayah dan Filipina sebelah ibu, gadis cantik ini bersaing bersama 93 peserta dari seluruh dunia dan mula ‘berkampung’ di Bangkok, Thailand sejak November lalu untuk menyertai pertandingan ini.
Untuk rekod, kali terakhir Filipina memenangi gelaran Miss Universe adalah pada penganjuran tahun 2015 menerusi penyertaan Pia Wurtzbach. Negara kepulauan di Asia Tenggara itu juga pernah membawa pulang mahkota kemenangan itu pada tahun 1969 (Gloria Diaz) dan pada 1973 (Margarita Moran).
Sementara itu, memetik Twitter Catriona, ibunya mengalirkan air mata apabila melihat impiannya tercapai.
“Ketika saya berusia 13 tahun, ibu berkata, ‘saya mengimpikan awak akan menang Miss Universe dan menyarung gaun berwarna merah’.
“Apabila dia melihat saya berpakaian seperti ini dan menang, dia kata ‘saya bermimpi!’ dan terus menangis,” katanya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Sehingga kini, laman mikro Twitter miliknya dibanjiri ucapan tahniah dari netizen.
MW: Tahniah buat Catriona Gray atas kejayaan bergelar ratu cantik dunia. Tiada impian yang mustahil, selagi berusaha mengejar cita-cita yang diimpikan.