Personaliti Aura Mingguan Wanita Nafisah Amran,40 ini kian dikenali apabila sering berkongsi berkaitan ilmu pengurusan kewangan di media sosial dan kaca televisyen. Perkongsian ringkas yang menarik dan mudah difahami berjaya memberi inspirasi untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik, membuat pelaburan, mengurangkan bebanan hutang dan sebagainya.

Pengalaman Hidup, Perbaiki ‘Cash Flow’

Pengalaman hidup yang pernah berdepan dengan pengurusan kewangan aliran tunai ‘cash flow’ yang tidak tersusun serta tidak mempunyai perancangan kecemasan mahupun pelaburan satu ketika dahulu, ternyata membuatkan wanita ini terdetik hati untuk berubah dan mencari ilmu dalam membaiki pengurusan ‘cash flow’ dengan lebih baik serta meningkatkan pendapatan.

“Pernah terjadi suatu hari saya drive seorang diri, tayar kereta meletup dan terpaksa tukar depan belakang. Masalah ketika itu duit tiada, credit card full, suami saya outstation tapi dia pun tiada duit. Korek-korek akaun pindah sana sini cukup-cukup untuk tukar tayar.”

“Saya terfikir kenapa kewangan kami begini, walhal kami pakai kereta continental masa tu. Rupanya kami dalam ‘rat race’ kais gaji, tak tau duit habis ke mana, tidak fikirkan tentang kecemasan atau pelaburan. Duit gaji setiap bulan habiskan sebab mentaliti, nanti bulan depan dapat lagi.”

“Kejadian ni memang banyak buat saya berfikir dan cari ilmu untuk baiki Cash flow dan kejadian ini juga menyebabkan kami kerja lebih kuat untuk naikkan income,” ujarnya membuka bicara.

Beri Kesedaran Menguruskan Kewangan Cash Flow

Pengalaman selama 15 tahun dalam industri takaful, membuatkan dirinya menemui pelbagai jenis ‘cash flow’ yang ramai hadapi. Atas pengalaman berharga ini, misi wanita penuh berwawasan ini hanya satu untuk memberi kesedaran pada orang ramai supaya dapat menguruskan dan mementingkan ‘cash flow’ demi kewangan yang lebih baik dan efektif. Malah baki kewangan yang ada digunakan untuk pelaburan demi kegunaan masa depan.

“For things to change, I must change first. Saya percaya dalam situasi bagaimana pun seseorang itu, jika ada niat nak berubah, pasti ada jalan. Misi saya ialah untuk beri kesedaran kepada semua, yang kita perlu urus cashflow demi situasi kewangan yang lebih baik.”

“Urus cashflow adalah habit, jika belum ada kita boleh memupuk habit ini untuk nyahkan habit lama yang tidak membawa kebaikan,” ujarnya yang juga Pengarah The Edit Group,yang mengeluarkan budget planner dan Cash Envelope sebagai “money tools” untuk yang berminat baiki cashflow (aliran tunai) mereka .

Dalam pada itu, Nafisah juga menasihatkan agar bagi mereka yang ingin memperbaiki pengurusan kewangan dan cash flow agar beri masa pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa.

IKLAN

“Ramai yang cuba jalan shortcut. Nak cepat nampak hasil bila mulakan journey urus cashflow. Kena beri masa pada diri sendiri., sebab kita dah ada habit kewangan lama yang kita dah sebati dalam diri selama berpuluh tahun. Jadi untuk terapkan habit baru akan mengambil masa.

“Usah putus asa dan keep going. Sekurangnya tiga bulan untuk ‘catat perbelanjaan’ kita duit keluar masuk – dari sini kita akan nampak kat mana ‘kebocoran duit’ dan apa habit belanja kita yang boleh dibaiki,” jelasnya.

 Perkongsian ‘Dana Kecemasan’ Beri Impak Besar

Bukan itu sahaja, ternyata perkongsian beliau mengenai kepentingan ‘Dana Kecemasan’ sewaktu negara dilanda pandemik COVID ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga cukup memberi impak yang besar dan kesan positif. Saranan yang dikongsikan dapat membantu dan memberi persediaan menguruskan kewangan dikala menghadapi situasi genting ketika itu.

“Semasa bermula PKP, saya aktif mencanang tentang pentingnya “Dana Kecemasan” takut-takut jika ada yang kehilangan kerjaya kerana pandemik.Ternyata apa yang saya takutkan itu terjadi, dan follower yang berjaya buat dana kecemasan seperti yang disarankan, berjaya survive. Mesej-mesej peribadi di Instagram ini memberi impak kepada saya, bahawa apa yang saya sampaikan nampak kecil, rupanya memberi impak besar kepada kehidupan seseorang,”

“Dari situ saya luaskan lagi skop perkongsian di Instagram saya kepada cara urus gaji. Kemudian saya hasilkan budget planner. Ini kerana setiap kali orang bertanya ‘bagaimana saya boleh bantu mereka untuk urus cashflow mereka?”Budget Planner Money Matters 2022 ialah edisi kedua. Ramai yang menggunakannya untuk memupuk habit urus cashflow yang lebih efektif,” jelas Nafisah.

 “Break Pattern” – Anak Bukan Dana Persaraan Mak Ayah

Setiap kali berkongsi ilmu pengurusan kewangan dengan para followers mahupun orang ramai harapan Nafisah ialah menghapuskan pandangan masyarakat bahawa anak-anak adalah dana persaraan buat mak ayah.Perlu lebih realistik agar usah terlalu bergantung kewangan pada anak-anak ketika meniti usia tua nanti.

“Saya sangat berharap kita boleh “break pattern” – anak bukanlah dana persaraan kita. Terlalu biasa dalam masyarakat kita untuk bergantung kepada anak-anak ketika mereka tua.Kita boleh putuskan rangkaian patern ini, jika kita bersedia dengan dana persaraan yang cukup.

“Dengan ini anak-anak juga boleh bina kekuatan kewangan mereka, dan tumpukan kepada pendidikan anak-anak mereka pula,” ujar wanita ini yang menjadikan kata-kata semangat dan kejayaan followers nya mampu mengubah kewangan dengan lebih baik sebagai motivasi untuk terus berkongsi ilmu.

IKLAN

Kesusahan Hidup Beri Impak Dalam Kehidupan

Bagi Nafisah meskipun membesar dalam keluarga yang susah dan ramai adik beradik, namun ibu dan ayahnya sangat mementingkan pendidikan terbaik buat anak-anak. Membuatkan dirinya mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memiliki kerjaya yang baik. Bukan itu sahaja, Nafisah juga percaya bahawa, kesusahan hidup yang dihadapi mengajar dirinya untuk lebih kuat berusaha untuk mencapai sesuatu.

“Ayah saya seorang Guru, ibu saya pula Pembantu Tadbir, kami 7 beradik. Kehidupan bukan senang,memang susah tapi ibu bapa saya sentiasa cuba berikan pendidikan terbaik. Jika saya stay di rumah sahaja pasti boleh jaga adik- adik (saya anak kedua) tapi ibu bapa saya hantar saya ke asrama untuk dapat fokus belajar. Saya rasa inilah yang bantu saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara dan kemudian kerjaya yang elok.”

“Kesusahan hidup dan struggle banyak beri impak kepada saya dimana saya faham yang jika saya nak capai sesuatu, saya kena berusaha,” ujarnya yang merupakan graduan berkelulusan Kejuruteraan Elektrik dari University Okayama, Jepun.

Wanita ‘Menteri Kewangan’ Rumah Tangga

Sempena ulangtahun Mingguan Wanita ke 40 dan juga sambutan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac ini, Nafisah mempunyai definisi tersendiri mengenai peranan wanita yang mampu memberikan inspirasi buat wanita lain. Bagi beliau wanita berperanan sebagai ‘Menteri Kewangan’ dalam rumah tangga yang menjadi tulang belakang pada pengurusan kewangan dan masa depan anak-anak.

“Wanita lebih memahami sesama wanita. Namun lebih penting sebenarnya wanita ialah ‘Menteri Kewangan’ dalam rumah tangga. Hala tuju kewangan keluarga bergantung kepada wanita sebagai tulang belakang, dan secara jangka masa panjang, masa depan anak-anak bergantung kepada bagaimana kita ‘belanjakan’ duit kita hari ini,” ujarnya.

IKLAN

Ternyata, meskipun perkongsian ringkas berkongsi ilmu kewangan dan membaiki pengurusan ‘cash flow’ dengan lebih baik di media sosial, Nafisah mampu menjadi inspirasi buat wanita lain untuk saling berkongsi ilmu pengetahuan yang ada dan memberi impak serta manfaat pada orang lain dengan cara tersendiri.

 Baca Lagi Personaliti Aura Mingguan Wanita:

Ulas Pendekatan Saintifik Cara Mudah, ChM Dr Fatimah Berharap Lebih Ramai Masyarakat Celik Ilmu Sains

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

Kak Yatie Kongsi Resipi Yang Senang Faham, Mudah Orang Ikut.” Memang Tiada Rahsia

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita