Tahniah diucapkan buat pelakon Nad Zainal, 30, yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Nad dan suami, Muhammad Faliq Amirudin telah menimang bayi seberat 2.9 kilogram pada petang Selasa di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim, lima tahun.
Nad Zainal Lalui Proses Bersalin Secara Pembedahan
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini menyatakan dirinya melalui proses bersalin secara pembedahan dan akan berkongsi nama serta jantina anaknya itu pada hari ketujuh kelahiran.
“Alhamdulillah proses berjalan lancar dan dipermudahkan. Nama pun tak fikir lagi, tunggu hari ketujuh nanti,” luahnya.
Kali Terakhir Lalui Proses Bersalin 5 Tahun Lalu
Nad sebelum ini turut memaklumkan dia berasa gemuruh untuk menyambut kelahiran orang baru. Apatah lagi untuk menguruskan bayi yang baru lahir, setelah kali terakhir melalui pengalaman sama lima tahun lalu.
“Gementar betul, walaupun sudah ada seketul Yem (anak sulung), tetapi dah lama tak ada baby, takut betul rasanya sebab dah lupa macam mana, lima tahun dah tak ada baby,” tulisnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Bagi anak ini, Nur Azreen Saleh niatnya untuk bersedekah piza percuma pada 16 April yang tercetus dengan ‘Hari Istimewa’ yang melibatkan arwah Abah nya, Hj Mohd Salleh Hashim.
Pengusaha QR Pizza ini, mula memberikan potongan piza percuma kepada orang ramai yang melalui Jalan Helang Batu 9, di Teluk Panglima Garang.
Harapannya dengan amalan sedekah itu dapat memanjangkan doa untuk arwah abahnya yang telah kembali ke alam sana. Melalui doa orang ramai yang menerima piza nya itu.
Dalam tak disangka, rupanya ada di kalangan penderma yang bermurah hati untuk memberi piza percuma kepada orang ramai setiap hari sehingga menjelang 1 Syawal.
“Hari ni ISTIMEWA! Kenapa istimewa? Sebab Tanggal 16 April adalah tarikh Ulangtahun Kelahiran Arwah Abah Hj. Mohd Salleh Hashim Hari ni jugak, Tanggal 4 Ramadhan merupakan tarikh Arwah Abah meninggal dunia pada 5 tahun yang lalu. Dan, hari ini hari Jumaat, hari kami pulangkan Abah ke Tanah, negeri abadi!
Kebetulan kan… Semua nya dalam 1 hari.. Itulah ISTIMEWANYA hari ini.. Oleh kerana rasa sangat Istimewa, hari ni Team QR Pizza agihkan PIZZA PERCUMA di hadapan QR Production House di Teluk Panglima Garang.
Alhamdulillah, semoga apa yang kami lakukan ini ‘sampai’ kepada Abah di ’sana’. Bahagia Abah dihujani kiriman yang mencurah-curah hendaknya.
Lepas selesai agihan Pizza Percuma, saya terima beberapa mesej permintaan untuk berinfaq dengan cara yang sama.
Syukur Alhamdulillah, kami terima penginfaq yang akan menaja pizza percuma setiap hari berkerja bermula isnin nanti sehingga hari raya.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
Bulan Ramadan ini, digalakkan memperbanyakkan amalan bersedekah. Ada satu tip menjadi kaya yang pernah dibaca, bersedekahlah pagi dan petang pada bulan umat Islam sedang berpuasa ini.
MW : Alhamdulillah.. semoga amalan bersedekah sebegini sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk kita sama-sama mengikut jejak langkah. Dan sesiapa yang melalui Jalan Helang Batu 9, jika ada rezekinya bolehlah dapat piza percuma.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Sosial media (socmed) ini tempat orang meluah rasa. Tapi tak semestinya apa yang dikongsikan seseorang itu, menggambarkan seratus peratus dirinya. Bak kata pelakon, Nazrief Nazzri ini sesetengah perkongsian itu ada yang bertujuan untuk mencari rezeki.
Sebagaimana dirinya dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan perkongsiannya di media sosial bukanlah untuk menunjuk tetapi demi mencari sesuap nasi. Dan itulah salah satu punca rezeki mereka.
Begitu juga bagi sesetengah orang. Sebab itulah, apabila terlihat satu-satu posting menggambarkan kebahagiaan seseorang, maka berdoalah untuk kebahagiaan pasangan itu. Kerana, kelak yang baik-baik juga akan berbalik kepada anda yang mendoakan.
Saya nak pesan sikit dkt netizen semua. Dunia dalam social media ni BUKAN REALITY. Jangan ingat apa yang korang nampak dekat ig, fb , tiktok semua adalah sebenar-benar kejadian. Apa yang korang nampak tu semua hanyalah apa yang mereka nak tunjuk sahaja. And kadang-kadang semua benda tu dirancang. Sama ada for entertainment or marketing purpose.
Contohnya, saya dan isteri suka buat posting dekat social media bukanlah nak menunjuk. Tapi kami buat itu semua untuk cari sesuap nasi. Inilah salah satu punca rezeki kami. Kalau ikutkan saya dan isteri dua-dua perangai sama. Suka duduk berkurung dkt rumah dan taknak jumpa orang pun. Tapi disebabkan kami mencari rezeki di social media maka terpaksalah kami buat content. And of course bila dekat socmed ni kami akan share yang INDAH INDAH SAHAJA.
Siapa je yang nak share dekat socmed yang dia tengah susah, siapa je yang nak bgtau diorang pernah ikat perut sebab duit dah takde dalam akaun sementara nak tunggu payment masuk. Siapa je yang nak bagitau kat orang yang diorang nangis-nangis tengah malam cari jalan macam mana nak cari duit. TAKDE SIAPA PUN NAK TUNJUK DIORANG SUSAH DEKAT SOCIAL MEDIA.
To my wife @angellajoliey . Tq sebab ada dengan I susah senang, thank you sebab always positif bila i down, and thank you sebab sabar dengan I bila I buat mistakes. Love u always.
Tapi apa yang naz nak sampaikan adalah, kalau kita tengok orang share yang dia happy kat socmed, maka kita doakan kebahagiaan dia dan semoga ALLAH pun beri kebahagiaan tu kepada kita. Tak perlu nak dengki dengki dan iri hati. Dunia ni tak perlukan NEGATIVITY and TOXIC PEOPLE. Cukup-cukup lah apa yang dah ada sekarang.
Start your day with POSITIVITY and ALWAYS SPREAD KINDNESS.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Lelaki ini, Najmi Farisham tak pernah menyangka akan melalui detik disahkan positif Covid-19. Tidak pernah terbayangkan, malah dia begitu berjaga-jaga dengan pakai pelitup muka dan sanitasi tangan setiap kali keluar rumah.
Namun, takdir tuhan tiada siapa menduga. Bukan saja dia, malah ada ahli keluarga yang turut disahkan positif. Dan beliau berkongsi pengalaman, kekal bertenang biar pun sakit diuji dengan virus Covid-19.
Tak sangka, akhirnya kali ini Tuhan pilih aku untuk merasa jangkitan positif virus COVID-19 ini. Fuh!
Dari Madinah, kemudian terbang balik ke Malaysia, kena cucuk mulut hidung dah. Syukur, negatif ketika itu. Dapatlah merasa menginap di hotel 5 bintang, lengkap segalanya.
Masa itu, virus ini tengah mengganas betul. Kes di serata dunia naik mencanak-canak. Tambahan, dunia tengah kalut sebab masih belum jumpa cara nak mengawalnya.
Dah sampai di Malaysia, aku merantau ke sana ke mari. Rentas daerah, rentas negeri. Semuanya selamat. Namun itulah, kalau Tuhan tak nak beri lagi, pergilah ke mana sekalipun tetap tak dijangkiti.
Pada penghujung Mac lepas, kami sekeluarga disahkan positif.
Mula-mula umi kena, demam dan batuk-batuk. Terus dibawa ke hospital untuk kuarantin.
Aku dah rasa tak sedap badan dah. Tubuh berasa tak bertenaga sangat. Berdiri lama, rasa nak rebah. Demam menggigil, sakit kepala, sakit sendi badan. Nak tidur malam pun tak boleh.
Dalam hati memang dah rasa sangat, “Konfem positif ni nampak gayanya.”
Aku terus mengasingkan diri, duduk di bilik lain. Tak nak bercampur dengan orang lain terutamanya anak dan bini.
Akhirnya Pusat Kesihatan Daerah (PKD) telefon, mengarahkan kami sekeluarga untuk datang melakukan saringan sebab dikira kontak rapat dengan umi.
Pagi pergi buat saringan, tengah hari itu terus pegawai PKD telefon.
“Encik, Muhammad Najmi ke?”
“Ha, ya saya.”
“Saya nak beritahu result pagi tadi, yang encik positif. Nanti siap-siap kemaskan barang ya, ambulan datang jemput di rumah.”
Yang peliknya, aku tak rasa terkejut langsung. Takut pun tidak. Tak adalah duk terbayang yang bukan-bukan.
Mungkin sebab gejala yang aku alami itu dah teruk. Jadi aku memang mengharapkan supaya dikuarantin di tempat khas. Bukan di rumah. Risau benda ini berjangkit ke orang rumah, anak, adik-adik dan nenek yang ada sekali.
Lagipun aku faham benar yang virus ini tak ‘berbahaya’ untuk orang muda. Ramai yang dah survive. Dan benda ini harus dibendung sepenuhnya dalam tempoh 10 hari awal. Sebab tempoh inilah virus itu sangat aktif.
“Saya seorang ja kan yang positif? Orang rumah, anak, adik-adik, nenek yang swab sekali pagi tadi negatif kan?” tanya aku mendapatkan kepastian sebelum menamatkan perbualan.
“Ya encik, yang lain semua negatif,” jawabnya tenang.
Ah, syukurlah!
Masa ambulan sampai, seorang petugas lengkap berpakaian ‘angkasawan’ keluar menjemput. Ceria orangnya, membuatkan mental dan psikologi kita tak berasa lemah.
Aku melangkah naik ke ambulan dengan penuh tenang. Kepala tak diserabutkan dengan benda bukan-bukan. Aku hanya nak kuarantinkan diri di tempatnya saja, bukan di rumah.
Seminggu kemudian, adik-adik aku dan nenek pula disahkan positif selepas saringan kedua. Ada yang bergejala, ada yang tidak. Dugaan sungguh! Mujurnya, anak bini kekal negatif.
Nenek dibawa ke Hospital Tumpat kerana berisiko tinggi. Dia ada kencing manis. Jadi memerlukan pantauan khas dari pihak hospital.
Adik-adik aku yang lain dihantar ke Hospital Pasir Puteh, tempat aku dikuarantinkan. Dah jadi macam tempat pertemuan keluarga pula. Kahkah. Doktor pun nak tergelak siap pesan lagi dekat aku, “Awak sebagai senior di sini, jaga bebaik adik-adik awak tu. Haha”
Jujurnya sikap perwatakan para petugas di sini juga memainkan peranan penting untuk kami kekal kuat. Setiap kali kami berhubung untuk pemantauan, ceria dan riang saja nada suaranya. Tak adalah duk mengeluh ke, apa ke.
Makan cukup, rehat cukup di tempat kuarantin. Tak ada duk risau virus ini akan terjangkit dekat sesiapa lagi. Paling penting, kena kuatkan semangat. Jangan fikir bukan-bukan.
Hari ke-12, aku dibenarkan pulang. Kami sekeluarga survive, alhamdulillah! Kluster yang melibatkan kami pun, seingat aku dah diisytiharkan tamat dah.
Biarpun gejala yang dialami masih belum pulih sepenuhnya, namun yang paling penting tempoh aktif virus ini sudah tamat.
Kata doktor, tubuh badan bekas pesakit COVID-19 sudah membentuk satu imuniti baru untuk melawan virus ini. Jadi kami tidak akan dijangkiti bahkan tidak akan menjangkiti sesiapa lagi. Dalam erti kata lain, kami sudah selamat alhamdulillah!
Ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sungguh. Ketika dunia dan negara sendiri bertungkus lumus melawan wabak yang entah bila penghujungnya, aku dengan tak sengaja memberi ‘jasa’ dalam statistik angka. Kahkah!
Ya, kita tak minta pun nak kena. Pelitup muka, pakai. Tangan disanitasi selalu, sampai lencun kalau masuk ke pasar raya. Namun bila Allah takdirkan kita untuk menerimanya, jangan melenting. Tabah dan reda dengan ketentuan-Nya.
Bukankah ujian itu untuk menambahkan lagi iman kita?
Itulah.
Sumber/Foto : Najmi Farisham,
Bekas pesakit COVID-19.
Hanya disebabkan tidak berkongsi foto bersama isteri pada hari raya, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim kembali bergolak.