Tahniah buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali kini sudah bergelar ibu!
Pelantun Pematah Hati itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam.
Berita gembira itu disahkan wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment dalam satu kenyataan.
Pihak pengurusan memaklumkan Nabila melahirkan bayi sulungnya itu dengan kaedah pembedahan jam 10.01 malam. Nabila dan bayi seberat 3.1 kilogram itu kini berada dalam keadaan sihat.
Ads
Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali berkongsi rasa kesyukuran selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik dilalui untuk mencapai momen penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mendoakan kesejahteraan serta memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi selama ini,” katanya.
Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, Nabila kini mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga serta fasa baharu sebagai seorang ibu. Nama bayi lelaki pasangan ini juga belum diumumkan malah Nabila juga dilihat tidak berkongsi perkembangan terkini dirinya usai melahirkan zuriat pertamanya itu.
Terdahulu Nabila mengumumkan kehamilan pada Oktober lalu dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun depan dan mengumumkan jantina bayi lelaki pada November lalu.
Nabila dan suaminya Nik Iruwan, 39, berkahwin dalam majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November tahun lalu.
“Anak-anak mak dibesarkan penuh kasih sayang, tak jumpa sehari rasa rindu” itulah antara ungkapan ibu kesayangan kepada Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, Normah Damanhuri.
Pelakon veteran itu dipuji dek kerana hubungan akrab antara anak-anaknya. Ibu kepada lima anak iaitu Uji, Rose Azlin (Kak Nona), Lydia, Liana (Kak KM) dan Ahya akui dia sendiri sangat menjaga tutur bahasa ketika berbicara dengan anak-anak. Malah sejak kecil dirinya juga tidak membahasakan perkataan ‘aku’ pada anak-anaknya.
“Anak-anak mak sangat rapat sejak kecil, mereka ni tak boleh berpisah. Nasib baik walau kelima-lima sudah berkahwin dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur jadi setiap hari boleh berjumpa.
“Saya menerapkan antara kami anak beranak saling sayang menyayangi. Mereka akan berpelukan antara satu sama lain bila berjumpa dan masing-masing ceria. Dulu masa anak bongsu Ahya bujang, dia ke Hong Kong kami menangis setiap hari sebab terlalu rindukan. Bila masak masakan kegemaran Ahya pasti akan teringatkan dia,” ungkap Normah.
Ketika ditemubual Kak KM dan Kak Nona juga akui mereka belajar saling menyangi sejak kecil apabila melihat hubungan kasih sayang yang akrab antara ibu dan arwah ayah.
“Sejak kecil mak dan ayah besarkan kami penuh kasih sayang. Kami nampak mak selalu baring atas riba ayah. Malah mak sendiri tak pernah bercakap kasar dengan anak-anak. Kami sangat menghormati kedua orang tua kami dan saling berpelukan bila berjumpa. Malah kami sendiri terapkan pada anak-anak kami agar hubungan adik beradik tidak boleh putus dan sentiasa menyayangi antara satu dan lain” ujar Kak Nona.
Normah juga menerangkan dia sangat beruntung kerana anak-anak dan cucu begitu membahagiakan dirinya.
“Tip cara mak besarkan anak-anak. Memang mak dengan anak-anak sangat berkasih sayang. Mereka tak pernah melawan atau bercakap kasar dengan mak.
“Mereka sangat sayang, muliakan, bahagiakan mak. Mak pula jenis bersusun cakap, berlapik tak pernah rasa nak kecil hati,” luah Normah.
Kasih sayang antara Normah dan anak-anak mendapat pujian dari warganet.
“Alhamdulillah, setakat ini mak tengok warganet puji dan mendoakan mak. Sangat bersyukur semua kata-kata yang dikeluarkan sangat baik. Mak terharu dengan doa mereka dan menghargainya. Ada yang kata sedih dah tiada mak dan ada juga yang nak buat ikut cara begini. Secara tak langsung ia bagi contoh kepada anak-anak di luar sana,” kongsinya.
Bercerita tentang perkembangan terkini, kakak kepada Kak KM iaitu Kak Nona yang juga merupakan pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, En Iskandar Ali bakal menganjurkan Festival Kampung Tradisi yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya dan tradisi Melayu serta warisan rakyat Malaysia pada 12 hingga 15 Disember ini di Dataran Pantai Morib.
“Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan semula budaya tradisional yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti negara. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tradisi, permainan rakyat, makanan kampung dari perkampungan Mat Kilau, dan persembahan seni akan berlangsung sepanjang festival ini,” jelasnya.
Ahli Dewan Negeri, N01 YB Datuk Rizam Bin Ismail turut hadir memeriahkan majlis.
Antara barisan artis yang hadir menyerikan majlis Sidang Media Festival Kampung Tradisi yang bakal diadakan pada 12 sehingga 15 Disember ini.
Selain itu, festival ini turut menampilkan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air, antaranya Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, Rina Eva, Jibam Ramlee, Elly Xceed, Syura Badron, Ahmad Yasin dan Kumpulan Kristal.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sambil menyokong budaya tradisi Malaysia. Sertai kami di Festival Kampung Tradisi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor pada 12,13,14,15 Disember ini di Dataran Pantai Morib untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alami masalah resdung kronik Janna Nick terpaksa jalani pembedahan. Sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung yang sudah berada pada tahap kronik dan tidak dirawat, boleh menyebabkan jangkitan hingga ke mata dan otak.
Jika penyakit itu sudah mengganggu bahagian mata, bimbang boleh menyebabkan mata merah, membengkak dan juga kabur. Jangkitan yang merebak ke bahagian otak pula jika tidak dirawat, sengsara penyakit itu boleh menyebabkan demam tinggi seterusnya sawan.
Terbaru pelakon, penyanyi dan pengacara popular Janna Nick telah dikejarkan ke hospital dek kerana mengalami masalah resdung yang teruk.
Seperti mana yang dikongsi menerusi video di Tik Tok, Janna memberitahu dirinya mengalami masalah alahan tersebut selepas menjalani sesi penggambaran melibatkan seekor kucing.
Malah dirinya juga perlu menjalani pembedahan kerana resdung yang serius.
“Ini pertama kali dalam hidup perlu buat pembedahan, yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung. Sinus saya agak kronik.
“Sebelum ini, saya ada jalani penggambaran dengan kucing. Ia telah menyebabkan hidung saya menjadi sangat teruk sampai masuk hospital,” kata Janna.
Namun isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu masih menunggu untuk menjalani pembedahan berikutan terdapat jangkitan pada paru-parunya.
“Saya kena buang tulang sikit sebab bengkok tapi belum pembedahan lagi sebab ada jangkitan dekat paru-paru, jadi belum sesuai lagi untuk
“Sinus saya agak kronik. Resdung adalah masalah yang besar juga terutama apabila hilang nikmat rasa dan bau,” sambung Janna.
Pada masa yang sama Janna juga menitip nasihat buat penghidap resdung agar tidak berlengah untuk mengambil pil antihistamin atau membersihkan mukus pada bahagian hidung apabila selesema atau alahan menyerang.
“Jangan sedut mukus dalam hidung, ia akan menyebabkan saluran terhalang. Ia akan menjadi masalah yang besar apabila hilang nikmat rasa dan bau,” ujarnya.
Ayash bayi ajaib. Rupanya tangan kanan anak bongsu Shuib iaitu Ayash kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Shuib semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.
Menjawab persoalan ramai, Shuib menerangkan mengenai keadaan tangan kanan anak Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.
Kongsi Shuib lagi, sewaktu Ayash dilahirkan, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” luah Shuib.
Ketika siaran langsung itu juga, Shuib turut menerangkan keadaan tangan kanan Ayash yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.
Pada masa yang sama, Shuib turut menerangkan bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu. Namun dirinya bersyukur kerana kini tangan Ayash semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.
“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” sambung Shuib.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!