'Nabil Nak Balik Rumah..' Tapi Kena Ada RM4500 Untuk Beli Tabung Oksigen Yang Bantunya Bernafas

Adik Nabil atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Bin Mohd Firdaus, 7 tahun disahkan cerebral palsy sejak dari lahir. Dia juga mengalami Laryngomalacia, GERD gred 4 dan Hyperactive airway disease. Penyakit itu membuatkan dia memerlukan tabung oksigen untuk bernafas dengan sempurna.

Sampai ke hari ini dah dua bulan adik Nabil menjadi penghuni semula wad 5B Hospital sultan Bahiyah Alor Setar, Kedah. Selama 24 jam dia memerlukan bantuan oksigen.

Di hospital tentulah ada kelengkapan itu. Bila dia keluar kelak, bantuan oksigen tak lagi diberikan oleh pihak hospital. Ini bermakna ibunya, Nor Hasniza Binti Abd Ghani perlu menyediakan sendiri.

“Buat masa ini ada hamba Allah yang dah sedia untuk membayarkan sewa tabung oksigen untuk Nabil. Dalam sebulan kos sewanya sebanyak RM350.” Tutur ibu tunggal ini ketika dihubungi Mingguan Wanita.

 

‘Nabil Nak Balik Rumah..’ Tapi Kena Ada RM4500 Untuk Beli Tabung Oksigen Yang Bantunya Bernafas

Berhasrat Beli Tabung Oksigen Konsentrator

Bagaimana pun besar harapannya sebagai ibu mahu melihat anaknya menggunakan mesin oksigen yang dinamakan ‘Oksigen Konsentrator’.

Mesin itu bernilai RM5000, namun wakil NGO, Puan Rohaidatul Asma dapat deal harga pembekal iaitu RM4500.

Apa yang bakal memudahkan keluarga kecil ini, tabung konsentrator tak perlu di’refill’ dan kos bulanan menjimatkan. memandangkan ia menggunakan kuasa elektrik.

IKLAN

Berbeza dengan tabung oksigen sewa setiap 5 jam ia perlu direfill dan setiap kali refill oksigen mencecah RM50.

Pembelian mesin oksigen ini jugalah yang doktor cadangkan untuk adik Nabil. Dia perlu memiliki satu mesin oksigen kalau ingin pulang ke rumah. Tanpa mesin itu, adik Nabil tak mampu bernafas secara normal seperti kita.

Sepanjang berada di wad Doktor cuba perlahankan oksigen dr 10 hingga 1 liter tapi paru-paru adik nabil masih tidak dapat bertahan dan terus menurun ke paras tidak normal.

 

Dia Anak OKU Terlantar

Paru-paru Nabil tak elok untuk kedua-duanya. Dan tak berkembang. Dia anak OKU yang terlantar. Tak banyak bergerak dan kurang bercakap.

IKLAN

Sepanjang diwad saya menjaganya macam biasa. Cuma buat masa ini Nabil berhadapan masalah tiub susu bocor.

Tiub susu itu tebuk di perutnya. Masukkan susu dari situ. Bila bocor, itulah yang buatkan Nabil masih ditahan di wad.

Doktor nak tunggu dia tertutup barulah dia boleh balik. Sebab itu dia kena puasa nak bagi lubang tertutup semula.

Sebab itu badannya dah menyusut tinggal 17 kilo. Dah dua hari dia puasa. Selagi belum tertutup, selagi itulah dia kena puasa.” Sayu hati itu yang bimbangkan anak yang kini juga berhadapan saluran pernafasan sempit.

 

IKLAN

‘Nabil Nak Balik Rumah..’ Tapi Kena Ada RM4500 Untuk Beli Tabung Oksigen Yang Bantunya Bernafas

TABUNG KECEMASAN ADIK NABIL

Pembaca yang mahu membantu ibu adik Nabil membeli tabung oksigen konsentrator boleh menghulurkan sumbangan anda ke akaun:

CIMB
7620 0001 63         ROHAIDATUL ASMA
Maybank
1521 2538 5938     NOR HASNIZA

Atau Hubungi

019 5755367    IEDA (Wakil NGO yang mengendalikan kes adik Nabil)
017 4147318    PUAN NIZA (Ibu)

Alamat : F 794, Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam 06910 Yan Kedah Darul Aman

Sumber/Foto : Nor Hasniza , Rohaidatul Asma

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI