Bila musim raya, masih ramai yang terlepas pandang bab bersalam. Main hulur tangan tanpa ambil tahu tentang hukum bersalam dengan orang tetamu.
Kadang nak tegur pun tak sampai hati sebab yang menghulur pun bukan anak kecil. Mungkin salah sebabnya sangat rapat dengan orang itu dah sudah biasa!
“Nampak macam boleh, tapi sebenarnya TAK BOLEH!”
Haaa… itulah sedikit teguran daripada saudara Firdaus Shakirin yang kita patut renungkan dan betulkan balik mana yang silap.
Ads
Hari Raya nanti, bukan semua orang awak boleh salam. Awak boleh salam dengan orang yang mahram dengan awak sahaja dan tak boleh salam dengan orang yang BUKAN mahram dengan awak.
Mahram dan Bukan Mahram
Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya. Bukan Mahram pula ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi kita boleh bernikah dengannya.
Untuk lelaki, orang yang dia tak boleh salam ialah :
Adik dan kakak ipar perempuan, biras perempuan, semua sepupu perempuan, makcik-makcik yang kahwin dengan adik beradik belah bapa / mak, Makcik-makcik belah bapa dan mak mertua.
Ads
Untuk perempuan, orang yang dia tak boleh salam ialah :
Adik dan abang ipar lelaki, Biras Lelaki, semua sepupu lelaki, pakcik-pakcik yang kahwin dengan adik beradik belah bapa / mak, Pakcik-pakcik belah bapa dan mak mertua.
Hukum bersalaman dengan orang yang bukan mahram dengan kita ialah HARAM. Jadi, kita perlu tahu dengan siapa yang kita boleh salam dan dengan siapa yang kita TAK BOLEH salam.
Ads
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul dan bukan biasa-biasa kalau masih tak betul.
*Applicable for setiap hari, not Hari Raya sahaja.
Nota kaki :
Yang perempuan tu, bila balik kumpul ramai-ramai ni, hatta dalam rumah sekalipun, kena pakai tudung, baju lengan panjang dan tutup aurat daripada orang yang bukan mahram tengok.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramadan ini kena fikir yang baik-baik, tahan hati dari marah-marah. Kalau pun marah sungguh dengan kesalahan isteri, gandakan rasa sabar, kurangkan rasa nak marah itu iya wahai suami.
Sebab, kadangkala isteri bukan sengaja.. dia terbuat silap. Jangan terus dituduh dengan ayat yang ‘makan dalam’, kata-kata hinaan hingga buat jiwa isteri rapuh lagi parah.
Ambil contoh Bro Ohsem Akhtar Syamirtangani emosi marahnya bila isterinya telah melakukan kesalahan yang tak kena dimata.
Semalam saya marah betul dengan isteri saya. Dia ada buat satu kesalahan yang agak membahayakan. Tidak perlulah saya maklumkan apa kerana ia bukan fokusnya di sini.
Saya sejenis orang yang boleh marah kepada sesuatu bukan disebabkan oleh benda yang telah terjadi itu, tetapi lebih kepada marah kerana benda itu boleh dielakkan.
Saya kenal isteri saya. Apabila dia ada buat kesilapan atau kesalahan, dia akan takut, dia akan kalut dan akan sedih.
Sebelum kami berkahwin, saya pernah marah dia disebabkan suatu perkara. Bukan secara kasar pun, sekadar menyatakan yang saya marah dengan suara yang tegas tanpa menjerit.
Dia pecah terus. Dia menangis berjujuran air mata dan ianya sukar untuk dihentikan. Setiap manusia itu memang unik. Saya dijodohkan dengan orang yang kental, bersemangat tinggi tetapi amat rapuh dan mudah sedih apabila dimarahi.
Mungkin itulah sebabnya kami dijodohkan bersama, kerana saya seorang yang mempunyai daya ketahanan menghadapi tekanan yang tinggi dan boleh menjadi pelindung dia.
Pernah sekali pada tahun lepas, saya ingat lagi dia ada buat salah kepada saya. Dia menangis teresak-esak dan berkata “abang janganlah marah sayang, sayang takde kawan dah nanti.”
Saat saya menulis ayat ini, air mata saya berlinangan. Kerana sehingga kini, saya masih rasai apa yang saya rasai pada saat isteri saya berkata begitu.
Betapa insan di dalam pelukan ini sangat memerlukan saya dalam hidupnya dan menyesal diatas perbuatannya. Saya berasa amat sedih dan terharu. Saya peluk dia dengan rapat, saya cium rambutnya, sapu belakang badannya dan memberi kata-kata semangat untuk memulihkan keadaannya.
Seperti lelaki, seorang wanita juga berasa bersalah di atas kesilapannya. Tetapi lumrah wanita ini dilahirkan dengan penuh emosi. Kadang-kala emosi itu boleh menjadi teramat kuat sehingga dirinya menjadi tidak terkawal.
Jadi, bagaimana untuk memarahi isteri tanpa memarahi? Saya tidak kata ianya mudah. Suami perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi untuk menghadapi situasi ini dengan baik.
1. Bertenang dan dengar penjelasan dari dia. Tidak ada gunanya dua orang bercakap dalam masa yang sama.
2. Jangan meninggikan suara. Ada bezanya bertegas dan meninggikan suara. Ketegasan bermaksud yang anda kesal kerana ianya terjadi tetapi memarahi terus akan menjadikan ianya negatif.
3. Terangkan kesalahannya dan bagaimana ianya sepatutnya boleh dielakkan. Seperti mendidik anak, isteri juga kadang-kala kurang faham kenapa sesuatu perkara itu bakal mendatangkan masalah. Menjadi tugas suami menambah apa yang kurang.
4. Tekankan betapa pentingnya berkongsi dengan suami tentang apa yang ingin dilakukan sebelum ianya dilakukan. Bukan semuanya perlu keizinan, tetapi pendapat orang kedua adalah sangat penting dan boleh membuka pandangan baru di dalam sesuatu perkara.
Kita lelaki, kita tidak sepatutnya menghukum perkara yang sudah lama berlaku “di atas” perkara yang sedang berlaku. Fokus pada yang sekarang dan bukan menambah keberatan kesalahan itu dengan kesalahan lalu.
6. Jangan sekali-kali memaki. Perkataan yang paling perlu dielakkan ialah “bodoh”, “lembab”, “degil” dan lain-lain. Simpan perkataan itu di dalam hati. Kesannya sangat buruk dan berpanjangan jika ianya terkeluar dari mulut suami.
7. Beri isteri ruang. Jangan terlalu menekan. Jika si dia terlalu tertekan, kesannya amat tidak baik. Kadang-kala ianya boleh jadi luar kawalan. Jika ianya berlarutan, kebarangkalian depresi juga boleh terjadi.
8. Akhir sekali, peluklah isteri kamu. Maafkanlah dia. Ciumlah rambutnya. Dia juga seorang manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan sama seperti kita.
Akhiri itu semua dengan positif. Ada kemungkinan, dengan kesilapan isteri dan cara pengendalian suami ini boleh membuatkan ikatan perhubungan itu semakin erat. In Shaa Allah.
Semoga penulisan ini dapat memberi ilmu yang baru dalam kehidupan suami-isteri. Silakan SHARE untuk kita sama-sama dapat menyebarkan kebaikan.
Adakah anda juga seorang isteri yang kental tetapi rapuh? Kongsikan di komen.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di Supergroup Telegram BroOhsem Fans http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih ramai golongan yang sanggup pinjam duit orang atau hutang semata-mata nak penuhi kehendak sendiri, tetapi bab nak membayar lambat!
Sampai orang yang bagi pinjam pun segan nak minta duitnya balik, padahal itu haknya. Kadang orang tak sampai hati sebab kenalan, diminta-minta risau pula lain pula jadi ceritanya.
Bak kata Puan Juriah Halimatun Ahmad, kita ni kan, kalau meminjam tu, nak sedebuk sekaligus, tapi masa membayar nak bayar sikit-sikit. Kan?
Masa nak meminjam, macam-macam kita janji. 2-3 hari lagi kita akan bayarlah, lepas tu cukup bulanlah, lepas tu begitu , begini, sampai kita rasa agak-agak orang tu lupa.
Kalau pinjam dengan orang, mungkin la dia boleh lupa, tapi kalau pinjam dengan bank ke, along ke… haaa, siaplah. Selalu kena ekor je kan?
Kadang tu bukannya pinjam banyak sangat pun. Betul tak banyak mana yang kita pinjam. Kita je rasa macam sikit, cuma kat pemberi pinjam tu sendiri, mungkin pada dia banyak.
Cuma kena ingat, mungkin duit yang kita pinjam tu sebenarnya ada komitment yang pemberi pinjam perlu guna. Kadang tu duit anak dia, duit isteri dia. Yelah, itu rezeki keluarga tu kan.
Jika pinjam dengan bank, lagilah pulak, itu duit orang ramai yang simpan di bank. Kalau pinjam dengan mana-mana badan contohnya untuk pendidikan seperti JPA, MARA atau PTPN, atau TEKUN, perlu ingat ada orang lain juga nak guna untuk pendidikan atau nak guna untuk perniagaan.
Mama fatim tak kata siapa-siapa. Dulu pun mama fatim di bawah pinjaman boleh ubah sambung untuk belajar selepas SPM dulu.
Alhamdulillah, dengan result exam, bukan semua yang perlu dibayar. Pinjaman boleh ubah kan. Tinggal sikit je lagi hutangnya. Tiap-tiap bulan dibayar. Alhamdulillah.
Kalau setakat nak guna duit sikit-sikit tu yang tak sampai riban-riban tu, lebih baik kita menyimpan lah dari awal. Daripada kita meminjam, tak berapa nak bayar dan menyusahkan orang lain, baik kita berjimat cermat dari awal. Kalau bayar tak pe…
Tips nya, jika kita tahu kita ada keperluan nak guna, 2-3 bulan atau beberapa bulan sebelum guna tu, kita jimat siap-siap. Contoh, kita nak guna dalam RM300 je, kita simpanlah RM100 sebulan. Tak dapat simpan, buatlah apa-apa kerja overtime, atau berniaga atau sebagainya.
Kita buang perbelanjaan yang tidak perlu contohnya duit untuk rokok. Iyelah, kalau ada banyak duit untuk rokok, confirm tak perlu pinjam kan? Apa-apa sajalah yang rasa bukan keperluan.
Andaikata perkara yang kita nak buat atau beli tu bukan satu keperluan, tak usahlah meminjam. Tangguhkan jelah dulu.
Unless, kalau kita nak beli rumah ke, nak beli kereta ke atau nak besarkan perniagaan ke, logiklah jugak sekiranya kita nak pinjam dengan bank.
Jika kita betul-betul nak buat sesuatu yang melibatkan duit, kita sendiri kena pandai urus duit kita. Tak usah kita sibuk-sibuk dengan duit orang. Orang lain pun ada komitmen sendiri. Betul tak? Kalau kita nak BAYAR ON TIME, tak pelah jugak.
Kalau adalah orang yang nak pinjam sekian-sekian jumlahnya, bersedialah untuk bersedekah. Kalau rasa tak ada duit nak sedekah banyak-banyak, kau bagi lah jelah berapa yang kau mampu dan bagitahu, “Maaflah, bagi pinjam, tak ada budget. Untuk sedekah, ini ada.”
Moga-moga kita ini bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang suka menyusahkan orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lagi-lagi tuan rumah yang baru berstatus ibu tunggal. Kita tak tahu apa kepayahan yang telah dilaluinya sebelum ini. Walaupun masih mampu tersenyum di pagi Syawal, dalam hati merintih, kita pun tak dapat teka.
Padu pesanan yang dikongsikan Puan Marliya Ramli, macam mana cara beradap nak bersembang time beraya di rumah orang. Lagi-lagi bila tuan rumah itu baru saja lalui ujian musibah dalam hidupnya.
Bagi wanita yang melalui proses penceraian, ianya ibarat ditikam dada. Sakitnya ibarat mati walaupun masih bernafas. Kesedihannya teruk namun di bibir senyuman masih diberi.
Hanya insan terdekat menjadi saksi melihat. Hanya insan terdekat merasai kepedihan hati.
Tahun ni ada beberapa individu yang terdekat dengan akak menyambut raya sebagai ibu tunggal. Ya… ini raya pertama mereka sebagai ibu tunggal.
Akak tak harap banyak, akak cuma harap sedara mara yang berkunjung ziarah tidak menyibuk bertanyakan itu ini.
Masih tak tahu cara nak beradab? Meh sini akak senaraikan :
1 – elakkan menyebut segala-gala yang berkaitan dengan bekas suami beliau. Tak kiralah secara langsung atau tidak langsung.
2 – layan ibu tunggal seperti biasa. Jangan guna perkataan kesian, sedih, sepi, awan terpilu, duka lara. Mak ko ijau.
3 – bercakap isu semasa seperti cuaca, kerjaya, perniagaan, resepi kuih, memori sekolah. Jauhi dari menyentuh topik peribadi.
4 – elak bertanya anak kecil, Papa adik kat mana? Papa hilang ke? What? Jangan sampai cow dihilangkan nanti. #apeni
5 – fikir tiga kali sebelum mulut mengeluarkan sebarang soalan atau kenyataan. Fikir dan bayangkan kalau kita di tempat ibu tunggal tersebut.
6 – jangan tayang sangat kebahagiaan anda dengan suami. Ada yang memerhati dan tercalar hati.
Saudara kita sedang bersedih gais! Bersedih yang teramat sedih. Kena ingat tu!
Malang sungguh bila masyarakat masih miskin dengan adab. Masih miskin dengan kebijaksanaan. Selamba je bertanya itu ini. Mentang-mentang la bodoh tu percuma, tak perlulah cow sorang nak borong semua.
Kita selamba bercakap apa yang kita suka. Mentang-mentang la cow bahagia dengan suami. Semoga raya tahun depan cow bukan ibu tunggal lah ya…
Jangan lupa, dunia ni ibarat roda. Hanya masa menentukan nasib kita. Tik… tok.. tik.. tok…
Kurangkan bercakap. Ada benda rasa nak cakap, tak perlu cakap semua. Cukuplah biarkan hati yang berkata-kata. Diam itu berharga seperti berlian dan emas 999.
Raya adalah hari untuk kita menyambung ukhuwah. Bukan untuk membuat hati saudara rasa susah.
Tak kaya harta tak pe, tapi jangan MISKIN ADAB. Tak skolah tinggi tak pe, jangan ditayang kebodohan diri.
typo malas nak edit : cow = kau
Salam sayang
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!