Dua murid sekolah positif Covid-19 di Sabah, mak ayah jangan hantar anak yang bergejala ke sekolah. Sekarang bukan masanya untuk menyalahkan pihak sekolah, sebaliknya mak ayah perlu ambil tindakan awal dengan tindakan awal agar tidak menghantar anak-anak yang tidak sihat atau bergejala ke sekolah.
Walaupun dua murid ini tidak untuk menunjukkan gejala namun setelah melalui pemeriksaan, kedua-duanya positif. Sehingga kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan dalam menyiasat kes ini.
Dua Murid Sekolah Rendah Positif Covid-19
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat dua murid sekolah rendah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin yang lalu.
Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
Ads
Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.
Kedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.
Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian Covid-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada kedua-dua pesakit.
Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun.
Muncul Pula Kluster Murid Sekolah
Kluster murid sekolah pula ke?
Ni kita tidak boleh salahkan sekolah atau kerajaan kenapa nak buka juga sekolah waktu Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan ni..
Kes tersebut saya dapat info sahih ianya kes luka bakar,dan budak tersebut perlu menerima rawatan di dalam hospital. Ujian saringan didapati positif RTK Antigen. Budak tersebut tiada gejala lain.
Syabas KKM.
Alert to all parent!
Perhatian kepada golongan ibu bapa terutamanya golongan antivaksin dan geng perubatan sesat lainnya (yang tidak percaya kepada kuman Covid-19 dan sering menyalahkan ini konspirasi dan macam-macam lagi) tolong jangan bawa anak yang tidak sihat, yakni
1. Demam
2. Selsema
3. Batuk
4. Semput
5. Lesu dan kurang aktif
6. Sakit tekak
… ke sekolah. Cikgu cuma memeriksa suhu tetapi tidak boleh mengenal pasti gejala-gejala lain dengan baik.
Jumpa doktor dan minta surat cuti sakit jika pihak sekolah perlukan.
Kita jaga kita. Tetap amalkan jarak selamat lebih 1 meter, pelitup separuh muka dan cuci tangan yang kerap!
MW: Mak, ayah perlu mengawal anak dengan baik kerana Covid-19 masih belum berakhir. Bukan sekadar menjaga keluarga, jaga juga diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita. Semoga kita semua sentiasa selamat.
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Ada apa sebenarnya dengan wristband pink ini? Itu adalah gelang tangan yang perlu dipakai oleh individu yang baru pulang dari luar negara dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.
Mereka perlu patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kerajaan tetapkan, dan jika melanggar arahan boleh dikompoun RM1,000 malah jika memotong gelang itu boleh dihadapkan di mahkamah.
Malangnya, ada segelintir yang gagal mematuhi arahan. Bukan saja tidak berkurung dalam rumah dalam tempoh kuarantin selama 14 hari atau dua minggu, ada jua yang membuang langsung gelang tangan pink yang sepatutnya lekat di tangan sampai habis tempoh kuarantin.
Biarpun tidak bergejala, apabila mereka keluar, mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19 kepada orang lain.
Dan inilah yang dihadapi oleh peniaga kedai makan, Nurul Chu Hada Karim. Bila mana kedai makannya, menjadi viral gara-gara makcik bergelang pink dirakam gambarnya sambil makan di kafenya.
Akuinya bukannya dia yang tidak patuh SOP tapi, sebagai peniaga dia tiada hak untuk selak lengan baju pelanggan.
Hanya patuh SOP pemakaian mask, check suhu dan menulis data di buku.
“Jika pelanggan sudah sedar akan dirinya yang diarahkan kuarantin. Sudah tentu pelanggan akan menyorokkan bukti dan mungkin dia tidak bergejala kerana terdapat kes positif tetapi tidak bergejala.
“Jadi pemilik cafe, setelah check suhu dan mendapati bacaan pada suhu normal, makan peniaga membenarkan pelanggan untuk memasuki premis.” Jelas Nurul lanjut.
Bimbang dengan kekalutan itu, Nurul menjelaskan situasi sebenar di facebooknya.
Belum pun berakhir kisah makcik wristband pink, timbul pula foto wristband yang ditanggalkan dan dibuang dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan insiden tersebut. “Kes ini memang betul. Mereka pakai wristband tapi apabila mereka keluar di tempat awam, mereka telah dikesan oleh rakyat dengan menangkap gambar dan terus hantar gambar kepada kita.”
Katanya lagi, individu tersebut telah melanggar peraturan kuarantin di rumah. Dan tindakan akan diambil, mungkin denda dan tindakan lanjut.
Jabatan Kesiahtan Negeri (JKN) Perak pula telah mengenalpasti individu yang gagal patuh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Nasihatnya, orang ramai yang pernah makan di kafe itu ambillah langkah berjaga-jaga dan jika bimbang bolehlah buat ujian Covid-19 atau jalankan kuarantin di rumah jika bergejala.
MW : Sebenarnya, Malaysia masih belum bebas lagi dari virus Covid-19 ya. Jangan cepat terleka, kita kenalah jaga kita agar penularan wabak ini dapat dikekang sepenuhnya dari negara kita.
Sudah tentu sebagai ibu, dirinya merasa terkilan tidak dapat bercakap dengan anaknya buat kali terakhir. Guru dan rakan arwah Nur Aqilah juga turut terasa kehilangan Nur Aqilah.
Menurut ibunya, Nur Atiqah, mereka kerap berhubung melalui telefon dan pada malam kejadian, arwah Nur Aqilah tidur awal jadi ibu ini tidak sempat mendengar suara anaknya buat selamanya.
Sudahlah sepanjang PKP, ibu dan anak ini tidak dapat berjumpa kerana mereka tinggal berasingan. Biar pun berat, ibu muda ini redha dengan ketentuan Allah.
“Sejak dua hari lalu, anak begitu teruja hendak ke sekolah setelah hampir lima bulan bercuti tetapi tidak menyangka kegembiraannya berakhir tragedi pilu.” Demikian luahan Nur Atiqah Saadin, ibu kepada Nur Aqilah Husna.
Nur Atiqah ketika ditemui menjelaskan dia merasa terkilan kerana tidak dapat bercakap dengan arwah anaknya ketika menghubungi bekas suaminya, Amirul, tiga hari lalu.
Menurutnya, sejak bercerai dengan Amirul, Nur Aqilah dan adiknya, Mohd. Ammar Darwish, 4, tinggal bersama bekas suami dan kali terakhir mereka bertemu ialah pada awal Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
“Saya tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, namun hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon. Bagaimanapun, pada malam kejadian, saya tidak sempat bercakap dengan arwah yang tidur awal kerana kerana terlalu teruja untuk ke sekolah.
“Saya terkilan kerana tidak dapat bercakap dengan arwah malam tadi tetapi reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Hospital Alor Gajah dan Nur Atiqah memberitahu, anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beringin.
Arwah seorang murid yang baik, disenangi guru dan rakan menyebabkan kehilangannya amat dirasai,” kata guru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Azmirah Abd Aziz, 45.
Guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) itu merujuk keperibadian Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, murid Tahun 3 sekolah berkenaan yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terperosok ke bawah lori dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Panchor M17 Kampung Panchor, Durian Tunggal kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Nur Aqilah yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal ditunggang bapanya, Amirul Hussaini Muhammad, 33, maut serta-merta di lokasi kejadian.
Mengulas lanjut Azmirah berkata, walaupun bukan guru kelasnya, dia mengenali sifat arwah kerana telah mengajarnya sejak tahun lalu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Walaupun agak pendiam, arwah akan bertanya pada guru jika tidak memahami sesuatu subjek dan mempunyai ramai kawan.
“Saya pasti sangat merasai kehilangannya kerana dia duduk betul-betul di hadapan meja guru di dalam kelas,” katanya sebak.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Melana, Ir Fairullizam Isahak berkata, pihaknya telah melancarkan kutipan derma kilat untuk mengurangkan beban ditanggung keluarga arwah.
“Kami harap sumbangan ini dapatlah membantu mengurangkan perbelanjaan bapa arwah yang cedera dan mungkin tidak dapat bekerja sehingga dia benar-benar pulih,” katanya.
Dalam kejadian semalam, nahas dilaporkan berlaku apabila pemandu sebuah Proton Wira dalam perjalanan dari Pantai Belimbing menghala ke Melaka Pindah hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan.
Kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun itu kemudian merempuh Toyota Alphard yang dipandu guru lelaki berusia 47 tahun dan sebuah lori yang berada di laluan sama.
Lori itu kemudian terbabas sebelum menghimpit motosikal Honda EX5 ditunggang Amirul Hussaini bersama anaknya yang berada di sebelah kenderaan berat itu.
Dalam masa yang sama melalui satu perkongsian di instagram MW, bekas guru yang pernah mengajar Nur Aqilah tidak menyangka mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada pagi itu adalah bekas muridnya. Pada hari kejadian, dia melalui kawasan kemalangan dan tidak tahu bahawa ada mayat muridnya di bawah lori.
MW: Bukan mudah menerima kehilangan anak dalam sekelip mata apatah lagi di saat menghitung hari untuk berjumpa dengan anak kesayangan setelah sekian lama tidak bertentang mata. MW sekali lagi mendoakan ibu kepada arwah Nur Aqilah Husna dikurniakan ketabahan, kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
Berita baik buat rakyat Malaysia, pengeluaran wang ATM antara bank kini percuma tanpa caj RM1 mulai 1 Julai 2026. Inisiatif ini membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.