Mulanya Anak Batuk Biasa, Sudahnya Ke Emergency Ditahan Wad Akibat Jangkitan Paru-paru

Ibu ini, Nurul Aina kongsi pengalaman bagaimana dia dapat kesan jangkitan paru-paru atau istilah perubatannya pneumonia pada anak kecilnya usia 3 bulan. Ianya bermula dengan batuk-batuk biasa.

Kesudahannya, si kecil ini malah ibunya terpaksa melalui situasi perit selama 10 hari ditahan di wad. Rentetan daripada kesakitan yang anak tanggung, inilah ibunya tekad untuk dapatkan vaksin tambahan bagi mengelakkan jangkitan paru-paru pada anak.

 

Mulanya Anak Batuk Biasa, Sudahnya Ke Emergency Ditahan Wad Akibat Jangkitan Paru-paru

Macam Mana Saya Kesan Anak Kena Jangkitan Paru-paru

Ramai tanya macam mana detect anak kena jangkitan paru paru?

Actually tak tau pun. Cuma bila dia menangis Non stop 2 hari berturut-turut. Lepas tu demam plus batuk. Terus bawa ke klinik.

Tapi masa ni batuk tak teruk sangat. Just melalak je kuat dan demam.

Lepas makan ubat, demam je kebah. Tapi batuk makin teruk dan makin kuat. Tak pernah baby batuk kuat macam tu. Kalah orang dewasa batuk.

Menangis tak payah sebut, kuat sangat tak henti langsung.

Terus subuh tu pergi emergency, sekali kena tahan kat zon kuning. Hati risau dah. Datang ingat nak ambil gas je, tapi doktor cakap nafas dia laju sangat. Terpaksa tahan dan ambil Xray.

Doktor cakap ada jangkitan kat paru paru. Baby baru 3 bulan ok. Ibu mana tak risau.

 

Mulanya Anak Batuk Biasa, Sudahnya Ke Emergency Ditahan Wad Akibat Jangkitan Paru-paru

IKLAN

 

Berdarah Lepas Sedut Kahak

Dalam wad, asyik kena ambik gas dan kena on oksigen sebab paru-paru lemah. Sehari kat wad menangis je baby. Hari kedua baru dia lena tidur. Tu pun lepas 3 kali kena sedut kahak kat mulut dan hidung.

Kesian tengok baby kena macam tu. Sedut kahak tu sakit kot untuk budak, pakej berdarah lagi lepas sedut. Tapi kalau tak sedut lagi kesian dia tak boleh tidur.

Hari ke 4 kat wad nampak semua macam ok dah. Tup tup pukul 2 pagi terkejut tengok dia sesak nafas balik. Nasib tersedar. Terus panggil doktor.

Doktor ramai-ramai datang check dan memang nafas dia laju sangat, siap lekuk kat perut tu jelas sangat, means dia tengah struggle untuk bernafas. Shaking kaki tak leh control dah masa tu. Gigil satu badan weh.

Memang tak boleh nak gambarkan.

 

Mulanya Anak Batuk Biasa, Sudahnya Ke Emergency Ditahan Wad Akibat Jangkitan Paru-paru

IKLAN

 

Dua Kali Sesak Nafas Waktu Malam, Siangnya Elok Je

Doktor bagi gas lagi dan sedut lagi kahak. Then baru dia ok. Nafas masih lagi laju tapi under control sebab baby sentiasa on oksigen.

Dua hari lepas tu jadi lagi. Sesak nafas lagi. Tapi kali ni baby tak meragam, cuma nafas dia laju sangat. Pukul 2 pagi jugak terjadi.

Doktor pun pelik kenapa dua kali terjadi waktu malam, sedangkan siang elok je dia nafas semua ok.

Doktor terus tukarkan dari pakai oksigen biasa kepada mesin oksigen pulak, dia kata baby kena pakai oksigen yang kuat. Aduss. Dengan tiub besar semua. Hakak redha je tengok baby menangis. Pipi pulak merah sebab asyik kena bukak dan pasang balik salotape untuk lekat oksigen tu. Calar pipi.

Dua hari je pakai, lepas tu nafas dia ok dan back to normal. But still kena on oksigen dan kena sedut gas setiap 4 jam.

Sampai la hari ke 9 kat wad baru dia check dan cabut oksigen sebab tengok baby dah ok walaupun nafas nampak laju sikit. Antibiotik memang on dari awal masuk wad (dua kali tukar antibiotik).

 

 

IKLAN

Doktor Pesan Ambil Vaksin Tambahan Elak Jangkitan Paru-paru

And today, doktor bagi discharge. Alhamdulillah. Hari-hari mommy menghitung hari bila la dapat keluar wad. Katil sebelah kiri kanan semua dah bertukar tuan, tapi kite dok situ jugak.

Bila dapat discaj seronok ya amat. Doktor suruh ambik vaksin tambahan (pneumokokal)  kat swasta, untuk elakkan jangkitan paru-paru.

RM250 sekali ambil dan kena ambil 4 dos. Ok.. baik ambil dari kena lagi. Hakak serik. Kesian baby.

Ok tu je nak cite. 10 hari kat wad macam-macam orang kita jumpa. Semua ada hikmah. Tq Allah. Semoga kita semua dapat jaga amanah Allah dengan sebaik-baiknya.

Motif sharing kat sini,

Hati-hati bila nampak anak batuk. Kalau nampak susah nafas atau teruk sangat batuk tu terus je ke emergency. Jangan tunggu lagi.

Klik Sini : Maknya Tolak Beli Beg, Baju, Kasut, Janji Anak Dapat 2 Dos Suntikan Vaksin Pneumococcal, Harga Di Poliklinik Ini Paling Murah.

 

Posted by Nurul Aina on Monday, June 24, 2019

 

 

Sumber/Foto : Nurul Aina

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI