Stresskan bila ada orang yang tak faham tentang ‘perkembangan setiap anak itu berbeza-beza.’ Jadi, bila anak kita lambat merangkak atau jalan, anak dia pulak cepat je berjalan, mulalah perbandingan itu dibuat.
Agar tiada lagi mak ayah terasa hati, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera memberi penjelasan lengkap tentang ‘developmental delay’ anak-anak ini.
Jangan Banding Bila Anak Lambat Merangkak, Berjalan Sebab..
“Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil-skil dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak-kanak membesar. Ni skil atau kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak dan nak berjalan macam tu lah.”
“Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi.”
“Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak atau berjalan lah berbanding anak kita. Sabau jela kan.”
Ads
“Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ya. Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas.”
Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat. Abang kakak dia tu pun lambat berjalan.
Dan ada anak yang masa kecil lagi dah sakit dan masuk hospital lama. Tu tak sempat nak stimulate (dirangsang) dan belajar skil-skil tu lagi.
Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan.
Ads
Punca Perkembangan Anak Lewat Dari Usia Sepatutnya
Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah.
Ads
So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang?
Rujuk nota di atas : ‘Key Developmental WARNING SIGN’. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ya. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut dah perasan dah tu.
Mengunjung itu tak salah tapi yang salahnya kalau buat kunjungan, mak-mak mula bandingkan anak orang. Hentikan budaya tak sihat ini. Tak kiralah anak yang bongsu lebih gelap daripada adik-beradiknya yang lain atau yang sulung tu berisi sikit daripada anak yang kedua.
Biarkan dan abaikan sahaja. Tak perlu panjangkan cerita tentang kelebihan dan keburukan anak-anak orang. Tanpa sedar budaya ini memberi impak negatif kepada emosi kanak-kanak dan lebih buruk dia akan berdendam hingga dewasa.
Hentikan Budaya Bandingkan Anak
Ia mungkin telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat setempat. Tidak sah kunjungan jika makcik- makcik tidak memberi ulasan dan kritikan mengenai penampilan fizikal kanak kanak.
Apa yang menyedihkan, ada kanak-kanak yang dibandingkan penampilan dikalangan sepupu dan adik beradik sendiri. Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.
Kini, anak lelaki dan perempuan tidak terkecuali. Kedua-duanya menjadi perhatian. Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan, namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.
Bila Bandingkan Anak Buat Mereka Hilang Keyakinan
Ia menyebabkan kanak kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih inferior berbanding rakan sebaya.
Hentikan tabiat ini. Hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak-kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.
MW: Setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri, jangan dibandingkan dari segi fizikal. Apatah lagi fizikal itu kurniaan Allah. Jika mak-mak membandingkan rupa dan fizikal anak, seolah-olah mak-mak menghina ciptaan Allah.
Siapa sangka dengan menggunakan sehelai tisu sahaja pun dan boleh tidurkan bayi kurang dari 1 minit!Senangnya kerja mak-mak kalau ikut cara ni. Nak tidurkan bayi merupakan satu ‘tugasan’ yang mencabar. Lebih-lebih lagi bayi yang jenis susah nak tidur,kerap kali terjaga dan mahukan perhatian tanpa mengira masa.
Sebenarnya ada cara mudah yang boleh selesaikan masalah mak-mak nak tidurkan bayi ni.Iya lah bila bayi mudah tertidur, lebih mudah mak-mak nak buat kerja yang lain. Kan!
Kurang 1 Minit
Dengan hanya menggunakan sehelai tisu, nak tidurkan bayi kini jadi lebih mudah dan tidak menjadi satu masalah kerana bayi boleh tidur dalam masa kurang 1 minit!
Sebuah video yang dikongsikan di laman Youtube menunjukkan seorang bayi lena selepas disapukan dengan helaian tisu kepada wajahnya.
Kata orang dulu-dulu, anak perempuan rapatnya dengan ayah, anak lelaki pula rapatnya dengan mak. Tapi macam mana kalau anak lelaki dengan anak perempuan tak ‘geng’ dengan ayah. Macam-macam ayah dah buat tapi mereka tetap ‘panas’ tak boleh duduk rapat-rapat.
Sudahnya mak juga yang susah. Hendak buat kerja rumah yang suami tak boleh bantu pun terbengkalai. Bila mak kelam kabut buat kerja rumah sambil ber’saie’ tengok anak, memang takkan jadi sempurna kerja yang diharapkan. Mak pendam perasaan sendiri. Bila datang angin kus-kus, mak boleh melenting tak pasal-pasal.
Sebab itu, ayah kena ambil pendekatan rapatkan diri dengan anak-anak. Suka atau tak, ayah kena belajar juga agar isteri boleh bernafas lega. Mak-mak pun boleh tunjuk pada suami tip ini. Mana tau lepas ni anak dan ayah rapat macam belangkas. Mak pun jadi tenang!
Bancuh Susu Waktu Malam
• Cuba ambil alih tugas buat susu anak pada waktu malam. Bancuh dan susukan anak sekali. Cara ini boleh dekatkan diri ayah dengan anak. Mak pula bolehlah berehat seketika.
Kalau Anak Menangis…
• Ayah boleh ambil dengan ajak berjalan-jalan, mengendong atau buatkan susu untuk alih perhatian. Kadang-kadang, ibu pun tidak tahu macam mana nak atasi bila anak menangis tak henti-henti.
Bergurau Dengan Anak
• Apa tidaknya/ Cuba jadi orang yang menenangkan anak-anak. Bergurau senda atau buat muka lucu mesti tarik perhatian anak.
Gosok Atau Urut Anak Dengan Lembut
• Bayi atau anak kecil lebih peka pada sentuhan. Urut atau gosok belakang anak boleh dekatkan ayah dengan anaknya.
Waktu Main Mersama
• Berikan waktu khas untuk ayah dengan anak main bersama. Contohnya, waktu petang, berbasikal bersama-sama atau waktu malam tengok kerja sekolah anak. Jadikan rutin sebab inilah masanya untuk anak bersama anak setelah penat bekerja seharian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!