Siapa yang pernah cuba, memang akan tahu betapa sedapnya resepi daging ketumbar Dato’ Rizalman ini. Resepi asal ini daripada Raja Permaisuri Agong, tapi jadi viral bila mana pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim kongsikan di instagram storynya.
Nak buat pun mudah saja. Cuma perlukan 7 bahan yang mudah sangat nak jumpa. Kata Rizalman, lagi sedap, daging yang dah siap itu, diambil sedikit dan goreng dengan nasi, campur pulak ‘cabai melaka’.
Dalam perkongsian, Rizalman tak berikan sukatan yang tepat, tapi kita masih boleh agak-agak berapa jumlah bahan yang digunakan.
Lagipun, dalam masakan Melayu inikan terkenal dengan sukatan ‘agak-agak’. Jadi, mak-mak bolehlah agak-agak sendiri ikut kesesuaian resepi yang disertakan ini. Wartawan Mingguan Wanita sendiri dah cuba, dan terbukti kesedapannya.
Sekelip mata daging goreng ketumbar ni licin dinikmati anak-anak, tak sempat pun nak simpan-simpan.
Bahan-bahan :
1 kilo daging (dihiris nipis, cuci bersih dan tapis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
4 sudu besar ketumbar
3 sudu kicap (ikut brand kegemaran masing-masing)
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara memasak:
Daging gaul sebati dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perasa dan kicap. Ejas rasanya ikut kesesuaian lidah masing-masing.
Masukkan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan daging yang dah digaul sebati tadi. Nanti waktu menggoreng tu akan keluar air daging tu. Jangan panik, kacau je kerap bagi daging masak dengan rata.
Bila air daging tu dah tak ada, masukkan bawang Holland yang dah siap hiris. Goreng sampai daging dan bawang tu nampak karamel. Bolehlah tutup api.
*Jangan panik tengok minyak tu. Dah memang resepi ni guna banyak minyak. Nanti masa nak makan, tapislah minyak tu.
Waktu nak hidang tu, tapislah minyaknya. Kalau nak buat nasi goreng, ambil sedikit daging ketumbar goreng dengan minyak, dan tumislah dengan nasi. Tambahkan cili bagi rasa lebih ‘kick’.
Cantik dan pasti anak-anak suka, jadi kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak buat kek unicorn, boleh ikut step by step yang Puan Norrihan Ars kongsikan kali ini.
Nampak rumit tetapi wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Ann ini tidak lokek berkongsi ilmu yang akan memudahkan anda untuk buat tanduk, mata dan telinga kek unicorn ini.
Haa… sila rujuk gambar dan bahan-bahannya dulu ya, nanti mak-mak tak akan terkial-kial nak buat kek trending ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Untuk hiasan piping : Buttercream, 3 warna berlainan, piping bag & nozle no 20.
2. Untuk telinga, tanduk & mata : Fondant putih, fondant hitam, cmc, lidi, cutter bujur, edible gold dust & orange oil.
3. Untuk hiasan tabur : manik pelbagai warna & bunga gumpaste.
4. Seijik kek bulat yg siap dilepa.
Cara Membancuh warna
1. Dalam bowl yang sama, titikkan tiap pewarna pada 3 tempat berasingan dan gaul. Jangan gaul sebati supaya menjadi tone warna.
2. Isikan kedalam piping bag.
Cara Buat Tanduk
1. Gelek fondant memanjang dengan satu hujung runcing daripada hujung yang satu lagi. Sy buat 4inci panjang untuk kek yang kecil.
2. Sapukan gam cmc (cmc campur sedikit air) pada batang lidi sebelum melilit fondant
3. Lilit fondant pada batang lidi sambil ibu jari yang satu lagi menolak fondant agar fondant dapat menutupi keseluruhan hujung lidi.
4. Sapukan hanya sedikit gam cmc pada ruangan diantara lilitan fondant. Dan kemaskan hujung atas dan bawah.
Cara Buat Telinga
1. Ambik sedikit fondant dan letakkan cmc supaya telinga yang terhasil keras melengkung dan tidak lembik.
2. Gelekkan fondant. Jangan terlalu nipis.
3. Tekap dengan acuan.
4. Rehatkan dalam bekas melengkung supaya terhasil bentuk telinga.
Cara Buat Mata
1. Fondant hitam diuli dengan sedikit cmc
2. Gelekkan dan tekap dengan acuan bulat
3. Tekap lagi sekali supaya membentuk semi bulatan
4. Tolakkan dengan jari supaya membentuk alis mata
5. Biarkan kering
Cara Warnakan Tanduk Dan Telinga Menggunakan Gold Dust
1. Tuangkan gold duat sekadar diperlukan
2. Titikkan orange oil dan kacau sebati
3. Sapukan pada tanduk
4. Lorekkan pada telinga
Cara Deko Menggunakan Buttercrem
1. Picitkan buttercream secara perlahan dan membulat supaya jadi seperti kelopak rosette.
2. Hiaskan sehingga penuh dan nampak cantik seperti rambut.
Finishing
1. Pacakkan tanduk di tengah-tengah kek
2. Lekatkan mata
3. Telinga yang telah kering dan keras di pacak ke dalam butterceam
4. Hiaskan dengan bunga dan manik
Ini gambar yang Kak Ann buat YES promotion. Kek ni siap deko size 5inci (baby cake).
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pejam celik pejam celik harini sudah 11 Ramadan, mak-mak mesti sudah pening memikirkan juadah berbuka puasa. Jangan risau, cubalah kuih mudah yang sedap ini iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Jangan Membazir, Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat berbuka selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan waktu berbuka, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis ini dikongsi oleh Mama Shida (sumber @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida). Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun. Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
Lemang selalunya dimasak dalam batang buluh, dibakar dengan kayu api serta dijual waktu musim raya. Tapi kalau teringin nak makan lemang mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Boleh guna air fryer, bakar atau kukus dalam oven pun boleh.
Boleh cuba buat lemang tin masak menggunakan Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Cik Gu Eyna ini.
“Saya nak share buat lemang af (air fryer).”
Bahan-Bahan:
6 tin kosong (buang bahaghn atas)
18 sudu makan pulut (3 sudu makan X 6 tin pulut)
Santan beli Rm5
Daun Pisang
Cara Membuat:
Potong tin ikut ketinggian air fryer masing-masing.Masukkan daun pisang.
2. Pastikan pulut direndam 1/2 jam dengan air, kemudian toskan dan rendam pula dengan santan bagi lagi berlemak. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan gunakan santan itu juga masukkan atas skit dari permukaan pulut. Jika nak lembut, tambah lagi santan, perasakan dengan garam sikit.
3. Masukkan dalam air fryer. Kalau takde af boleh kukus atau bakar dalam oven. Step 1 suhu 160 selama 30 minit. Step ke 2 set suhu 180 selama 15 minit. Ikut suka, nak garing lagi boleh tambah masa.
4. Saya guna af.
5. Hasilnya. Ada orang suka berkerak, so boleh tambah masa.
6. Kejadiannya.
7. Lemak berkrim.
8. Sedap dimakan dengan rendang.
Info Ekstra!
Masa nak keluarkan dari tin, hentak-hentak manja dulu…lepas tu keluarkan supaya lemang tu padat sikit, tapi jangan kuat sangat.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...