Colek buah kantan ini hidangan unik. Ramai yang tak kenal buah kantan berbanding bunga kantan yang lebih laku keras dan glamor di kalangan penggemar laksa.
Rupanya pada pokok kantan ini, ada buah kantan yang sedap dinikmati jika tahu caranya. Mana hendak mencari buah kantan ini.
Pada bunga kantan yang tidak petik atau diambil, bunga kantan yang dibiarkan tadi akan menghasilkan buah. Dan buah kantan ini boleh dimakan mentah, tetapi perlu dikupas kulitnya untuk mendapatkan isi.
Rasanya sedikit masam, sebab itulah bila dibuat colek kesedapannya terserlah. Siti Khadijah Binti Mohammad berkongsi resepi colek buah kantan yang mudah untuk dibuat.
*Sukatannya ikut pada citarasa anda. Kata Siti Khadijah, sukatannya agak-agak saja. Kalau mak mentua saya, dia suka makan dengan budu.
Caranya
Satukan kesemua bahan di atas dan tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
Gaulkan dalam buah kantan yang telah siap dikupas.
Mengupas buah kantan ini pun mengambil masa satu jam. Kulit buah kantan ini agak keras. Jadi memang akan ambil masa untuk mengopeknya.
Ads
Buah Kantan Lebih Terkenal Di Sabah Dan Sarawak
Ketika Siti Khadijah berkongsikan gambar colek buah kantan ini, ramai juga yang tidak mengetahui kewujudannya. Malah, ada yang baru pertama kali melihatnya.
Bagaimana pun, hasil pencarian di internet mendapati buah kantan ini terkenal di pasar-pasar tamu Sabah dan Sarawak.
Malah, harga nya juga murah.
Ads
Penggemarnya menjadikan buah kantan ini sebagai ulam yang kemudian dimakan dengan nasi panas. Selain, dijadikan colek ada juga yang menjadikannya sambal.
Jika anda penggemar bunga kantan dalam laksa, insyaAllah buah kantan ini antara hidangan unik yang boleh dicuba.
Sesiapa yang mahu mencuba itu, boleh saja membeli secara online. Lainlah kalau ada pokok kantan yang berbunga. Bolehlah biarkan dan jadikan buah kantan di pokok.
Jeli Kelapa buah-buahan dan Jeli Oren ini bukan sahaja cantik malah sangat sesuai mak-mak sediakan sebagai pemanis mulut ketika ada majlis tertentu, seperti Birthday Party anak nanti. Malah boleh ‘pancing’ anak-anak yang tak suka makan buah-buahan dengan jeli berwarna-warni ini. Cara buat jeli ni pun mudah sangat, boleh libatkan anak-anak tolong buat sekali bersama-sama.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan Yasmin Karim sebagai rujukan;
Jeli Kelapa + Buah-Buahan Campuran
Bahan-Bahan:
1 peket serbuk konyaku
100 gram atau 1/2 cawan gula tebu organik
900ml air kelapa muda (air dari 1 kelapa setengah)
Buah-buahan ikut suka berapa banyak nak letak
p/s: Min guna gula tebu organik bukan sebab hipster tau, tapi sebab sedap. Bila buat sirap dengan gula tebu organik rasa dia macam air tebu dan tak terlalu manis potong kaki.
Cara Membuat:
1. Boleh kerah anak-anak tolong susun buah-buahan dalam acuan. Min suka guna silikon senang keluarkan. Beli dekat mr diy je.
2. Gaul dulu serbuk konyaku dengan gula tebu. Kalau tuang terus dalam air mendidih dia akan jadi berketul.
3. Dah gaul tuang serbuk konyaku dalam air kelapa yang dah dididihkan. Tuang sikit-sikit dan whisk sampai habis.
4. Dah larut semua gula cepat-cepat tuang bancuhan dalam acuan.
Min suka guna buah-buahan yang firm macam blueberry, strawberry dan kiwi sebab bila nak keluarkan dari acuan senang dan cantik.
1. Perah jus oren.
2. Keluarkan serat-serat oren daripada kulit oren.
3. Didihkan air dan jus oren.
4. Masukkan gula dan serbuk konyaku.
5. Bila gula dah larut sendukkan bancuhan tu dalam kulit oren.
6. Masukkan dalam peti ais lebih kurang sejam dan bila dah keras boleh potong dan serve.
Sambal telur hancur, resipi yang simple tapi menyelerakan. Makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap. Boleh bertambah-tambah nasi nanti.
Kalau dah tak ada idea nak masak, bolehlah cuba resipi sambal telur hancur ini. Biasanya klaau resipi ini, mak-mak akan masukkan telur dalam sambal yang mendidih. Kali ini boleh goreng dulu telur sampai garung, baru masukkan dalam sambal.
Inilah resipi nenek Raihan Bashdin dalam perkongsiannya.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
“Rezeki Anak, Hadiah Dari Allah” — Ibu muda berpantang, Nurshafikah Abd Manaf, raih dua anugerah tertinggi di Konvokesyen UniSZA ke-17 walaupun baru sebulan melahirkan anak.