Apabila mengalami masalah batuk berpanjangan, ia cukup melelahkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, jenis pemakanan yang diambil haruslah dititik beratkan contohnya elakkan makanan berminyak,makanan sejuk dan sebagainya. Namun demikian, kalau dah berjaga-jaga, tetap kena batuk juga, boleh cuba petua mudah ni.

Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!

Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!

Bahan-Bahan:

2 biji Buah Oren
Sedikit Garam Halus
Garpu
Periuk Pengukus

Cara Membuat :

1. Rendam buah oren dalam air garam selama 15 minit, 1 cawan air, 1 sudu teh garam mencukupi. Ia bertujuan untuk membersihkan buah.

IKLAN

2. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar) dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.

Mudahnya Atasi Masalah Batuk Berpanjangan Hanya Dengan Buah Oren!

* Untuk hasil yang baik, dicadangkan guna garpu untuk cucuk-cucuk buah oren, agar garam  dapat diserapkan ke dalam buah oren.

IKLAN

3. Letak oren di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus.Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.

Mudahnya Atasi Masalah Batuk Berpanjangan Hanya Dengan Buah Oren!

IKLAN

Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Info Ekstra!

Buah oren mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paruia, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber: Jes Tham

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI