Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.
Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.
Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.
Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.
Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat
Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.
“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.
Ads
Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.
Siapa sangka barangan keperluan harian menggunakan sampel percuma, boleh jimat sehingga RM38,000 dalam masa 2 tahun!
Sebenarnya memang ada pelbagai cara untuk menjimatkan perbelanjaan harian mahupun bulanan. Rajin mengumpul dan menggunakan sampel percuma yang diberikan oleh pelbagai pengeluar produk adalah salah satu caranya.
Ketagih Ambil Sampel Percuma
Seorang wanita yang ketagih mengambil sampel percuma mengaku berjaya menjimatkan wang lebih 7,000 pound (RM37,514) dalam tempoh dua tahun dengan hanya menggunakan barang berkenaan.
Lapor Daily Mail, Maria Sillaste, 33, dari Liverpool mula mengumpul sampel percuma itu sejak dua tahun lalu.
Sampel PERCUMA Pelbagai Produk
Katanya, sampel percuma yang diambil terdiri daripada pelbagai produk termasuk makanan, minuman, penjagaan kulit dan juga peralatan rumah.
“Saya mula ketagih memburu barangan demikian selepas melihat hantaran mengenai cara mendapatkan sampel minyak wangi secara percuma dalam media sosial.
“Sejak itu, saya mencari lebih banyak lagi sampel percuma yang boleh digunakan untuk keperluan harian,” katanya.
Jimat Banyak Wang
Menurut Sillaste, dia menyedari mampu menjimatkan lebih banyak wang dengan hanya menggunakan barang percuma yang dikumpulkannya.
Katanya, salah satu sampel percuma terbaik dimilikinya setakat ini adalah pengisar jenama Tefal yang berharga 150 pound (RM803.88).
“Antara barang yang paling bermanfaat kepada saya adalah mendapat baucar beli-belah secara percuma,” katanya.
Kumpul Sampel Bersama Keluarga
Jelas Sillaste, dia juga menggunakan baucar percuma itu untuk mengumpul barang keperluan untuk keluarganya.
“Saya pernah mendapat sampel minuman, snek, penjagaan kulit, minyak wangi, barang daripada jenama besar, peralatan rumah, lampin bayi, kain lap dan baucar untuk dibelanjakan secara percuma.
“Mengumpul sampel percuma sudah menjadi sebahagian kehidupan keluarga saya, malah kami gemar buat bersama-sama untuk menikmati barangan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak,” katanya.
Tahniah diucapkan buat Serina Redzuawan yang baru saja selamat bernikah. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ini menerusi di entri akaun Instagramnya.
Serina yang juga ibu kepada dua anak ini mengakhiri statusnya sebagai ibu tunggal dan memilih bernikah secara tertutup.
Serina Bernikah, Selesaikan Yang Wajib Dahulu
Seperti mana yang dinyatakan, Serina memilih jejaka bernama Aidid sebagai suaminya.
“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama Suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja.
“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yg lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz, Alhamdulillah dia lah yg terbaik yang ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” tulis Serina.
Terima Kasih Papa
Serina juga berasa sangat beruntung kerana perkahwinannya direstui oleh bapanya, Chef Wan.
“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, insyaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.
“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa.
“SAYANG TERIMA KASIH TERIMA SAYA SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN,” ungkap Serina khas buat suami yang tercinta.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Apabila berlaku perpisahanan, perkara yang selalu dituntut bukan saja nafkah tapi juga melibatkan hak jagaan anak untuk diberikan kasih sayang sepenuhnya. Malah, kebiasaan, keutamaan hak jagaan akan diberikan kepada pihak ibunya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Namun, lain pula jadinya bagi seorang bapa ini yang telah mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada ‘perempuan’ kerana sistem perundangan didakwa memihak kepada ibu dalam kes hak jagaan anak.
René Salinas Ramos, bapa kepada dua anak perempuan telah menghadapi prosiding undang-undang untuk dapatkan hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama ibu kandungnya.
Melalui sistem perundangan Ecuador, hak jagaan anak diutamakan kepada ibu tanpa mengira keadaan. Jadi, lelaki ini telah memutuskan untuk menukar jantina secara sah bagi mendapatkan hak anak perempuannya.
Ramos mendakwa bahawa ini tidak ada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya dan ia hanya “ujian cintanya terhadap anak perempuannya”.
Dalam temubual bersama media Ecuador memberitahu dia tidak dapat melihat anak perempuan pertamanya selama 1½ tahun dan anak perempuan keduanya pula menjadi mangsa penderaan fizikal.
Walau bagaimanapun, selepas mengemukakan hujah kepada Lembaga Bagaimanapun, selepas mengemukakan hujahnya kepada Lembaga Perlindungan Hak, dia diberitahu anak-anak perempuannya perlu tinggal bersama ibu mereka sehingga perkara ini selesai.
Sebab itulah, dia memutuskan untuk menjadi ibu kepada anak-anak perempuannya juga.
“Kini saya juga seorang ibu. Saya sangat yakin dengan seksualiti ini, apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya,” kata René.
Tukar Jantina Pada Kad Pengenalan
René Salinas Ramos juga pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar jantina pada kad pengenalannya dan ia tidak mengambil masa lama untuk perubahan itu menjadi rasmi.
“Undang-undang merampas hak kami untuk menjadi ibu bapa. Pihak berkuasa mengambil jalan mudad dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu tanpa mengira keadaan,” katanya.
Jadi, dengan menjadi ibu, dia berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang nasib bapa lain dalam situasi yang sama seperti dirinya.
Mingguan Wanita: Selayaknya, hak jagaan anak dapat pada ibu tapi kena tengok juga keadaan ibu itu, kalau tak mampu boleh dilonggarkan dan diberikan pada bapanya.
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.