Moga kita sentiasa bersama, Rita Rudaini akui hatinya menangis membaca ucapan hari ibu dari anak. Selamat hari ibu buat para ibu di luar sana. Pasti mereka yang dikurniakan anak akan sanggup berkorban apa saja demi insan kesayangan. Hatta kalau diberi pilihan antara nyawa dan anak, pasti ramai ibu memilih anaknya berbanding nyawa sendiri.
Hari ini, 13 Mei merupakan sambutan hari ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. Satu hari yang cukup istimewa dan para ibu diraikan dengan pelbagai cara oleh anak-anak mengikut kejutan dari mereka.
Tak terkecuali artis Rita Rudaini yang diketahui umum telah berjaya membesarkan dua anaknya iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airti Qaqa Arjuna dengan acuan yang menjadi idola buat para ibu yang membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi.
Moga Kita Sentiasa Bersama
Kejayaan diraih anaknya dalam pelajaran teruatama Rayyan yang baru saja menerima Anugerah Pengetua MRSM kerana memperoleh pointer yang tinggi membuktikan bahawa anak-anaknya tidak pernah kurang dengan kasih sayang walau umum mengetahui bekas suaminya “tidak pernah ada” dalam setiap hari penting yang menjadi momen pembesaran anak-anak.
Terkini, Rayyan yang patah tangan ketika bermain bola di sekolahnya sedang berehat di rumah untuk proses pemulihan seperti dikongsikan oleh Rita Rudaini di instagramnya. Namun di sebalik proses pemulihan ini, kedua beradik ini telah merancang sesuatu untuk ibu yang mereka sayangi.
Walau patah tangan, Rayyan dan Arjuna ada cara tersendiri menyatakan kasih sayang tidak terhingga buat ibu mereka sempena hari ibu hari ini. Dan tetap mengingati hari ini adalah hari istimewa buat ibu mereka.
Walau nampak agak simple ditambah Rayyan baru keluar hospital selepas selamat menjalani pembedahan tangannya namun dirinya masih gigih melakar kad bersama adiknya untuk membuat kejutan buat ibu mereka.
Namun tulisan keduanya yang dilihat sangat tulus datang dari hati mereka dan ingatan bahawa hari ini merupakan Sambutan Hari Ibu membuat Rita Rudaini menangis di dalam hati.
Tulisan keduanya, “Selamat Hari Ibu. Moga dimurahkan rezeki, panjang umur dan semoga sentiasa bersama kita (Ryan & Juna).
Rita Rudaini Akui Hatinya Menangis Membaca Ucapan Hari Ibu Dari Anak
Dalam pada itu, Rita turut berkongsi “kejutan kurang jadi” kerana anak kecilnya sudah membocorkan rahsia awal akan hadiah yang diberi kepadanya selepas diminta dibawa ke kedai beli belah DIY.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengorbanan seorang ibu itu tidak ternilai, biarlah nyawa dipertaruhkan dan sanggup bertahan demi anak kesayangan. Selain kecanggihan teknologi perubatan yang digunakan dan kuasa tuhan, sebenarnya ‘semangat juang’ seorang ibu yang telah disahkan mati otak selama empat bulan, yang mampu beri kehidupan dan menyelamatkan nyawa bayinya didalam kandungan.
Lahirkan Bayi Menerusi Pembedahan Caesarean
Seorang bayi sihat dan selamat dilahirkan di Prague, Republik Czech oleh wanita yang mati otak selama hampir empat bulan. Proses kelahiran bayi perempuan itu dibuat menerusi prosedur pembedahan caesarean pada usia kehamilan 34 minggu pada bulan lalu, 117 hari selepas ibunya disahkan mati otak.
Ketua pakar bius, Roman Gal di Hospital Universiti di bandar Brno memaklumkan bayi seberat 2.13 kilogram itu adalah salah seorang bayi paling berat dan paling matang dilahirkan wanita yang berada dalam keadaan sedemikian.
Mengalami Pendarahan Kandungan 16 Minggu
Ibu bayi berkenaan disahkan mati otak selepas mengalami pendarahan pada April lalu ketika kandungannya berusia 16 minggu.
Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu terus berfungsi sambil memantau janin.
“Jururawat turut ‘berkomunikasi’ dengan fetus tersebut manakala neneknya sering membacakan kisah dongeng. Ahli terapi turut membantu menggerakkan kaki wanita itu untuk simulasi berjalan,” ujar Gal.
Sistem Sokongan Hayat Dimatikan
Difahamkan, sistem sokongan hayat wanita itu dimatikan sejurus anaknya dilahirkan. Bayi tersebut diberi ‘susu ibu’ oleh ibu saudaranya yang juga mempunyai anak.
Pada 2016, seorang bayi lelaki dilahirkan di Portugal oleh ibu yang mengalami keadaan sama.
MW: Kasihnya ibu tiada tandingannya. Sanggup bertahan dan berkorban nyawa demi anak kesayangan kekal hidup.
Awal tahun 2024, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain berkongsi berita gembira dengan para peminatnya. Pelantun Lelaki Ini ini berkongsi berita istimewa dan gembira untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa dirinya di konsert Anuar Zain 40th Anniversary Oktober lalu.
Anda semua dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL. Lebih istimewa, iadibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’
Rai ulang tahun ke-53
Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu tetapi ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama para peminat tersayang.
Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.
ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.
“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.
Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.
“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,” kata Sean Ng lagi.
Kepada peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix. Sila semak e-mel anda, kerana kami akan mengutamakan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama (priority tickets).
Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/. Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan bilangannya sangat terhad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga arwah pelajar jatuh bangunan sekolah Zara Qairina mahukan keadilan & jawapan. Dedah kronologi. Kematian pelajar tingkatan satu, arwah Zara Qairina binti Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya, sebuah sekolah asrama beraliran agama cukup menyayat hati.
Awalnya dianggap sebagai “terjatuh” namun pendedahan warisnya secara penuh di facebook ada sesuatu yang sangat mencurigakan terjadi kepada arwah yang merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa bersikap berani walau ada dakwaan dibuli di sekolahnya.
Selepas mendedahkan kronologi penuh pertanyaan demi pertanyaan di fb Syira Leizel Janice Abdullah yang juga waris arwah, terkini dirinya mendedahkan keluarrga mendapat maklumat terbaru bahawa ada pelajar yang sedang berpindah sekolah selepas kejadian menyayat hati ini.
“Kami terima maklumat baru yang mengejutkan. Pada hari kejadian, seorang pelajar diambil ibu bapanya. Ketika keluar, ramai pelajar menjerit “Kau pembunuh” kepadanya.
Hari ini, kami dimaklumkan pula budak tomboi dan beberapa pelajar lain sedang dalam proses pindah sekolah.Siasatan belum selesai. Keterangan belum semua diambil. Tapi mereka sedang dialihkan… keluar dari perhatian.
Apa makna semua ini?
Kenapa pelajar yang mungkin tahu sesuatu mahu dipindahkan? Kenapa tiada jaminan siasatan dijalankan secara adil? Kenapa pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara dibenarkan pindah?
Kalau maklumat ini palsu, pihak sekolah dan KPM patut keluarkan penafian rasmi. Tapi kenapa tiada satu pun kenyataan terbuka sehingga hari ini? Kenapa pelajar-pelajar terbabit tak muncul beri keterangan umum kalau mereka tak bersalah?
Kisah pelajar yang jatuh bangunan sekolah ini sudah ada dalam makluman Menteri Pendidikan, YB Fadlina Sidek namun buat masa ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan. Barangkali masih menunggu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa.
Berdasarkan kronologi dibuat oleh warisnya, wujudnya watak-watak pelajar termasuk seorang pelajar berperwatakan tomboi yang didakwa pernah mencium bibir arwah dan kemaluannya ketika arwah tidur. Ia disahkan oleh pelajar lain yang melihat kejadian ini.
Bahkan cara urus tadbir asrama yang mana pelajar masih tidak tidur pada jam 2-3 pagi juga dilihat sesuatu yang tidak normal termasuk dakwaan pelajar yang ternampak arwah sudah terbaring di lantai dengan leher terkulai pada hari kejadian ketika mahu mengambil air pada jam 3 pagi.
Lebih menyayat hati, walau ditemui masih hidup namun situasi arwah Zara sudah tiada harapan berikutan organ dalamannya rosak teruk dan jika diberi peluang kekal begitu, ia umpama mayat hidup. Dan pastinya saat paling menyedihkan seorang ibu adalah memberikan kebenaran mesin oksigen pernafasan anak dicabut.
Dalam pada itu, ia turut menarik perhatian Pengerusi Mara, Dr Asraff Wajdi yang memaklumkan akan menghungi Menteri Pendidikan bagi mendapatkan maklumat mengenai isu yang sangat serius ini.
“InsyaAllah saya sendiri akan hubungi Menteri Pendidikan mengenai isu yang amat serius ini,” tulisnya ketika memberi komen di facebook Syira Liezel Janice Abdullah pagi tadi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah menyayat hati seorang ibu di Kampung Binjai apabila anak sulungnya disahkan menghidap kanser pangkal otak tahap kritikal. Ketahui perjalanan rawatan dan bantuan yang diterima keluarga ini dalam menghadapi ujian berat.