Yang suka masak, pasti suka dengan cara masakan atau petua yang mudahkan kerja mereka di dapur. Kali ini anda boleh cuba sediakan minyak bawang putih, perkongsian dari Puan Tinie Razak…
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
Ads
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai)
Ads
2. Lepas itu rendam dalam minyak
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
P/S: Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaik membaca perkongsian Puan Eza Niza dalam grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) anda takkan dapat menahan dari mengalirkan air mata. Bayi perempuan, iaitu anak ketiga yang dinantikan ibu ini disahkan komplikasi jantung.
Bayinya cuma dapat hidup untuk tiga hari saja. Sedihnya bila membayangkan ibu ini perlu berpantang tanpa anak perempuannya yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, semoga ibu ini diberi ketabahan menghadapai ujianMu dan diberikan kegembiraan hati untuk ujianMu yang cukup berat ini.
Sayangku Jannah Nawaal Binti Mohd Ramzan…
Adik….pantasnya masa berlalu. Seakan mimpi. Mama dah selamat lahirkan adik dan adik telah pergi tinggalkan mama. Tinggal buat selamanya. Adik, tinggal lah mama bepantang seorang diri tanpa adik di sisi.
20/7 – Mama selamat lahirkan adik jam 5.28 am. Mama dengar adik nangis. Mama nampak gender adik. It’s a girl. Mama memang mengharapkan anak ke-3 mama ni perempuan. Macam tu juga papa.
20/7 – 2 pm: Mama ke nurseri tengok adik. Adik kena warded dekat nurseri sebab mama GBS+. Doc nak pantau. Doc kata adik kena jangkitan kuman sikit. Tapi tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
20/7 – 9.30 pm : Doc call, adik kritikal. Doc kata adik tunjukkan perubahan jam 5.30 pm. Adik mula tak stabil. Doc kata tunggu result darah & X-ray. Adik dipindahkan ke NICU. Luluh hati mama tengok badan adik penuh dengan wayar.
20/7 – 1.00 am : Doc panggil mama ke nurseri. Doc sahkan adik ada komplikasi jantung. Ada saluran adik terlalu sempit sampi oksigen tak dapat bekalkan ke seluruh badan. Doc cuba refer IJN. Doc masukkan macam-macam jenis ubat untuk adik. Hancur hati mama tengok badan adik begegar sama macam mesin yang dipsang tu.. bergegar.
21/7 – Pakar jumpa mama. Mama harapkan yang positif. Tapi doc kata adik tak ada harapan. Dik…hancur hati mama. Mama genggam tangan doc. Mama cakap “tak ada sikit ke harapan untuk anak saya doc? Sikit saja doc.” Doc tunduk. Hanya geleng kepala. Sugul. Hati mama berkecai adik. Doc kata badan adik dah penuh asid sebab dah terima telalu banyak ubat. Adik sakit… terseksa dengan segala ubat-ubat tu. Mama merayu pada doc. Berikan mama sehari lagi untuk bersama adik. Doc bagi mama balik dekat dengan adik.
Malam tu nurse panggil mama. Dia kata nadi jantung adik drop teruk. Bila-bila masa adik akan pergi. Mama minta pangku adik. Mama cium-cium adik. Tapak kaki adik. Badan adik yang penuh wayar. Pipi, mata, hidung, mulut…mama cium, mama kucup. Mama bisik dekat adik.
“Adik, ampunkan segala salah silap mama selama adik dalam kandungan mama. Mama halalkan makan minum adik selama adik dalam kandungan mama. Mama halalkan segala-galanya. Tunggu mama.”
Bacaan jantung adik kembali normal. Bibir, kaki, tangan adik yang pucat membiru kembali memerah. Mama jaga adik smpi jam 4 am. Lepas tu papa jaga adik.
22/7 – 10.30 am: Mama datang jumpa adik. Doc minta mama dan papa keluar sekejap. Nak tukar tiub adik. Mama tunggu dekat kerusi luar. Dalam 20 minit tiba-tiba doc panggil mama tergesa-gesa. Mama dah tak fikir pantang. Papa berlari. Mama ikut lari. Sampai dekat adik, doc sahkan nadi jantung adik dah tak ada. Adik dah meninggal dunia. Dikkkkk…pergi juga adik tinggalkan mama ye.. Dalam mama mengharap adik sihat, adik pergi juga tinggalkan mama. Dunia mama gelap. Terjelepuk mama.
Dik… ramai yang kata mama beruntung punya anak syurga. Ya.. syurga itu indah sayang. Tapi tahukah mereka betapa sukarnya untuk menggapai syurga. Begitulah sukarnya untuk mama menerima takdir Allah yang satu ini. Mama hilang nyawa dik. Mama redha tapi terkadang mama seakan hilang arah. Setiap kali malam menjelma mama takut. Bangun pagi mama tercari-cari adik. Mana Jannah Nawaal mama.. mama nangis.
Dik.. papamu bukan seorang arkitek, bukan tukang buat rumah. Tapi papa lah yang binakan adik ‘rumah’. Dia yang letakkan adik dengan penuh kasih sayang dalam ‘rumah’ tu diiringi doa.
Sayangku Jannah Nawaal hadirlah dalam setiap lena mama. Agar terubat rinduku padamu. Rindu yang tiada penghujung nak. Mama sayang Jannah Nawaal.
Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.
Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.
1 ulas bawang putih diketuk
2 Halia sebesar ibu jari diketuk
1 sudu besar halba
1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
7 helai daun pudina
Madu
Secubit Garam bukit
1 hirisan lemon
Air 450ml
1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih
2. Tutup api
3. Tapis masukkan dalam cawan
4. Perah 1 hirisan lemon
5. Masukkan 1 sudu besar madu
6. Masukkan secubit garam bukit
7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan
Minum sehari 2 kali.
In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.
“Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”
Jangan lupa minum air putih secukupnya.
Sumber/Foto: FB Sarifa Redzuan II (Petua dan amalan orang lama) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.
Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.
Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini…
Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.
Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.
Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Derma lima organ, pemergian Allahyarham Normah Abdullah bukan sahaja mengundang rasa kehilangan dalam kalangan keluarga dan kenalan, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang mengenalinya.