
Isi Kandungan
ToggleMinum air pun ada caranya bukan main sebarang je. Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepasĀ makan kerana akan menyebabkan perut buncit. Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita. Namun paling penting perlu minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari serta pada waktu yang betul.Amalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat juga akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Selamat Mengamalkannya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Terlantar Lumpuh Diusung Ke Bank Semata Untuk Tukar Kad Tamat Tempoh

Ibu lumpuh diusung ke bank semata untuk tukar kad tamat tempoh. Hidup ini sebenarnya mudah kalau semua orang mampu bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kita hanya memerlukan hati yang ikhlas sahaja untuk berbuat baik sesama manusia.
Tapi banyak orang berkira-kira pada suatu pekerjaan dan tidak mahu memudahkan kehidupan orang lain. Alasan mereka, kuasa di tangan mereka dan mereka berhak membuat sesuatu.
Satu perkongsian dari seorang anak Nurhatini Mahamud @hatinimahamud di Tik Tok di mana dirinya terpaksa memanggil ambulan ke rumah dengan kos yang bukan sedikit dan membawa ibunya yang lumpuh untuk menukar kad bank yang sudah tamat tempoh cukup menyebakkan.
Dirinya terpaksa mengusung ibunya yang lumpuh dan dibawa masuk ke dalam bank kerana kad lamanya sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar baru.
Lebih menyedihkan, tidak setakat mengusung ibunya yang lumpuh tapi urusan penukaran kad tidak dibuat di hadapan bank sebalik ibunya perlu dibawa masuk ke dalam bangunan untuk urusan tersebut.
Hal iniĀ mendatangkan kecaman ramai layanan buruk pihak bank terhadap individu sakit dan ramai yang menyifatkan tindakan ini di luar perikemanusiaan manusia. Jika sihat tiada masalah tetapi ini melibatkan individu sakit.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- āSaya Tak Nak Menyesal…ā, Sanggup Berhenti Kerja & Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh
Ketika Berkahwin, Dia Memang Lumpuh. āKekurangan Suami Tak Menghalang Saya Menerimanya.ā
Menurut Hartini dalam hantaran terkininya selepas kes ini viral, pihak Public Bank sudah menyekat akaun maknya di mana pengeluaran tidak boleh dilakukan (walau kad baru sudah dibuat) tanpa sebarang alasan dan meminta dirinya bertemu pengurus cawangan bank berkenaan di Gurun, Kedah.
Jelasnya, ia satu keadaan sukar diterima memandangkan dari kad bank itulah, maknya menerima duit pencen dan dengan duit itulah digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain memandangkan ibunya lumpuh sepenuhnya (bed ridden).
āPencen arwah abah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak. Bila jadi macam ini agak terkilan kerana kami dari keluarga B40, bukan dari golongan berharta. Jadi kami memang betul-betul mengharapkan duit bulanan itu masuk untuk beli keperluan mak tapi pihak bank dah sekat pula.
āJadi kami terputus wang nak membeli barang keperluan mak selepas kad disekat. Ya Allah, terkilannya rasa macam ini,” luahnya sambil menambah, macam ini ke golongan tak berharta dilayan oleh pihak mereka,” soalnya.
Jelasnya lagi, hendak menyewa ambulan pun bukan murah.
“Semua itu perlukan duit. Alhamdulillah, St John ambulan Gurun memang terbaik dan sangat memahami. Servis diberi kepada mak memang terbaik sangat-sangat, luahnya yang sangat terkilan dengan hal yang berlaku.
Mungkin, inilah adat dunia. Orang kaya disanjung-sanjung dan orang miskin diinjak-injak dan ramai memuja golongan berduit kerana memikirkan glamornya.
Semoga Allah jauhkan hati kita bersifat sombong sesama manusia kerana sombong itu sifat iblis yang enggan tunduk menyujud Nabi Adam.
Satu nasihat, kita dijadikan dari tanah, semua orang sama rata saja dan bezanya rezeki kita berbeza-beza. Lebih mudah kita memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan kehidupan kita, ahli keluarga kita bahkan cucu cicit kita.

@hatinimahamud #PublicbankGurun#pesakitlumpuhseluruhbadan#takadapertimbangrasa#pihakbanksombong#fypć·ćviral #viraltiktok #viralkedah ⬠Do’aku – Haddad Alwi
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betty Terharu Erma Fatima Jaga Ibu Positif Covid-19 āYa Allah Syurga Menantimu Kakakkuā

Isi Kandungan
ToggleBetty terharu Erma Fatima jaga ibu Positif Covid-19, pelakon Betty Rahmad menerusi perkongsian di akaun Instagramnya bercerita tentang pengalaman dia dan keluarga telah diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali disahkan Positif Covid-19.
Malah turut dijangkiti wabak itu adalah pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Teha di mana kedua-duanya telah disahkan positif Covid-19 pada pertengahan bulan Ogos. Namun, kedua-duanya sudah pun pulih seperti sedia kala dan sedang berehat di rumah.
Betty Terharu Erma Fatima Jaga Ibu Positif Covid-19
Paling membuatkan dirinya terharu, apabila kakak kesayangan Erma Fatima sanggup menjaga ibu mereka ketika itu.
āYa Allah syurga menantimu kakakku Erma Fatima.
āAllahuakbar, Alhamdulillah atas kasih sayang ini Ya Allah. The day my mom was tested positive Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak rumah lain dan minta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak.
āMandikan mak. Bagi ubat dan vitamin check everything dan update kami adik beradik dengan video-video ni dalam group Whatsapp.
āSangat luarbiasa dan bangga ada kakak macamni. MashaAllah.
āSemua adik beradik video call 4-5 kali sehari. Tapi semua kena pretend macam takde apa-apa sebab nak kuatkan semangat mak dan cakap ada kuman je sikit dekat paru-paru mak. Lebih kurang seminggu dibawah jagaan Kak Erma ādoktor tak bertauliah anak subuhā. Tiap-tiap malam my sister buat self test. Alhamdulillah Allah lindung.
āKeadaan Mak Semakin Hari Semakin Baikā
āHari kelapan kami terpaksa hantar mak ke hospital untuk monitor paru-paru yg ada kuman. Keadaan mak semakin hari semakin baik. Fyi sheās 73years old. Mak saya rajin solat, zikir & mengaji. Kalau solat berjam-jam. Janji Allah itu pasti. Allahuakbar. Allah beri kekuatan & kesembuhan segera buat mak saya. No bad symptoms Alhamdulillah syukur.
āPasti ada yang kata kenapa ambik mak bawak datang rumah saya time PKP. Bagi yg kenal saya tau mcmmana saya strict dan takut nak keluar rumah. Saya tak jumpa siapa-siapa. Bertahun tak jumpa mak. Raya pun tak jumpa walaupun rumah dekat.
āTapi terdetik dalam hati saya pada masa tu risau dekat mak sebab kes hari-hari 20k+. Mak saya tinggal dengan abang-abang dan kakak ipar saya yang terpaksa keluar bekerja hari-hari.
āJadi lepas bincang dengan Kak Erma dan Kak Umie dorang suruh saya ambik mak bawak rumah saya memandangkan kami dalam rumah ni memang tak keluar rumah langsung.
āNak cakap terlambat, tidak. Saya mungkin akan lagi ralat kalau saya tak ambik mak masa tu dan keadaan mak mesti akan lebih teruk.
Alhamdulillah, Semua Sihat
āAlhamdulillah luar biasa kuasa Allah SWT nak tunjuk pada kami. Syukur Alhamdulillah semua sihat dan diberi peluang sekali lagi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua dan dibawah lindungan Allah SWT. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami,ā tulis Betty.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Betty Rahmad
Mingguan Wanita : Syukur ada anak yang sangat rajin dan bertuah sungguh ibu kesayangan Betty, Erma Fatima dan Umie Aida.Ā
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

⢠Apa rahsia mereka?
⢠Apa yang mereka lakukan?
⢠Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
⢠Siapa yang susah senang bersama mereka?
⢠Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuma 3 Hari Mendeko Ruang Perpustakaan Sekolah Agama, Lihat Hasilnya Memang Ohsem

Isi Kandungan
ToggleOhsem sungguh hasil kerja 3 hari mendeko perpustakaan sekolah agama ini. Kerja-kerja mendekorasi ruang perpustakaan sekolah agama ini merupakan program khidmat masyarakat untuk mencantikkan perpustakaan sekolah.
Sekolah terlibat adalah Sekolah Agama Seri Aman, Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat. Mingguan Wanita menghubungi Naser Ibrahim, Pustakawan dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn merangkap pelakar dan pereka imej 3D bagi program tersebut.
āSaya tunjukkan hasil āmakeoverā perpustakaan sekolah. Hasil kerjasama saya dan team (team khidmat masyarakat bersama pihak sekolah.ā
āMereka beri kepercayaan kepada saya untuk āmakeoverā perpustakaan mereka. Alhamdulillah bermula dari perbincangan, melakar, 3D sketch dan akhirnya terhasillah ini.ā
Dalam proses menyiapkan projek tersebut, mereka menggunakan barangan daripada Ikea, Kaison, Mr DIY dan hasil sendiri. Manakala cat pula menggunakan Sancora.
āSiap semua dalam masa 3 hari.ā
Proses Mendekorasi Bermula
Ulas beliau lagi, perbincangan pertama dengan pihak sekolah bermula pada 11 Februari 2018. Kemudian pada 27 Februari 2018 kami bertemu semula untuk persetujuan pihak sekolah tentang susun atur perabot, warna dan hiasan dalaman.
“Proses untuk ‘makeover’ bermula pada 13 hingga 15 Mac 2018 selama 3 hari dengan jumlah petugas yang hadir purata 15 orang.ā
Secara ringkasnya ruang yang diberikan adalah kecil iaitu 2 bilik yang berkeluasan sama 12 kaki x 10 kaki.
āAda juga cabaran yang perlu kami tempuh. Antaranya untuk menjadikan ruang yang kecil nampak luas dan sesuai dengan aktiviti pusat sumber sekolah.ā

Tip Deko Perpustakaan
Ini tip yang pustakawan atau guru-guru boleh ikut sekiranya berhasrat mahu mendekorasi perpustakaan sekolah masing-masing.
⢠Pilih tema yang bersesuaian dengan persekitaran.
⢠Susunan buku kemas, mudah dilihat dan diambil.
⢠Kenalpasti fungsi ruangan aktiviti.
⢠Pastikan pencahayaan sesuai untuk membaca.
⢠Wujudkan ruangan yang kondusif, ringkas dan santai.
⢠Perabot yang boleh pelbagai guna dan boleh diubah-ubah mengikut keperluan.
⢠Berikan ciri khas bagi setiap dekorasi.
Sumber/Foto : Naser Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI