ameera zaini

Tempoh kehamilan merupakan antara detik terindah bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Saat inilah, pelbagai tip dan amalan terbaik sewaktu hamil berusaha dilakukan demi anak tersayang. Besar harapan seorang ibu agar kandungan membesar dengan sempurna dan anak yang dilahirkan menjadi seorang yang soleh serta solehah kelak.

Baru-baru ini, Nor Ameera Zaini, 29 yang juga merupakan pengasas Fesyen Muslimah Ameera Zaini (AZ) serta Pengacara CJ Wow Shop, ada berkongsi beberapa tips yang diamalkan dan pengalaman sewaktu mengandung anaknya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi ini, berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya Mateen Hasnor Rozaini dahulu, yang kini telah berusia 1 tahun 8 bulan didalam Instagramnya.

Minum Air Kelapa Setiap Hari Masuk Trimester Ketiga, Antara 13 Amalan Mengandung Ameera Zaini

Berikut perkongsian usahawan muda berjaya ini;

Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.♥️

IKLAN

Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu-ibu lain juga.

Masa awal-awal pregnant dulu, Meera morning sickness yang teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.

Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.

IKLAN

1. Doktor bagi injection untuk kuatkan rahim.
2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk.
3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu.
4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi.
5. Minum susu kambing.
6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.
7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis.
8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu.
9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tapi kalau banyak sangat takut diabetic pulak.
10. Minum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester.
11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah.
12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yang sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc
13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.

Menurut Ameera lagi, setiap kehamilan mempunyai pengalaman mengandung yang berbeza.Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak yang dikandung.Malah Ameera turut mendoakan kesejahteraan buat para pengikutnya yang sedang hamil mahupun yang masih menunggu untuk bergelar ibu.

IKLAN

“Apapun kesimpulannya every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yang terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua “❤

View this post on Instagram

Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam. ♥️ __ Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga ? ___ Masa awal2 pregnant dulu, Meera morning sickness yg teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well. __ Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay. 1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim. 2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk. 3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu 4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi 5. Minum susu kambing 6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya 7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis 8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu 9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak. 10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester 11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah. 12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc 13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan. Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua ❤️

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat wanita yang sedang hamil boleh ikut tips amalan hamil yang dikongsikan oleh Ameera Zaini ini.

Sumber: Ameera Zaini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI