Pizza memang sangat enak. Terdapat pelbagai inti filling. Anak-anak pun sangat suka. Tapi pernah tak makan Mini Pizza Burger?
Wahhh..menariknya. Agak unik sebenarnya hidangan ini, seunik namanya. Sebab ia menggunakan roti burger dan rupanya pula seperti pizza, maka dinamakan Mini Pizza Burger. Comel je namanya kan?
Mini Pizza Burger ini sesuai untuk dijadikan hidangan keluarga. Mudah nak dibahagi-bahagi. Seorang sebiji. Tak gaduh-gaduh. Atau boleh juga dimasak ketika ada jamuan atau potluck. Tak payah potong-potong. Memudahkan.
Bebas Buat Topping Apa Pun
Bila buat sendiri pizza, kita bebas untuk buat apa intinya. Kalau suka keju, boleh letak bermacam-macam jenis keju di atasnya. Begitu juga boleh letak ayam, daging, seafood dan sebagainya. Istimewanya bila kita buat sendiri piza, kita bebas letak apa saja mengikut selera keluarga. Best kan?
Ads
Kali ini jom kita buat Mini Pizza Burger menggunakan roti burger. Sangat mudah dan bahan pun tak terlalu banyak. Jangan risau kalau tak ada ayam, daging atau seafood. Jengok dalam peti ais dan ada sosej, ha…tu pun cukup dah!
RESIPI MINI PIZZA BURGER
Bahan-bahan:
3 biji roti/bun burger – potong sedikit bahagian atas
4-5 batang sosej – potong
Sos spageti bolognese
Mozzarella cheese
1 biji cili Benggala hijau – potong memanjang
1 labu bawang Holand- racik halus
Cara Membuat:
Gunakan sudu untuk membuat lubang di tengah-tengah roti. Ketepikan. Sekarang untuk menyediakan inti/filling, tumis bawang Holland hingga terbit bau wangi. Kemudian masukkan sos spageti Bolognese. Gaul sekata. Akhir sekli masukkan pula sosej yang telah dipotong. Kacau hingga sebati. Siap intinya!
Ads
Setelah itu masukkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam tengah roti (boleh rujuk gambar di atas). Setelah itu tabur cheese dan susn hirisan cili beggala hijau.
Setelah itu, bakar di dalam oven mengikuti suhu kesesuaian oven masing-masing.
Ads
Dah siap!! Sedapnya Mini Pizza Burger ni. Nyum! Nyum!
Bagi mak-mak yang suka makan dan buat kek, resipi Kek Batik Indulgence ini antara yang wajib di cuba.Rasanya cukup sedap, lembut dan tak keras malah ada tip untuk jadikan kek ini cantik kejadiannya ketika dipotong.Mempunyai 3 lapisan, gabungan rasa biskut marie, coklat dan cheese cukup sempurna!
Selain buat untuk makan sendiri, yang lebih jimat, mak-mak juga boleh ambil tempahan untuk pendapatan sampingan.Mesti laku keras nanti kerana Kek Batik Indulgence ini semakin viral dan ada peminatnya yang tersendiri.
250gram cream cheese
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml)-dikacau sebati
3 sudu besar gula custor
1 sudu besar susu pekat
1sk esen vanila
300g milk compound coins (beryls)
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter
Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
P/S – Nak guna dark compound pun boleh.
1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. 1 keping biskut patahkan 4. Buat yang ni dulu sebab nanti bila coklat dah masak, boleh masukkan terus.
2.Dalam kuali, cairkan butter. Guna api perlahan supaya butter tak hangit.
3.Butter dah cair, terus masukkan susu pekat manis. Kacau sebati.
4.Dah sebati masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul.
5.Dah sebati masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
6.Masukkan biskut marie dan kacau sebati.
7.Pastikan semua tersalut.
8.Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah, senang nak tolak nanti. Ratakan kek ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras boleh letak kat freezer.
9.Sebelum buat lapisan cheese. Buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin dicampur dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Beli yang halal. Ada jual di kedai bahan bakery.
10.Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula, susu pekat manis dan esen vanila. Mix sehingga sebati dan licin. Pastikan tidak berketul.
11.Masukkan air gelatin dan mix sehingga sebati.
12.Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau. Gelatin fungsinya untuk memejalkan cheese.
13.Tuang cheese ke tengah-tengah kek supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais 2-3 jam. Nak cheese cepat pejal, letak dalam freezer.
15.Tuang whipping cream yang panas ke dalam bekas yang ada milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair.
16.Cair macam ni.
17.Tuang coklat ke tengah-tengah loyang supaya coklat rata ke tepi. Kalau tak rata, sengetkan sedikit loyang supaya coklat rata. Untuk dapatkan coklat yang licin, jangan sesekali ratakan dengan sudu. Buih kecik atas coklat, cucuk dengan lidi. Masukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6 jam.
18.Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper keatas. Letak terus kek atas papan kek. Kertas baking paper boleh koyak terus bahagian tepi sementara kek masih keras.
19.Sebelum potong kek, rendam pisau panjang ke dalam air panas dalam 10 saat. Kesat dulu dengan kain@ tisu sebelum potong.
20.Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja. Kalau untuk makan sendiri, tak potong pun tak pe.
21.Ni cara potong. Lepas tu lap semula pisau dan rendam dalam air panas. Ulang langkah yang sama setiap kali potong.
Ni cara potong. Lepas tu lap semula pisau dan rendam dalam air panas. Ulang langkah yang sama setiap kali potong
22.Yang ni dah siap potong. Kotor bahagian tepi papan lap je guna tisu. Jangan tunggu kek sejuk@ coklat dah cair baru nak potong, nanti potongan tak cantik bila coklat dah cair.
23.Dah siap potong tepi. Boleh potong petak-petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek anggaran setiap jarak. Ariana potong 7 melintang, 7 memanjang.
24.Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tips nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau kek sehingga rapat kek bawah. Walaupun keras jangan stop, nanti biskut pecah. Lepas tu tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat comot.
25.Jika masa potong nampak coklat dah cair. Masukkan semula dalam peti ais. Nanti coklat akan keras semula. Atau masa potong tu buat cepat-cepat supaya coklat tak cair.
Selamat mencuba!
Kek batik ni kalau dah nampak coklat dah cair, masukkan je semula dalam
peti ais. Nanti coklat akan keras.
MW: Sedapnya Kek Batik Indulgence ini. Kombinasi sempurna rasa coklat dan cheese. Kena cuba sendiri, buat di rumah nanti. Ikut resipi yang dikongsikan ini.Nak buat jual pun boleh sangat.
Ibadah korban akan dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan. Daging haiwan seperti lembu dan kambing yang dijadikan korban itu kemudiannya akan dibahagikan kepada jiran tetangga dan saudara mara.
Ha..apa nak masak dengan daging korban ni ye? Bosan juga kalau daging itu dimasak sup, kari, rending atau hidangan tradisi biasa lain. Mesti nak try kelainan juga. Ha..apa kata anda boleh masak Gulungan Kubis Dengan Inti Daging Dan Roti Lapis Daging. Wahh..best nih. Jadi, selamat mencuba ya!
Kalau bercakap tentang cheese ini, anak-anaklah paling suka. Mahunya, itulah yang diulang-ulang makan. Memang tak cukuplah. Sebelum ini, biasa beli sahaja serbuk cheese sebab tak tahu nak masak. Fikiran rasa macam susah pula nak buatkan.
Jadi, apa kata kali ini kita buat sendiri sos cheese yang bukan hanya dicicah dengan kentang goreng tapi boleh di makan dengan makan bergoreng yang lain. Paling penting, bila buat sendiri barulah puas hati.
Ikuti cara membuatnya yang cukup mudah seperti dikongsikan oel NizSa Mi.
“Tak perlulah nak beli lagi seruk cheese yang dah siap dan hanya dicampur dengan air suam. Kali in kita buat sendiri sosnya. Barulah puas hati.
Bahan-bahan:
½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikti pewarna kuning
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Cara Membuat:
Cairkan butter dan masukkan susu cair dan tepung. Gaul sebati.
Selepas itu, masukkan kepngan cheese, kacau dan masukkan serbuk lada hitam, kuib pati ayam dan pewarna.
Kacau sebati dan tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. Siap dan tutup api.
MW: Lepas ini, bolehlah buat kat rumah. Bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Anak-anak mesti suka.
Kredit: NizSa Mi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!