
Diam tak diam Mingguan Wanita telah memasuki Musim Ketiga. Kekal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengahari hingga 1 petang.
Masih mengekalkan format asal iaitu mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan.
MW Talkshow musim baharu ini turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk ditonton masyarakat masa kini.

Tetapi ada sesuatu kejutan untuk penonton setia program ini iaitu penampilan hos baru. Oleh itu, nantikan kemunculan tiga hos baru yang bakal mewarnai Mingguan Wanita Musim Baharu bermula 17 Februari, di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tekanan Akan Sebabkan Kulit Nampak Lebih Tua” Dr Azura

Isi Kandungan
ToggleMingguan Wanita Talkshow bersiaran lagi hari ini dengan topik Berusia, Kekal Jelita. Sebagai seorang wanita sememangnya sangat suka untuk mengekalkan kecantikan kulit. Apatah lagi apabila sudah mencecah usia 40 tahun.
Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan isu ini bersama Pakar Dermatologi, Dr. Azura Mohd Affandi.
“Kulit merupakan organ terbesar yang paling penting melitupi tubuh badan. Kulit wajah paling utama dan perlu dijaga dengan baik. Banyak faktor yang boleh menampakkan kulit wajah nampak lebih tua. Antaranya faktor tekanan. Tidak dinafikan seseorang yang menghadapi tekanan akan menyebabkan kulit nampak lebih tua,” ujar Dr. Azura.

Jaga Pemakanan
Dr. Azura juga menerangkan bagi anda yang mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu menjaga pemakanan.
“Apa yang kita makan akan memberi kesan pada kulit terutamanya di wajah. Jadi jaga pemakanan, minum air putih secukupnya ini kerana jika kulit kering akan sebabkan pigmentasi berlaku di wajah.
“Bila pilih satu-satu produk kecantikan tolonglah pilih yang bersesuaian kerana jika anda pakai produk yang tidak sesuai akan tumbuh jerawat dan masalah lain pada kulit wajah,” sambung Dr. Azura.

Dr. Azura juga menasihati gunalah pelembap muka dan pelindung suria sebelum keluar rumah.
“Terimalah apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah yag terbaik buat kita,” ungkapnya. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Tip:
- Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
- Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
- Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
- Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
- Kulit wajah yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
- Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena Pandai ‘Beli’ Jiwa Ibu Mentua Kalau Diri Bukan Menantu Pilihan

Isi Kandungan
ToggleMana-mana ibu yang mempunyai anak lelaki sudah pasti akan berasa kecewa jika anak mereka itu berkahwin dengan wanita yang tidak direstuinya. Ini jugalah yang berlaku pada Puan Yanti Yushilla Firdaus dan suaminya.
Yanti Yushila Firdaus telah dijemput hadir ke Mingguan Wanita Talkshow bagi mengupas topik Bukan Menantu Pilihan.
Lebih mesra dengan panggilan Shilla Firdaus, wanita berusia 46 tahun ini telah mendirikan rumah tangga dengan suami yang jauh lebih muda daripadanya. Jarak usia antara mereka berdua adalah 24 tahun.
Melihatkan jarak umur sebegini sudah pastilah ibu kepada suaminya tidak setuju dengan keputusan pasangan ini mendirikan rumah tangga. Namun demi cinta, usia bukan penghalang bagi Shila dan suami membina mahligai perkahwinan.
“Mungkin sudah jodoh kami boleh berkahwin. Tetapi sebenarnya suami ini adalah anak jiran. Saya kenal suami ini sejak dia kecil lagi. Saya ingat lagi semasa saya hendak pergi ke tempat kerja, dia (suami) akan tumpang saya untuk ke sekolah.
“Kebetulan arwah suami saya meninggal pada tahun 2012. Suami sekarang ini sebenarnya rapat dengan anak buah saya. Saya sebenarnya memanggil suami sekarang ini menantu sebab saya mahu ‘kenenkan’ dia dengan anak saya. Akhirnya kami pula yang berkahwin.”

Ambil Sikap Berdiam
3 bulan bercinta Shilla dan suaminya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Ibu mentuanya tidak boleh terima perkahwinan Shilla dan suaminya. Ditambah pula perbezaan usia dia dan ibu mentuanya hanya tiga tahun.
“Mula-mula ibu mentua banyak menentang perhubungan kami. Tetapi saya ambil sikap berdiam. Walau apa ibu cakap saya diam. Malah saya nasihatkan suami walau apa yang berlaku, kita tetap salah.
“Saya kena kuatkan hati sebab ibu tidak terima saya. Saya juga tidak berani jumpa ibu untuk memberitahu bahawa saya dan suami mahu berkahwin,”ujarnya lagi.
Sudah Dapat Restu Ibu
Shilla telah melakukan pelbagai cara untuk mengambil hati ibu mentuanya. Ibu mentuanya seorang yang tegas dan sukar untuk menerima sebarang hadiah sebagai cara untuk mengambil hatinya. Disebabkan itu juga Shilla telah menggunakan suaminya sebagai orang tengah untuk memberi sebarang hadiah kepada ibu mentuanya.
“Saya ambil masa hampir setahun untuk mengambil hati ibu mentua. Hari pertama saya jumpa selepas setahun berkahwin adalah pada hari ibu mentua mahu menunaikan umrah. Saya takut hendak pergi sebab tahu ibu tidak terima.

“Saya cakap pada suami untuk memberitahu ibu bahawa saya mahu menghantarnya ke lapangan terbang. Saya jumpa ibu dan hulur tangan. Ibu terus peluk saya. Memang saya menangis kuat-kuat masa itu,” ujarnya lagi ibu turut meretui kehadirannya untuk berkongsi cerita di program temu bual yang ke udara di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD ini.
Cara Menangi Hati Ibu Mentua
Pendakwah Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre yang turut dijemput sebagai tetamu Mingguan Wanita Talkshow musim baru yang dihoskan oleh Norman Hakim dan Raja Azura ini menegaskan seorang menantu itu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati ibu mentua mereka.

Ini adalah antara cara yang dicadangkan oleh Ustaz Syed:
1-Mengakui rasa bersalah.
2-Cuba perbaiki hubungan kerana restu dan redha ibu mentua itu amat penting. Suami paling memerlukan redha ibu mereka kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu suami.
3-Jangan lupa untuk berdoa kerana hati ibu itu dipegang oleh Allah. Kita bersangka baik yang Allah akan ubah hati ibu mentua.
4-Beli jiwa ibu mentua. Bagi hadiah dan sebagainya kerana akhirnya hati dia akan lembut juga.
Siaran Ulangan 8.00 malam
Ingin mengikuti kupasan sepenuhnya berkaitan topik Bukan Menantu Pilihan ini, siaran ulangan Mingguan Wanita ini akan kembali ke udara pada pukul 8.00 malam di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hanya Ingat Mati” Mohd Zullaimy, Pesakit Kanser Payudara

Sebenarnya kanser yang menjadi pembunuh nombor satu wanita ini turut menyerang bapa kepada tujuh cahaya mata ini. Pesakit kanser payudara, Mohd Zullaimy Muhammad sudi berkongsi kisahnya.
Penulis sempat menghubungi Mohd Zullaimy dan turut bercerita lebih lanjut mengenai penyakit yang paling ditakuti ramai ini.
“Saya hanya ingat mati ketika didiagnos dengan kanser payudara tahap empat. Seolah-olah tak lama lagi nak mati. Memang hati meronta dan tidak percaya ini boleh berlaku kepada saya. Apatah lagi memikirkan kanser ini dikaitkan dengan wanita, saya fikir mustahil seorang lelaki boleh diserang penyakit ini. Bingung, keliru dan pada masa sama hati ini menidakkan suratan takdir yang tertulis buat saya,” ungkap Mohd Zullaimy yang mengetahui dirinya mempunyai penyakit kanser sembilan tahun lalu.
Artikel berkaitan: ‘Susahnya Nak Buang Air..’ Jaga-jaga, Jangan Sampai Terlambat Rawat Kanser Prostat
‘Lebih Kerap Bersenam..’ Kanser Prostat Ubah Gaya Hidup Nazir Razak
Ingatkan Cuma Bisul Rupanya Kanser Payudara
Mohd Zullaimy juga menyambung, Pada awal dia menyedari ada ketulan di dada namun dibiarkan. Selepas dua tahun barulah ketulan itu berasa sakit.
“Saya sedar ada ketulan selama dua tahun saya tahan sebab tak sakit. Dari ketulan itu kecil sebesar 5 sen sehingga ia membesar menjadi ketulan sebesar 50 sen dan sakit berasa sakit. Pada awalnya saya fikirkan cuma bisul dan ketulan nanah saya pun cuba cucuk tapi tak boleh. Saya cuba tekan sehingga satu masa saya rasa milu dan bila baju bergesel dengan ketulan itu saya rasa sakit.
“Saya fikir benda ni tak boleh dibiarkan dan teruske klinik. Diklinik yang saya buat rawatan ada sediakan rawatan pembedahan. Jadi doktor nasihatkan saya buang ketulan yang ada pada dada saya. Selepas dua minggu rawatan pembedahan dilakukan doktor sahkan saya menghidapi kanser. Dan kemudiannya doktor nasihatkan saya buat pembedahan major dan buang apa yang ada didada. Saya juga membuat kimoterapi enam kali dan radioterapi dua minggu berturut-turut,” kata Mohd Zullaimy yang kini masih menjalani rawatan follow up setahun sekali.

Jangan Rasa Malu Untuk Berjumpa Doktor
Ditanya tentang nasihat yang ingin diberikan kepada mereka yang mempunya penyakit yang sama dengan dirinya.
“Jika rakan-rakan lelaki saya di luar sana yang ada ketulan di dada jangan rasa malu dan pergi ke doktor. Kalau dah terlambat tak boleh buat apa. Mencegah lebih baik dari merawat. Kanser penyakit yang tak sakit pada awalnya, tapi bila dah merebak dan berasa sakit maksudnya kanser yang dialami sudah tahap bahaya. Jika anda rasa ada perubahan pada anggota badan segerelah berjumpa doktor,” luah Mohd Zullaimy.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI