Sungguh tak dapat dibayangkan apabila rumah dipenuhi dengan pelbagai haiwan eksotik terutamanya spesies reptilia. Namun jika dah minat dan suka, tiada yang mustahil malah boleh menjadi sumber rezeki pula.
Siapa sangka bermula dengan minat, sepasang suami isteri berjaya membiak lebih 10 jenis haiwan termasuk ular di rumah mereka di Taman Rusa di sini.
200 Ekor Haiwan Eksotik
Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 31, dan isterinya, Zulfarina Zulkifli, 30, kini selesa tinggal bersama lebih 200 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan tarantula.
Menurut Muhammad Helmi, minat memelihara haiwan eksotik itu bermula semasa dia sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang di Selangor, 11 tahun lalu.
Minat Bela Spesies Reptilia
Katanya, selain minat membela spesies reptilia, dia juga mahu memastikan haiwan itu dapat melalui proses pembiakan dengan sempurna.
Ads
“Saya turut menjual haiwan ini secara dalam talian dan kami mempunyai lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik ini.
“Saya anggarkan koleksi haiwan eksotik yang berada di rumah kini mencecah RM50, 000,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Kos Perbelanjaan Tidak Tinggi
Muhammad Helmi berkata, bagi kos perbelanjaan pemakanan, peruntukan tidak begitu tinggi kerana haiwan berkenaan tidak makan terlalu banyak.
Katanya, sebagai contoh, ular hanya diberi makanan sekali seminggu.
“Bagi haiwan eksotik kita perlu belajar mengenai selok-belok penjagaan supaya kekal sihat dan dapat membesar dengan sempurna.
Ads
“Paling penting kita harus menjaga kebersihan dan jangan biarkan kawasan kotor serta bersepah agar ahli keluarga kita sendiri berasa selesa,” ujarnya.
Rancang Buka Premis Haiwan Eksotik
Sementara itu, Zulfarina berkata, dia turut membantu suami dengan mengambil tempahan dan mengumpul pesanan termasuk makanan ular yang dihasilkan oleh mereka sendiri sejak empat tahun lalu.
Katanya, dia bersyukur apabila perniagaan dari rumah bersama suami mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Kami bercadang ingin membuka sebuah premis menjual haiwan eksotik, makanan dan ubat-ubatannya.
Ads
“Ketika ini sebarang tempahan termasuk maklumat boleh dibuat di media sosial Facebook kami, Raptor Riot Malaysia HQ,” katanya.
Baby Naail disunyik ubat RM9.8 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia, senyuman manis terukir di wajahnya. Saat melihat senyuman terukir di wajah adik Naail selepas menerima suntikan ubat zolgensma yang berharga RM9.8 juta semalam, wajah manis juga terukir di wajah rakyat Malaysia.
Ini kerana menerusi dana diasaskan oleh Misi Founder, wang RM9.8 juta dapat dicapai dengan cepat hasil sokongan rakyat Malaysia. Baby Naail atau nama sebenarnya Wan Muhammad Naail disahkan mengidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.
Baby Naail Disuntik Ubat RM9.8 Juta Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia
Sebelum usianya dua tahun, ubat paling efektif untuk merawat penyakit jarang jumpa ini ialah Gene Theraphy, ubat zolgensma berharga RM9.8 juta dan telah pun selesai diberi disuntik pada Baby Naail semalam.
Satu perkongsian dari ibunya, Raihan Amin di instagram, dirinya menitipkan satu doa buat anak kesayangannya itu.
Doa buat anak mommy Wan Muhammad Naail,
“Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkan segala penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali dengan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.”
Namun masa yang sama menjawab pertanyaan orang ramai di ruang komen, Raihan yang juga adik beradik dengan pelakon Fattah Amin memaklumkan, setiap kanak-kanak yang diuj dengan penyakit jarang jumpa ini berbeza-beza perkembangannya.
“Kami ikhtiar ubat ini, untuk hentikan kemerosotan Naail. Yang lain lain, kami serahkan pada Allah. Teruskan rutin harian Naail seperti biasa.,” katanya yang mengharapkan anaknya akan membesar sama seperti kanak-kanak lain.
Ternyata, selain Baby Naail, derma untuk adik Athif yang turut memerlukan RM9.8 juta bagi mengubati penyakit jarang jumpanya sudah berjaya dikutip hasil sokongan rakyat Malaysia.
Nampak seperti sukar, namun bagi kedua-dua bayi ini, Baby Naail dan Baby Athif, jumlah dana yang berjaya dikutip dari rakyat Malaysia ialah sebanyak RM29.6 juta dan inilah kasih sayang dari seluruh rakyat Malaysia yang bersatu padu membantu tanpa mengira sesiapa.
Baru-baru ini, viral gambar seorang wanita kurang upaya (OKU),berkerusi roda berada di dalam Mass Rapid Transit (MRT) bekerja sebagai penghantar makanan di negara jiran, Singapura.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Siapa sangka, meskipun berkerusi roda dan lumpuh separuh badan, ternyata, tidak menghalang seorang wanita OKU, cekal melakukan tugas penghantaran makanan di negara tersebut.
Memetik Facebook All Singapore Stuff, kekurangan diri membuktikan tiada alasan untuk tidak bekerja.Wanita itu kelihatan dalam perjalanan menghantar makanan dipesan pelanggan menerusi aplikasi GrabFood dan ia menarik perhatian netizen.
OKU Usaha Cari Rezeki
Ini membuktikan, meskipun kurang upaya golongan ini tetap berupaya berusaha mencari rezeki tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan ia memberi inspirasi kepada masyarakat.Meskipun terpaksa mengharungi hujan, panas, setiap hari, berkerusi roda dan menaiki pengangkutan awam tetapi semangat untuk mencari rezeki tidak pernah luntur.
Gambar itu juga meraih lebih 5,000 tanda suka dan 6,953 perkongsian didalam page facebook tersebut.
Netizen JosBenson Chan berharap wanita itu tidak mudah berputus asa dan terus cekal untuk mengharungi dugaan hidup.
Kata Muhammad Afzal Shuhil Ahmad, dia akan menghormati individu berusaha mencari rezeki tetapi tidak kepada peminta sedekah yang memiliki tulang empat kerat, namun tidak menggunakan kudrat itu untuk pergi bekerja.
MW: Tahniah buat wanita ini, juga pada golongan kurang upaya (OKU) yang berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharap ihsan dan bantuan daripada orang lain. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita yang sihat walafiat ini agar rajin bekerja dan mencari rezeki. Tahniah juga, kepada majikan yang memberi pekerjaan untuk golongan sebegini untuk berdikari.
Michelle Yeoh akui kecewa tak mampu ada zuriat sendiri, sudah usaha pelbagai cara & tiada anak punca cerai. Tidak semua perkahwinan dikurniakan anak. Dan ia merupakan kekecewaan bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
Sebagai bintang antarabangsa, pelakon hebat ini menempa nama ke persada dunia terutama lakonannya dalam filem seperti Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), dan The Lady (2011) dan banyak lagi.
Namun sebagai isteri, jelas ada kekecewaan di dalam hatinya kerana gagal melahirkan zuriat sendiri.
Michelle Yeoh Akui Kecewa Tak Mampu Ada Zuriat Sendiri
Dalam satu wawancara bersama BBC Radio 4’s Woman’s Hour, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi sisi peribadi yang jarang diceritakan iaitu kegagalan untuk memiliki anak sendiri.
Dalam wawancara tersebut, Yeoh mendedahkan bahawa usaha beliau untuk mendapatkan zuriat ketika perkahwinan pertamanya dengan ahli perniagaan Dickson Poon tidak berhasil. Ketidaksuburan menjadi pengalaman yang berat, hingga membuatkan beliau merasa dirinya kurang sebagai seorang wanita.
“Setiap bulan saya berharap, tetapi harapan itu sering kali berakhir dengan kekecewaan,” katanya.
Kegagalan itu tidak hanya menguji kekuatan emosinya tetapi turut memberi tekanan kepada hubungan rumah tangga mereka di mana akibat ketidaksuburan dirinya, ia mengakibatkan rumah tangganya bersama suami berakhir. Masa yang sama, dirinya menekankan betapa pentingnya pasangan membincangkan perancangan keluarga sejak di awal perhubungan.
Meskipun perjalanan tersebut penuh kekecewaan, bintang antarabangsa kelahiran Malaysia ini akhirnya menemui cara untuk berdamai dengan takdir.
“Saya berhenti menyalahkan diri sendiri,” katanya. Baginya, kehidupan bukan hanya soal melahirkan anak tetapi juga bagaimana seseorang mencipta momen lain bersama pasangan.
Kini dirinya bahagia selepas berkahwin dengan Jean Todt. Meskipun tidak memiliki anak kandung, namun hidupnya dimeriahkan dengan kehadiran cucu tiri serta anak angkat nya yang memberinya kebahagiaan tidak ternilai.
Jelasnya, “kita boleh mencipta kebahagiaan melalui cinta dan kasih sayang yang diberi kepada orang di sekeliling kita,” ujarnya.
Bahkan dalam wawancara itu, Tan Sri Michelle Yeoh menyeru pasangan untuk berbincang dengan mendalam bersama pasangan berkaitan anak di awal perhubungan. Jelasnya, perbincangan yang jujur dan terbuka boleh membantu pasangan memahami cabaran yang mungkin muncul di kemudian hari.
Sebagai seorang wanita yang telah mencipta nama di pentas antarabangsa, Yeoh membuktikan bahawa seorang wanita tidak harus diukur semata-mata melalui keupayaan untuk memiliki anak. Beliau telah memberikan inspirasi melalui sumbangannya kepada dunia seni, menjadi simbol keberanian, dedikasi dan semangat juang.
Di sebalik kisah peribadinya yang penuh dengan liku-liku, Michelle Yeoh kekal sebagai inspirasi, bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari kebahagiaan walau dalam kekurangan. Melalui kisahnya, beliau mengajar bahawa kebahagiaan itu boleh datang dalam pelbagai bent dan hidup harus diteruskan dengan penuh kesyukuran.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.