‘Menyiram Pusaramu Mama Tewas, Terbayang Mandikan Waktu Kecil..’ Azian Mazwan

Gugur air mata membaca perkongsian ibu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain, Azian Mazwan Sapuwan. Terbayangkan betapa dulu ketika bayi, ibulah yang memandikan. Saat anak disemadikan, ibulah juga menyiram atas pusara anak. Allahuakhbar..

Sebaknya, menerima hakikat kehilangan anak yang pernah ibu kandung. Namun, itulah ketentuanNya. Dan sebagaimana yang dikongsikan Azian, ‘semua itu Rahsia Allah SWT’.

Malah, di penghujung menjaga anaknya yang sakit, ibu ini dapat merasai tanda-tanda yang Aqil akan pergi meninggalkannya jauh ke perkampungan abadi.

 

‘Menyiram Pusaramu Mama Tewas, Terbayang Mandikan Waktu Kecil..’ Azian Mazwan

 

Kongsinya,

Kematian itu pasti.. Tapi itu semua Rahsia Allah SWT.. Semasa menjaga, melawat, bercakap dengan dia di katil wad.. sebagai seorang ibu saya nampak perkataan ‘pergi & redha’ tetapi cepat-cepat saya padam.

Saya yakin dia akan sembuh.

IKLAN

Tapi di hari-hari terakhir hati saya menjerit ‘jangan tinggalkan mama Aqil’. Mulai saat itu hati mula berkata (walaupun samar-samar) seakan payah, kata kalau yang terbaik untuk dia ialah ‘pergi’ aku kena Redha.. kena bersedia.

Saya mula membaca ayat-ayat suci berkenaan memudahkan beliau.. Allahuakhbar (menggigil bila ingat semula saat itu).

Tenanglah Aqil di sana.. rehat ye sayang. Doa mama tidak pernah putus buatmu..

 

‘Menyiram Pusaramu Mama Tewas, Terbayang Mandikan Waktu Kecil..’ Azian Mazwan

IKLAN

 

Saat Menyiram Pusaramu Mama Tewas

Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas, terbayang memandikan dia waktu kecil & rupanya itu kubur anak aku.. ada batu nesan nama anak aku.

Lima anak lelaki.. mama kehilangan seorang. Alhamdulillah jenazahmu diangkat oleh adik-adik & abang-abang mu di samping saudara yang lain.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anak saya.

Alhamdulillah.. Rezeki Aqil

Ada yang datang & tersedia tanpa pengetahuan saya.. Terima kasih. Alhamdulillah, rezeki Aqil.

IKLAN

Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki kalian semua. Tak lupa kepada yang mendoakan, mengirim mesej & yang datang melawat dari jauh dan dekat dan terutamanya Doktor-doktor, nurses & staff nurse di ICU Hospital Serdang katil 13 dan ICU Hospital Selayang katil 9.

Terima kasih dari kami sekeluarga kerana menjaga arwah anak saya dengan baik.. Al Fatihah buat Mohd. Aqil Zulkarnain (09/10/1999-16/12/2019).”

 

 

Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 Disember lalu jam 11.30 pagi. Sebelumnya, Allahyarham di wad kan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motosikal pada 22 November lalu.

Kemalangan itu menyebabkan Allahyarham mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan bahi memulihkan hati dan limpanya.

Sumber/Foto : Azian Mazwan Sapuwan, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI