“Mengata orang boleh, tak tabayyun pun”. Nama Dipetik Suami Ustazah Affah, Amin Idris sedia ke mahkamah. Kontroversi dicetuskan oleh Ustazah Siti Afifah dan suaminya, Ustaz Zaidi Tohirin yang menuduh para suami dayus kerana membenarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki baru ini mencetuskan perdebatan ramai.
Ada yang bersetuju bahawa para suami harus menyediakan yang terbaik buat isteri tetapi masa yang sama, keperluan terdesak ketiadaan doktor wanita ketika mahu bersalin adalah hal perlu diambil kira kerana sakit bersalin bukan boleh ditangguh-tangguh kerana ia perjuangan hidup dan mati.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ustazah Tuduh Suami Dayus Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran, Ini Jawaban Mufti Hukumnya
Agak sering mengeluarkan kenyataan berbaur spekulasi melalui live di page mereka, Sunnah Tak Berbohong terkini Ustaz Zaidi Tohirin ada menyebut mahu menyaman personaliti tv, Amin Idris, Ustaz Danial dan beberapa nama lain yang mana dakwanya mereka ini telah memfitnah dirinya berkaitan beberapa isu kontroversi sebelum ini.
Dalam video terbarunya, Ustaz Zaidi berkata, urusannya dan Amin Idris “tidak habis di dunia” dan akan diperkatakan di hadapan Allah azzawajalla kelak. Bahkan dirinya memaklumkan Amin Idris bukan agamawan dan akan menyamannya di mahkamah. Dalam video yang sama, katanya, dia mahu bertemu personalit ini dan bersama-sama membacakan kitab AttibNabawi bersama-sama selain memaklumkan “jenayah” fitnah yang dilontarkan terhadap dirinya.
Tidak mahu berdiam diri berkaitan nama ini selepas namanya dipetik Amin Idris di instagramnya bersedia disaman bahkan peguamnya juga sudah bersedia untuk menghadapi hal ini.
Bahkan kata Amin Idris, tatkala pasangan ini mengata orang lain termasuk ulama, semuanya nampak ok bagi mereka tapi bila ditegur oleh mereka semua dituduh tidak tabayyun pula. Bahkan tulis Amin, bila mengata orang boleh. Bila para ilmuan tegur, ugut nak saman pulak, tulisnya.
Mereka mengata para doktor takper
Mereka tuduh para ulama’ takper
Mereka tuduh para suami dayus takper
Mereka menerakakan orang kerana ubat pun takper
Bila sendiri ditegur dengan fakta & dalil… eh eh tetiba tak tabbayyun pulak? Selama ni kau mengata orang ada tabayyun tak?
Bila mengata orang boleh. Bila orang kritik, ugut nak saman pulak. Sounds familiar
Patutnya bila para ilmuan dah tegur tu, at least ucaplah terima kasih. Ni tidak, pergi meroyan pulak di sosial media. Sunnah memang tidak berbohong. Tapi berbohong atas nama Sunnah tu ada.
Nak saman? Silakan. My lawyer is ready anytime
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dilihat ramai rakan artis menyokong pendirian Amin Idris ini dan ada bertanya kenapa SKMM tidak memanggil pasangan ini berikutan kenyataan dikeluarkan sebelum ini.
Apa pun kita tunggu apa kesudahan hal ini bersama-sama.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI