Bila sebut bab hidup bermadu, apa yang tergambar difikiran isteri-isteri saling bercakaran, suami berat sebelah, tak adil dalam soal nafkah dan banyak persepsi ‘seram’ yang dibayangkan.
Beza dengan isteri pertama ini, Nor Ilda Amiza Ismail (Mummy) yang ditakdirkan mengandung, menjalani rutin pemeriksaan kehamilan malah bersalin bersama-sama adik madunya. Ikuti pengalaman unik yang pernah wanita ini lalui sedikit masa lalu.
Dua Isteri Disahkan Mengandung Pada Masa Lebih Kurang Sama
19 April tarikh yang akan diingati selamanya. Lahirnya ‘kembar’ Muhammad Danish Hakeem Mohd Faizal dan Muhammad Rayyan Hadif Mohd Faisal.
Mummy hanya melahirkan seorang tapi dianugerahkan 2 orang putera dalam hari yang sama. Hanya berbeza masa. Pelik tetapi benar. Begitulah indahnya aturan Allah Al Baari.
Kami pergi check up bersama-sama. Di hospital dan doktor yang sama. Masih terbayang wajah confused doktor dan jururawat selepas mummy selesai diperiksa.
Mummy keluar bilik, adik madu pula dipanggil masuk. Tuan Suami pula terus duduk menunggu di dalam bilik doktor sambil berkata “Ini seorang lagi.”
Kalau mengikut EDD, Danish sepatutnya lahir akhir April dan Rayyan pula sepatutnya awal Mei. Namun, siapa pun tidak dapat menidakkan kuasa Allah. Kun faya kun.
Ads
Sebaik Isteri Pertama Bersalin, Isteri Kedua Pula Pecah Air Ketuban
Pukul 3 pagi 19 April mummy sudah ada tanda bersalin. Kontraksi sudah kerap. Kebetulan malam itu giliran Tuan suami di rumah mummy. Selepas solat Subuh, kami bergegas ke hospital.
Doktor datang periksa pukul 6.45 pagi. Danish dalam keadaan ‘fetal distress’. Sudah buang air di dalam rahim. Maka tepat pukul 8 pagi, lahirlah Muhammad Danish Hakeem secara c-sect. Danish ditahan sementara kerana perlu bantuan oksigen. Pukul 3 petang baru mummy dapat jumpa Danish.
Sedang Tuan Suami sibuk menguruskan mummy di wad, adik madu pula pecah air ketuban di rumah. Mujur ada adik ipar dan mak madu. Adik ipar yang tolong hantar adik madu ke hospital dan mak madu pula tolong jaga anak-anak di rumah.
Servis sudah bertukar tangan. Giliran Tuan Suami menemani adik madu pula di bilik bersalin. Akhirnya pukul 11 malam 19 April, lahirlah Muhammad Rayyan Hadif.
Pukul 3 pagi 20 April, barulah Tuan suami dapat berehat setelah selesai semua urusan bersalin kami berdua. 24 jam berjaga mengurus kami semua. Hari yang penuh pelbagai emosi dan rasa.
Tidak dapat rasakan apakah perasaan Tuan Suami ketika itu. Syukur pada Allah, beliau berjaya laksanakan tanggungjawab keluarga dengan baik walaupun berpoligami. Terima kasih banyak-banyak pada Tuan Suami. We love you so much.
Kisah mummy mengandung dan bersalin bersama-sama adik madu mungkin satu dalam seribu. Mujur tidak viral waktu tu.
Last but not least, Happy 4th Birthday Danish dan Rayyan! Kalian berdua hadiah hari lahir mummy yang paling berharga!
Mummy daddy ummi doakan anakanda berdua terus jadi anak soleh wa musleh, penyejuk mata, penawar hati kami dunia akhirat, aamiin..
Julia Farhana ikhlas bertudung kerana Allah. Syukur alhamdulillah pelakon yang baru saja mendirikan rumah tangga Julia Farhana Marin kini sudah berhijab.
Berkongsi dirinya memutuskan untuk berhijab bukannya paksaan atau permintaan daripada sesiapa. Tetapi terbuka sendiri dan berasa sangat tenang dan merasakan dirinya lebih dekat dengan Allah SWT.
Julia Farhana Ikhlas Bertudung Kerana Allah
Pada awalnya seperti yang diceritakan menerusi portal berita, Julia berniat untuk bertudung sewaktu Ramadan namun terbuka hati untuk mengenakan tudung pada masa ini.
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti, tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang.
“Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” kongsinya.
Suami Beri Dorongan
Julia turut menerangkan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32 pendorong dirinya berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin.
“Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” ceritanya.
Padam Gambar Tidak bertudung Di Instagram
Julia juga akui sudah memadam gambar tidak bertudung di akaun Instagramnya.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya setiap kali ada majlis harijadi, anak-anak lah yang paling seronok dan teruja nak tiup lilin yang ada pada kek. Baru-baru ini, viral video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh sampai tarik rambut ketika majlis hari jadi kerana berebut mahu meniup sebatang lilin yang ada pada kek tersebut. Momen tersebut sempat dirakam dan mendapat perhatian dunia.
Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Selepas video mereka menjadi viral, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.
Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.
MW: Adik beradik bergaduh lumrah semasa anak masih kecil. Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai rasa sayang dalam diri mereka, agar hubungan menjadi rapat bila dah besar nanti.
Kepala bayi terputus, badan tertinggal dalam perut ibu waktu dilahirkan. Satu kejadian tragis di sebuah pusat kesihatan di Sumatera Utara, Indonesia mengundang rasa pilu dan kemarahan masyarakat apabila seorang bayi dilahirkan dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan.
Kepala Bayi Terputus, Badan Tertinggal Dalam Perut Ibu Waktu Dilahirkan
Insiden mengejutkan itu kini menjadi perhatian ramai yang mendesak agar siasatan dijalankan segera terhadap pihak terlibat. Peristiwa itu dikatakan berlaku di Puskesmas Pinangsori, Kabupaten Tapanuli Tengah pada Isnin lalu, seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Dewi Purba.
Rakaman video yang tular memaparkan detik menyayat hati seorang bapa mendakap erat bayi kecilnya yang sudah dibalut dengan kain batik.
Beberapa pengguna media sosial menuduh kejadian berkenaan berpunca daripada kelalaian petugas kesihatan yang bertugas ketika proses melahirkan dilakukan.
“Tolong sebarkan supaya tiada lagi mangsa lain. Badan bayi tertinggal di dalam perut ibunya manakala kepalanya jatuh ke lantai.
“Keluarga mangsa menuntut penjelasan daripada pihak Puskesmas Pinangsori,” tulis pemilik akaun Uwiie Poetrysagita seperti dipetik Tribun Medan pada Rabu.
Menurut laporan, keluarga turut kecewa kerana mendakwa pihak pusat kesihatan terbabit gagal memberi penjelasan terperinci tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Hasil siasatan awal mendapati bayi seberat 4.2 kilogram itu sudah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan. Namun, perkara itu tidak disampaikan kepada kedua-dua ibu bapa kerana pihak perubatan bimbang mereka akan panik.
Walaupun begitu, proses kelahiran tetap dijalankan secara normal. Malangnya, kepala dan bahu bayi tersebut dilaporkan tersangkut ketika ditarik keluar sehingga mengakibatkan kepala terputus daripada badan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.