Hari ini sudah masuk hari kelima Allahyarham Siti Nur Surya meninggalkan keluarganya. Anak yang semasa hayatnya masih ada menjadi sandaran buat keluarga. Menjaga ibu sakit kanser, demi membolehkan adik beradik malah ayah meneruskan rutin harian mereka dengan aman.
Belum pun sempat menggapai cita-cita mahu menjadi pelukis pelan, remaja ini dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Rentetan pembunuhan itu, rakan sekolah Allahyarham telah ditahan reman selama 7 hari.
Kisah tragis anak baik ini tular sehingga mendapat simpati orang ramai, artis malah terbaru pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Pendakwah bebas ini berkesempatan menziarahi keluarga mangsa yang masih lagi berduka.
Ibu Allahyarham Siti Nur Surya sakit kanser otak tahap 3
Menjejakkan saja kaki ke kediaman arwah, Ustaz Ebit disambut dengan tangisan pilu ayah Allahyarham, Ismail Muda, 58 tahun.
Wajah sugulnya tak dapat disembunyikan. Malah, dalam salah satu gambar yang dikongsi Ustaz Ebit seakan beliau cuba menenangkan ayah dalam kedukaan yang tak tertahan-tahan.
Ayah Nur Surya Menangis Peluk Saya – Ebit Lew
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.
Ads
Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.
Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan.
Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga.”
Ayah Mohon Pembunuh Terima Hukuman Setimpal
Sebelum ini, ayah Allahyarham mengharapkan agar ‘orang’ yang menyebabkan kematian anaknya itu menerima hukuman yang setimpal.
Ads
Malah, sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan untuk membantu siasatan merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumahnya. Dan polis menahan seorang suspek, pelajar tingkatan enam, yang juga rakan sebaya arwah.
Malang tidak berbau. Seorang anak tidak tercapai hajatnya untuk membawa emak bagi mendapatkan rawatan apabila mereka terlibat dalam kemalangan sebelum sempat tiba di klinik. Kemalangan itu telah meragut nyawa sang anak dan emaknya pula cedera parah. Ternyata telah tiba waktunya, dia pergi dahulu dijemput Ilahi.
Kejadian yang berlaku di sebuah selekoh ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang berlopak dan akhirnya membuatkan pemuda ini gagal mengawal motosikalnya. MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang soleh.
Pemuda Maut & Ibunya Parah Terlibat Kemalangan
Pemuda maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Kampung Ewa, Langkawi, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohammad Rosidi Rohim, 29, disahkan maut di tempat kejadian, manakala ibunya, Che Su Said, 61, parah.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian dua beranak itu dalam perjalanan dari Felcra Kok ke Klinik Ayer Hangat bagi mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapi warga emas itu.
Gagal Mengawal Motosikal
“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang laju gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh pagar rumah penduduk.
“Akibat rempuhan kuat, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik, manakala ibunya patah kaki kanan,” katanya ketika dihubung hari ini.
Mohd Iqbal berkata, mangsa maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat, manakala wanita warga emas itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
“Siasatan di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan berlopak dan berselekoh serta ada garisan berkembar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Keadaan jalan raya yang berlopak dan tak diselia dengan baik kadang-kadang membahayakan nyawa penunggang motosikal dalam diam. Oleh itu, sebagai penunggang motosikal berhati-hatilah setiap kali menghampiri selekoh atau menggunakan jalanraya. Sayangilah insan tersayang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alasan tak logik suami mahu bercerai menimbulkan rasa tekanan buat isteri. Mana tidaknya kadangkala alasan yang diberikan membuatkan kaum hawa hilang keyakinan diri. Hakikat sebenar, ada segelintir suami yang berlaku curang namun tidak mahu mengakui hal tersebut.
Dalam kehidupan rumah tangga, ujian sentiasa hadir seperti air yang mengalir. Dugaan rumah tangga yang paling hebat adalah pergaduhan hingga menyebabkan perceraian.
gambar hiasan
Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai
Langit tidak selalunya cerah. Ada kalanya panas dan hujan. Tidak kurang juga mendung dan ribut. Demikianlah juga keadaannya dengan alam perkahwinan dan rumah tangga. Bahagia atau derita, lumrah kehidupan suami dan isteri.
Seperti mana perkongsian menerusi akaun Facebook Rabiatul Adawiyah Ramli ada persolan yang dikemukan kepada Puan Rabiatul tentang suami yang mahu menceraikan isteri dengan alasan bentuk badannya.
Ikuti perkongsian tersebut yang boleh menjadikan panduan buat wanita di luar sana yang melalui perkara yang sama. Moga bermanfaat!
Isteri Kurus Macam Pramugari Mahu Diceraikan
“Stress saya puan, suami saya nak ceraikan saya sebab bentuk badan saya. Padahal dia yang dah ada orang lain. Boleh ke saya tak setuju?”
Jawapan saya :
“Saya pun stress dengan soalan ni. Saya ingatkan bentuk badan dia shomel/chubby, rupanya selim melim tinggi lampai macam pramugari. Eh rasa nak gari je suami dia ni.
“Oklah straight to the point.
Ini bukan punca alasan perceraian yang munasabah + ini adalah 1 kesalahan kerana body shaming. Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dalam keadaan ini, puan boleh untuk tidak setuju dan berikan alasan puan sebab apa tidak setuju untuk bercerai masa di Mahkamah nanti. Tak kisahlah tuntutan perceraian yang akan difailkan oleh suami nanti tuntutan cerai melalui persetujuan bersama, Hakam atau Fasakh.
Memang talaq ada pada suami dan suami boleh sahaja melafazkan talaq bila-bila masa sahaja walau tanpa kebenaran Mahkamah. Tapi apabila itu berlaku, lafaz talaq tersebut perlu disahkan di Mahkamah dan suami tersebut akan dikenakan penalti oleh Mahkamah kerana jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Kenali Alasan Mahu Diceraikan
Namun, puan juga boleh untuk bersetuju sekiranya terdapat sebab-sebab lain yang menunjukkan bahawa PUNCA PERCERAIAN adalah disebabkan puan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini puan juga boleh menyatakan alasan dan sebab mengapa puan bersetuju terhadap tuntutan.
Selain itu, puan juga boleh memfailkan tindakan terhadap pihak ketiga tersebut sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi membolehkan kertas siasatan dan pendakwaan boleh dibuat. Kerana ia merupakan kesalahan Jenayah di bawah Jenayah Syariah yang memperuntukkan “mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”
Jika inilah alasan kepada sebab puan diceraikan, puan layak terhadap semua tuntutan yang dibenarkan undang-undang dan ianya selari dengan Hukum Syarak!
Seruan dirikan solat hajat serentak selepas solat Jumaat demi keadilan buat Zara Qairina. Seluruh negara diseru dirikan solat hajat serentak demi keadilan buat Zara Qairina Mahathir, remaja perempuan berusia 13 tahun yang meninggal dunia dalam insiden menyayat hati di asrama sekolahnya.
Seruan Dirikan Solat Hajat Serentak Selepas Solat Jumaat Demi Keadilan Buat Zara Qairina
Solat hajat ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025, selepas solat Jumaat, di seluruh masjid di Malaysia. Seruan ini turut memohon agar semua imam masjid memimpin solat hajat selepas solat Jumaat, sebagai ikhtiar rohani bagi memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah SWT.
Di sebalik poster dan tanda pagar #JusticeForZara, terselit kisah duka seorang ibu – Noraidah Lamat, 45 tahun, yang masih mencari jawapan atas pemergian anak tunggalnya, Zara Qairina, secara mengejut dan penuh misteri.
“Saya mahu persoalan yang berlegar di kepala berhubung punca sebenar kematian anak saya… bernoktah,” luah Noraidah, yang nekad mahu menggali semula kubur anaknya demi menjalankan bedah siasat.
Anak perempuan yang selama ini ceria, bijak dan dihantar menuntut ilmu di sekolah agama asrama penuh, kini pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, pengebumian Zara dilakukan tanpa bedah siasat kerana tiada siapa yang mencadangkan langkah itu kepada ibu bapanya yang ketika itu masih terkejut dan trauma.
Namun, semakin hari, semakin banyak persoalan yang timbul. Maka, sebagai seorang ibu, Noraidah memilih untuk tidak berdiam diri. Beliau kini mengharapkan siasatan yang telus dan adil daripada pihak berkuasa, demi memberi keadilan kepada arwah anaknya.
Dalam usaha ini, doa orang ramai amat diperlukan. Solat hajat yang bakal diadakan ini adalah lambang solidariti rakyat Malaysia, khususnya para ibu dan wanita, terhadap perjuangan seorang ibu yang kehilangan cahaya mata kesayangannya.
Kepada semua pembaca Mingguan Wanita, marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan sujud memohon pada Yang Maha Adil. Moga yang benar terbukti dan yang salah dihukum sewajarnya.
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.