Pengesahan jantina selepas kelahiran bayi sangat penting dalam dalam menentukan kehidupan bayi pada masa akan datang. Akibat kesilapan perubatan boleh merubah segalanya.
Siapa sangka seorang ‘wanita’ dari Arab Saudi hanya menyedari bahawa dia sebenarnya seorang lelaki selepas 21 tahun dilahirkan disebabkan oleh ‘kesilapan perubatan’, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Alat Sulit Lelaki Tersembunyi Dalam Perut
Menurut saluran televisyen Al Ekhbariya, individu berkenaan tidak mengetahui bahawa dia mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.
Semasa kelahirannya di sebuah hospital kerajaan di Riyadh, dia mengalami beberapa kecacatan pada bahagian kemaluan.
Bagaimanapun, doktor menyangka bayi itu adalah perempuan dan keluarganya menamakannya sebagai Randa Shabeli.
Bagaimanapun, semasa umurnya semakin meningkat, Randa semakin curiga apabila dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda akil baligh seorang wanita.
Apabila mengunjungi hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh, dia terkejut apabila diberitahu memiliki alat kelamin lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.
“Pada awalnya, perasaan saya sama sekali pelik, seolah-olah mereka berbohong kepada saya. Ia tidak logik seolah-olah kembali memulakan hidup. Nama dan identiti baharu, tiada kawan dan saudara-mara.
“Kini, saya sepatutnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kemaluan yang tersembunyi. Seorang doktor mengesyorkan saya perlu pergi ke Britain untuk pembedahan,” kata Randa.
Failkan Aduan
Menurut Al Ekhbariya, keluarga Randa memfailkan aduan kepada bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, namun tiada tindakan diambil.
Ads
Bapanya berkata, dia cuba menghubungi hospital tempat Randa dilahirkan tetapi tidak berjaya.
Mingguan Wanita:Tak sangka ada juga kes sebegini. Siapa sangka dilahirkan sebagai ‘wanita’, membesar sebagai wanita’ ‘rupanya secara biologinya adalah lelaki. Kasihan sungguh.
“Badan tidak kotor, kurang bersenam.” Wanita ini memilih untuk mandi tiga kali seminggu kerana badannya tidak begitu kotor kerana aktiviti hariannya yang terhad.
Namun tabiat wanita yang hanya mandi tiga kali seminggu ini mendapat perdebatan hebat apabila rata rata netizen berpandangan badan tetap berbau biarpun tidak kotor.
Badan Tidak Kotor, Kurang Bersenam
Seorang wanita yang mengaku mandi hanya tiga kali seminggu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Wanita itu menghadiri forum keibubapaan Britain, Mumsnet untuk menjelaskan bahawa dia hanya mandi pada dua hari bekerja dan satu hari lagi ketika hujung minggu.
Perkara tersebut mendapat rungutan daripada seorang rakannya kerana dia mempunyai seorang bayi.
Dia tidak kisah berkenaan perkara tersebut walaupun mempunyai dua anak lain yang sudah besar.
Menerusi perkongsiannya, kegiatannya setiap hari tidak memerlukan senaman yang berat dan hanya akan mandi sekiranya pergi ke gimnasium atau berbadan kotor.
Pengulas-pengulas di forum tersebut turut berbeza pendapat mengenai tindakan wanita itu dengan ada yang mendakwa bahawa mereka boleh menghidu bau hapak daripada orang yang tidak mandi setiap hari.
Untuk Mandi Tiga Kali Seminggu
“Saya bekerja secara sambilan. Rutin harian saya adalah bermain di rumah, membawa anjing berjalan-jalan, menghantar anak ke sekolah dan mungkin ke taman.
“Saya mandikan anak saya tiga kali seminggu. Pasangan saya bersenam setiap minggu jadi dia lebih kerap mandi daripada saya,’’ jelas wanita itu. – Agensi
Mingguan Wanita : Mujurlah kejadian ini berlaku di luar negara, kalau di Malaysia mungkin wanita ini tidak mampu bertahan dengan cuaca di negara ini.
Resepi Murukku Meletop, Sekali Hadap Je Tak Sedar Dah Habis!Makan murukku memang ‘berhantu’. Krup krap makan, sekali hadap je sebalang besar pun boleh habis. Mudah sebenarnya nak buat murukku sendiri di rumah. Lebih puas hati dan berbaloi berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ini sebagai panduan;
Resepi Murukku Meletop! Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak-anak sambil tengok cite, tak sedar dah abis. Adunan saya ni boleh la dapat sebalang besar tu. Sekejap sangat goreng je.
Kalau nak buat lebih nanti boleh gandakan ye adunan ni. Saya guna resepi dari samida tapi ada sedikit ubahsuai dari saya. Mashaallah memang kruk krak dan sedap. Semoga Allah murahkan rezekinya.
Bahan-Bahan:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan cair – air ni boleh letak sikit-sikit shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai
Cara Membuat:
1. Tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur.
2. Satukan bahan-bahan kering, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin cair, telur dan santan cair. Gaul lagi hingga jadi doh lembut yang tak lekat kat tangan.
3. Panaskan minyak masak, sebelum pusingkan adunan ramas-ramas dulu daun kari masuk dalam minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada murukku kita nanti. Pusing adunan dah kekuningan boleh angkat.
Baru-baru ini media sosial dihujani dengan info tentang HFMD, sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya menyerang anak-anak berumur 10 tahun ke bawah.
Tetapi tak pelik ya, orang dewasa pun ada yang jadi mangsa penyakit ini. Kalau si kecil yang kena, kesannya anak sampai tak mahu menyusu atau makasebab kudis dalam mulut yang sangat menyakitkan.
Jadi sebelum anak-anak jadi mangsa, mak ayah sila ambil peduli macam mana tanda-tanda awal dan apa yang patut buat dengan menggali ilmu daripada Dr Ezairy M.Sallih ini…
Ramai antara kita yang amat risau dengan penyakit ini. Bagaimana langkah pencegahan dan apa pula rawatan terbaik? Apa bahayanya kepada anak-anak?
1. Sejenis jangkitan virus
Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71)
2. Simptom yang perlu diberi perhatian
Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD.
3. Hati-hati dengan kaedah jangkitan
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ini termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati!
4. Kawal dan asingkan anak-anak
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
5. Rawatan terbaik
Kes HFMD yang dikenalpasti peringkat awal dan biasanya akan mampu sembuh dengan sendirinya. Namun, sekiranya anda menemui gejala yang saya sebut di atas, segera bawa ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.
Jangan biarkan sendiri di rumah tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.
6. Kebersihan rumah sebagai pencegahan
Ini pun penting. Penyebaran jangkitan HFMD amat berkait rapat dengan faktor kebersihan diri dan persekitaran. Ia lebih mudah berjangkit pada persekitaran ramai orang dan sesak. Pastikan rumah bersih dan elak ke tempat ramai orang.
Haaa… jangan baca saja ya, mohon sebarkan kepada mak ayah yang lain untuk langkah berjaga-jaga. Jom sama-sama cegah sebelum anak-anak merana!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...