Wanita ini, Ila Nursalida Ali Amran merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini sudah dua tahun menetap sementara di Doha, Qatar. Beliau menyambung pengajian dalam peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UTM dengan kajian berkaitan kesejahteraan suri rumah berpendidikan tinggi di Malaysia.
“Yelah, golongan wanita yang berpendidikan tinggi ni apabila membuat pilihan songsang yang lari dari kebiasaan akan menghadapi beberapa dilema. Jadi, kes ini unik untuk saya kaji.”
Berkongsi catatan berkaitan apakah sebenarnya keperluan suri rumah sepenuhnya pada zaman ini. Dan inilah hakikat yang dihadapi oleh isteri yang bergelar suri rumah.
Ada betulnya, Isteri yang bekerja berhenti kerana mahu menjadi suri rumah. Dan akhirnya terpaksa melakukan kerja sampingan juga ketika dirinya sudah bergelar suri rumah.
Ini Realiti Suri Rumah Sepenuh Masa
Realiti suri rumah sepenuh masa zaman ini;
Ads
1. Suri rumah sepenuh masa memilih untuk menjadi suri rumah atas dorongan beberapa faktor. Antaranya sebab nak tumpukan perhatian kepada keluarga sepenuh masa, nak jaga anak sakit atau berkeperluan khas, nak jimatkan ekonomi keluarga dan sebagainya.
2. Latar belakang pendidikan suri rumah sepenuh masa ramai juga berpendidikan tinggi. Jadi keputusan yang dibuat untuk jadi suri rumah bukan sebab takde kerja, tak dapat kerja atau memilih kerja. Kami cuma rasa kesukaran untuk seimbangkan antara kerjaya dengan rumahtangga. Struggle tu memang yang tahu je tahu. Tak semua yang alaminya, tapi memang ada yang tak mampu nak hadapi.
3. Tapi bila dah jadi suri rumah sepenuhnya ni, tekanan yang dihadapi adalah tentang kerja. Orang asyiklah tanya, jadi suri rumah takde buat kerja apa-apa ke, jadi suri rumah jer ke, ruginya belajar tak keje. Kesiannya kene jadi suri rumah. Dak dak jaman now kata, alahai Lemmah.
4. Jadi kerajaan pon selalu la cari jalan macamana nak bagi suri rumah ni ada kerja balik. Bagi la macam-macam insentif dekat suri rumah untuk suruh diorang bekerja. Syarikat-syarikat swasta lain pon sama, suka highlight suri rumah kalau kerja dengan syarikat diorang mampu jana pendapatan 5 angka, suri rumah pun mampu berjaya dalam kerjaya. Itulah yang diorang putar-putar canangkan.
5. Aduih, teruslah suri rumah sepenuhnya nih jadi pening. Ritu diorang dah elok-elok kerja diorang berhenti jadi suri rumah sepenuh masa. Kemudian dah jadi suri rumah sepenuh masa kene pressure pulak suruh kerja balik.
6. Itulah, tukang pressure ni kene rujuk balik point no 2 tadi. Suri rumah sepenuh masa ni memang pilih tak nak kerja sebab workload kerja jadi suri rumah tu dah banyak sangat. Kami tak mampu nak seimbangkan banyak kerja dalam satu masa. Kemampuan tu takde. Salah yer kalau tak mampu. Memang wanita kene jadi superpower ke semuanya. Tak boleh ya nak bebas memilih nak buat apa?
Ads
7. Jadi apa suri rumah sepenuh masa perlukan sebenarnya? Kami mahu, semua pihak memandang realiti semasa kami ini. Dan Kami tidak mahu ditekan untuk keluar bekerja. Kami akan keluar bekerja bila kami sudah bersedia. Sabar ok?
8. Buat masa kami jadi suri rumah sepenuhnya ini kami perlukan sokongan. Sokongan untuk pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
Latihan Berdasarkan Kerjaya
9. Yelah kalau pekerja-pekerja kan biasanya diorang ada kursus-kursus pelatihan tertentu berdasarkan kerjaya. Kami nak juga. Dan kami nak la ada latihan-latihan mengurus emosi, mengurus masa, menjaga penampilan diri, kursus keibubapaan dan sebagainya. Kami kadangkala nak juga ada masa sendiri nak lepak-lepak dengan member sesama suri rumah minum2 kopi, nak jalan-jalan sendiri. Tapi nak hadiri latihan, nak lepak minum-minum anak-anak kami yang kecil ni, nak letak kat mana? Siapa nak jaga pula. Alahai.
10. Sajalah nak bagitahu, dekat negara luar diorang ada pusat sokongan komuniti. Biasanya bila mak-mak nak ada masa sendiri dalam 3-4 jam pusat sokongan komuniti nih oleh bantu tengok-tengokkan. Boleh la tinggalkan sekejap. Selamat dan sejahtera anak-anak mereka. Harapnya kat negara kita ni boleh la buat macam ni. Mesti ibu suri semua happy.
Itujerlah nak kabo.
Salida Amran, Ibu CEO
Bila ibu sejahtera, seluruh bandar akan turut sejahtera.
#myphdjourney
#surirumahrahmah
#masihibusuri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan puasa ini bukan main berbelanja sakan, lepas raya jatuh sengkek. Alasannya sambut raya setahun cuma sekali, maka yang sekali itulah mak mak kena raikan dengan sakan.
Persiapan raya kena paling tip top, belanja sakan asalkan kita jadi makhluk paling meriah Aidilfitri nanti. Tukarlah segalanya serba baru. Tak ada pun yang tertinggal. Baju baru, kasut baru, dekor rumah baru, segalanyalah serba baru.
Hujung-hujung.. kita melopong sebab duit makin susut. Jadilah kita makhluk paling sengkek walaupun gaji baru je masuk beberapa hari.
Walaupun ini kaedah lama, tapi keberkesanannya masih tersangatlah relevan untuk mak-mak. Bahagikan kepada sampul bajet hari raya.
Dalam bajet hari raya bahagikan lagi kepada sampul duit raya, belanja dapur, balik kampung dan sebagainya. Sediakan untuk sambutan selama beberapa hari.
Asingkan juga sampul untuk perbelanjaan lepas raya. Yang itu tak boleh usik isinya melainkan telah habis anda beraya sakan.
Siap-siap Sediakan Barang Dapur
Bermakna anda sudah membeli untuk advance lepas raya. Misalnya beras, telur, sardin tin, bawang, ikan bilis dan sebagainya. Yang mana, ini untuk kegunaan lepas raya.
Jika terover belanja sekali pun anda sudah ada makanan kering yang boleh menampung keperluan harian selepas raya. Tak perlu lagi susah hati ketakcukupan bahan makan.
Tahan Hati, Nafsu Dan Emosi
Tiga benda ini kalau orang perempuan tak jaga ikutkan kehendaknya memang boleh ‘meletop’. Sebab itulah kena belajar tahan keinginan. Hish! Kalau ikutkan memang semualah nak dibeli.. Kesian anak tak pernah rasa.
Lagipun bukan selalu beli. Setahun sekali je. Haa.. fikiran macam inilah yang paling bahaya. Boleh jadi punca belanja sakan tak hengat nanti. Kena ingatkan diri, belanjalah seadanya. Tuhan sayang orang yang tak membazir.
Walaupun tip ini ringkas, namun jika mak-mak tak kawal belanja tu dari awal.. ia boleh jadi amat menyakitkan lepas raya nanti. Jangan pulak set kat kepala nak guna duit raya anak. Sebab ustaz kata, kalau dah terpakai mak ayah wajib ganti tau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengorbanan seorang suami, nekad menahan bahang kebakaran demi selamatkan isteri daripada terkorban dalam insiden kebakaran yang berlaku di Beijing.
Kisah cinta sejati ini cukup meruntun jiwa apabila suami yang berjuang menyelamatkan isteri akhirnya pergi jua buat selamanya setelah mengalami kecederaan yang teruk.
Nekad Menahan Bahang Kebakaran
Pengorbanan seorang suami yang cuba melindungi isterinya ketika terperangkap dalam satu kebakaran meruntun hati apabila lelaki itu akhirnya meninggal dunia, lapor laman berita Mothership.
Insiden di Nanjing dalam wilayah Jiangsu, China itu menyaksikan si suami nekad memegang lengan isteri yang tergantung di luar balkoni rumah mereka di tingkat tiga blok kediaman sambil menahan bahang kebakaran yang menyambar dari dalam.
Wanita itu tidak dapat keluar dari bilik tidur apabila kebakaran berlaku dan dan cuba memanjat turun dari balkoni.
Menurut saksi, pasangan ini telah berkahwin lebih sedekad dan mempunyai tiga anak yang dibesarkan di kampung oleh ibu bapa Chaochan.
Mereka menyewa bilik di flat tersebut namun hanya kediaman pasangan itu yang terbakar dalam nahas tersebut.
Keluarga mangsa berjaya mengumpul AS$157,000 (RM662,147) melalui platform dana khalayak atau crowdfunding, Shuidichou untuk membantu menampung bil perubatan mereka. – Agensi
Untuk elakkan daripada kebakaran berlaku di rumah, sediakan pemadam api. Sekurang-kurang jika berlaku sesuatu tidak diingini mak ayah bersedia.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Kalau nak tegur orang yang suka up gambar selfie, nanti dikatakan kita ini jeles. Tak pun dituduh sibuk hal tepi kain orang.
Tetapi agak-agak kalau baca perkongsian daripada bekas tukang urut, Puan Nurul Marjan, anda rasa berbaloi ke upload gambar selfie di media sosial. Jemput baca…
Nota Buat Anda Yang Suka Up Gambar Selfie
Hati-hati bagi yang kerap sangat upload selfie. Dulu masa aktif mengurut, penat juga saya nak repair masalah ‘ain kat wajah customer ni. Yang cara naik jerawat melampau tak sembuh-sembuh, yang kepala penuh dengan bad energy sampai muka kusam tak ada seri, fikiran sentiasa blank, mata pula kelabu (penglihatan tak jelas), yang keluar abu debu mayat masa kena urut pun ada. Yang ada risiko kena Bell Palsy/ Stroke muka, hampir 90% ada. Ini juga kemungkinan berpunca dari kesan penyakit ‘ain terhadap wajah kita secara langsung atau tidak. Yang berdepan atau virtual, dua-dua menyumbang kesannya yang tersendiri.
Boleh dikatakan risiko kepada mereka yang suka selfie ni, kebanyakannya dah resap, serap energi negatif makian atau segala jenis ‘ain secara tak langsung dari alam maya kerana sikap mereka sendiri menjengkelkan. Jangan lupa bahawa kita sendiri yang mengundang. Tak semua orang suka, walaupun komen seumpama puji tinggi melangit, belum tentu hati berkata yang benar walaupun sememangnya nampak cantik, flawless kebabom. Kadangkala, boleh termasuk frekuensi bisikan orang lain dalam hatinya yang macam-macam.
“Kau tunggu lah, kena jugak (sihir) nanti.”, “Eh, dia ni macam lah lawa sangat..”, “Menyampah betul lah minah ni, asyik selfie je macam dia sorang je kat dunia ni”, pelbagai ungkapan lagi.
Macam Ada Penyakit Disorder
Saya pun SEJUJURNYA boleh meluat juga kalau yang 10x sehari duk selfie. Jadi saya hidekan saja orang yang suka selfie overdose ni. Selain makian orang pun saya boleh dengar ke telinga saya, baik saya hide dari ter-akses channel tak sepatutnya.
Yang suka selfie ni nampak macam ada sejenis penyakit disorder pun ya, ada namanya, Selfitis/ Narcissist…
Okay, tak suka post ni? Tapi itulah realiti. Boleh baca di komen, apa kaitan kata hati orang yang berbaur negatif dan kesan dia kepada diri kita.
Amacam, tetap nak selfie juga? Boleh. Ada doa-doa dan adabnya bagi mengelakkan ‘ain. aib, fitnah dan sihir. Cuma, niat tu kena tahu untuk apa, janganlah niat kita sendiri yang mengundang. Ada saya share amalan-amalan elakkan 4 perkara ni sebelum ni. Namun jika masih enggan dan degil untuk terima kenyataan dan realiti akan risiko ini, tak apa.. teruskan sahaja selfie tanpa protection. Wajah anda, tanggungjawab anda. Kalau huduh, buruk pun, sendiri tanggung. He he he.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.