Malah meninjau Instagram ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini juga sebenarnya sudah mula bertudung sejak beberapa bulan lalu.
Tahniah diucapkan buat Mawar MW ucapkan dan semoga Mawar terus istiqamah dengan penghijrahan ini.
Selain Raden Muhammad Rafael sebelum ini Raf pernah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4.
Memang ada benarnya tak ternilai perasaannya bila kita dapat sesuatu perkara atau benda itu hasil usaha kita sendiri. Walaupun tak besar mahupun tak banyak nilainya, tapi puas bila guna duit sendiri.Hidup juga satu pilihan sama ada mahu jalan mudah bergantung pada orang lain atau berusaha sendiri.
Itu antara pendirian yang dikongsikan oleh Pelakon dan Pengacara Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 27 atau lebih dikenali dengan nama panggilan Uyaina Arshad dalam Intagramnya baru-baru ini.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.”
“Kalau dari kecik dah dididik nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?”
Ujar gadis cantik berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya ini lagi, perempuan sering dilabel sebagai ‘pengikis’. Hakikatnya menjadi seorang pengikis tak mengenal jantina baik lelaki mahupun perempuan.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.”
Anak bongsu daripada empat beradik ini juga menitipkan pesan agar perempuan perlu bersikap realistik dan harus ada duit poket serta sumber pendapatan sendiri walaupun tak banyak.
“Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita tak nak anak-anak kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.”
“Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri. Kan?”
“Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita-wanita hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua “
Perkembangan terkini, Uyaina merupakan Pengacara bagai rancangan realiti Ratu Hijabista bergandingan bersama pelakon Fikry Ibrahim, yang mula bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
MW: Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Uyaina ini. Pengikis tak mengira jantina, baik perempuan mahupun lelaki. Prinsip hidup adalah pilihan sama ada mahu jalan mudah atau berusaha sendiri. Paling penting orang perempuan kena ada duit poket dan sumber pendapatan sendiri, tak bergantung harap pada orang lain.
Sedari awal Tok Tam teringin sangat nak ke Cameron Highlands, oleh sebab itu dia sanggup naik kereta yang sama dengan yang lain walaupun kereta penuh.
Pada awalnya Fatimah Mat Isa atau Tok Tam menaiki kereta bersama cucu saudaranya. Begitulah, sudah tiba ajalnya, tak lambat walaupun sesaat serta tak mampu dihalang.
“Saya ada cakap ramai sangat jumlah naik kereta itu, tetapi Tok Tam yang awalnya menaiki kereta bersama kami sewaktu ke Pulau Pangkor, teringin sangat hendak ke Cameron Highlands,” kata Muhammad Hilme Zakaria.
Muhammad Hilme, 29, adalah cucu saudara kepada Fatimah Mat Isa, 68, yang mesra dipanggil Tok Tam iaitu seorang daripada tujuh mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke Cameron Highlands, semalam.
Tambah Muhammad Hilme, dia terkejut menerima perkhabaran berhubung kejadian itu daripada anak kepada Fatimah pada 6.30 petang semalam.
“Kali terakhir kami bertemu mereka di jeti ketika pulang dari Pulau Pangkor ketika mahu mengambil barangan mereka untuk dibawa pulang memandangkan mereka menaiki kenderaan itu seramai 10 orang.
“Oleh kerana Tok Tam teringin sangat hendak ke Cameron Highlands, dia naik kenderaan sama dengan mereka yang lain manakala saya dan keluarga pulang ke Kulim,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang, Kulim.
Di samping itu, menurut Muhammad Hilme, biarpun sedih dengan kejadian menimpa ahli keluarganya itu, dia pasrah dan mendoakan segala urusan pengebumian semua jenazah dipermudahkan.
Sementara itu, isterinya, Norazila Abdul Karim, 27, berkata mereka bertolak dari Kulim ke Pulau Pangkor bersama dua keluarga terbabit dalam nahas itu pada awal pagi Ahad lalu dengan menaiki dua kenderaan berasingan.
Dia berkata, mereka merancang percutian bersama ke Pulau Pangkor sejak seminggu lalu, namun dua keluarga berkenaan meneruskan percutian ke Cameron Highlands pada Isnin lalu.
“Sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Tok Tam beberapa kali ajak kami ke Cameron Highlands, tapi kami tak boleh pergi sebab suami bekerja pada Selasa.
“Jadi, pada Isnin kami pulang ke Kulim manakala mereka pergi ke Cameron Highlands dan dikatakan akan pulang ke Kulim semalam,” katanya.
Menurutnya, sepanjang berada di Pulau Pangkor, Tok Tam sering mencium dan belanja dua anak mereka macam-macam sehingga dia merasakan agak pelik dengan sikap ditunjukkannya itu.
Katanya, apabila mendapat tahu kemalangan menimpa arwah, barulah dia sedar mungkin itu petanda warga emas itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.
Jenazah tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Kulim, dalam satu liang lahad pada 8.30 malam ini.
Kesemua jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada 6.15 petang.
Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan dibenarkan hadir menziarahi jenazah. Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu.
Selain tujuh maut, kemalangan pada 5.30 petang itu turut menyebabkan dua lagi parah, manakala seorang dirawat di zon kuning selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.
Mangsa yang cedera dan masih dirawat di HRPB, Ipoh dikenal pasti sebagai anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Shah, 11 dan seorang remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai ‘Apit’, 16.
MW: Alhamdulillah urusan pengebumian telah selesai. Sekali lagi MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah. Semoga Allah mengurniakan ketabahan buat adik Haziq yang kehilangan ibu, ayah dan adiknya.
Baru-baru ini selebriti popular Siti Sarah Raissuddin telah meluahkan perasaannya dan menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual menerusi akaun Instagram milik selebriti ini.
Malah Sarah juga meluahkan rasa kesal semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.
Ada Yang Sanggup Jatuhkan Air Muka
“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni.
“Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkan buah dada, mengenakan pakaian separuh bogel dan sampai sanggup menjatuhkan air muka.
“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkan maruah kita,” luahnya .
Luah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan.
“Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi dan jahil, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncang, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.
“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya.
“Saya Sendiri Dah Naik Menyampah”
Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi.
“Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyampah.
“Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.