Masker Serum Pisang Berangan Rawat Kulit Berparut, Lepas 20 Minit Tepek, Bilas Untuk Kesan Lebih Mulus

Buah pisang berangan itu bukan saja boleh dimakan, rupanya sangat-sangat berkesan untuk merawat kulit bermasalah seperti berparut akibat kesan jerawat. Caranya jadikan masker serum pisang berangan.

Inilah petua rawat wajah yang dikongsikan oleh Rusmida Rusdi. Katanya masker rawat kulit jadi halus tanpa parut dan lebih cerah.

Nak kulit muka sihat, cerah dan sentiasa BERSINAR, korang patut cuba. Rasa nak sentuh sentuh je pipi selalu tau.”

Mak-mak Kena Sediakan Bahan Ini

1/2 pisang berangan
3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
1/2 sudu kecik kulit kayu manis
1 sudu kecik madu
1 sudu air masak

IKLAN

 

Buatnya Ikut Cara Ni

1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
2. Last letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
3. Cuci muka dan tangan.
4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangad muka akan lebih mulus dan cerah.

KHASIAT:

Pisang

1. Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
2. Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
3. Cerahkan kulit muka.

IKLAN

Madu

1. Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
2. Lembap kan kulit yang kering.
3. Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
4. Remajakan kulit dari nampak tua.

Kulit Kayu Manis

1. Menghilang garis halus.
2. Menghilangkan parut hitam atau putih.
3. Mencerahkan kulit.
4. Menghilangkan jerawat.

IKLAN

Serum

1. Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
2. Remajakan kulit.
3. Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.

Silalah share untuk kulit mulus sebelum raya tiba. Amalkan tau bahan dapur saja.

Sumber/Foto/Video : Rusmida Rusdi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI