Masker Bunga Melur Dan Minyak EPO Mujarab Singkirkan Jeragat Degil, Parut Jerawat

Bila umur dah meningkat, jeragat degil pun mula naik dekat bahagian pipi dan sekitar mata terutamanya. Salah satu cara mengurangkan jeragat, parut jerawat di muka adalah dengan memakai masker. Kali ini Mingguan Wanita cadangkan Masker Bunga Melur dan Minyak EPO (Evening Primrose Oil).

Petua alami ini dikongsikan oleh Pengasas Jamu, Suzy Honey Herbs, Puan Suzima Hazish. Katanya, inilah cara untuk mendapatkan kulit yang halus mulus dan bersih cerah dengan cara tanpa chemical dan merosakkan kulit wajah.

Ini adalah antara amalan saya ketika saya rajin dan apabila outstation. Malam-malam rehat tak ada apa-apa, saya pun pakai le masker atau skrub ini.”

Bahan-bahan Masker Bunga Melur Dan Minyak EPO

Bunga melur atau jasmine. “Saya keringkan dan jadikan serbuk. Ambil dalam 2 sudu besar serbuk bunga melur.

IKLAN

2 kaspul minyak EPO

Caranya:

1. Campur minyak EPO tu ke dalam serbuk tadi dengan sedikit air dan sapukan ke muka.

2. Biarkan seketika dalam 5 minit. Kemudian urutkan muka secara perlahan-lahan sehingga kita dapat rasa muka sudah pun bersih.

IKLAN

3. Selepas itu cuci dengan pencuci muka anda.

Nanti..

√    Boleh rasakan perbezaan sebelum dan selepas.

IKLAN

√    Sesuai untuk kulit muka yang kering dan berjeragat dan berparut jerawat.

√    Boleh diamalkan setiap 2 minggu sekali.

Sumber/Foto : Suzy Honey

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI