Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya umat Islam dari seluruh dunia sentiasa mendoakan agar pendemik Covid-19 ini terhapus segera. Seterusnya dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka seperti kebiasaannya.

Situasi ini amat janggal, biasanya di bulan ramadan dua masjid ini dipenuhi jemaah serata tempat namun gara-gara Covid-19 segalanya terhalang. Pasti ada hikmah atas setiap ketentuan Allah.

Imam Besar Masjidil Haram turut meminta umat Islam mendoakan situasi pendemik ini segara berakhir dan masjid dapat beroperasi seperti asal.

Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Riyadh, dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.

IKLAN

“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam bahawa keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

IKLAN

Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik ini cepat berakhir.

Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga ALLAH melindungi mereka,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah serta ibadah umrah bagi mengekang penularan Covid-19.

IKLAN

Sehingga hari ini, Arab Saudi mencatat sebanyak 20,077 kes jangkitan Covid-19.

Sumber: Sinar Harian

MW: Semoga dua masjid suci ini dapat menerima kunjungan umat Islam dari serata dunia tidak lama lagi dan pendemik Covid-19 segera berakhir. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI