Bimbang sungguh dengan keadaan semasa COVID-19 ini. Setiap hari pasti ada ratusan kes baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan. Jika selama ini kita anggap simptom tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas, malahan sakit tekak / selsema / sakit sakit badan adalah petanda dijangkiti coronavirus, rupanya tanpa sebarang simptom juga virus ini boleh berada di tubuh badan kita. Malah kita boleh pembawa dan menyebarkannya pada orang sekeliling tanpa kita sedar!

Baca perkongsian ilmu yang dikongsikan oleh Dr Khairul Faizie ini sebagai rujukan agar kita lebih berwaspada.

China semalam ( 1 April 2020) telah mengeluarkan data terkini yang merisaukan, iaitu 1300 kes positif Covid 19 yang asymptomatic.

ASYMPTOMATIC bermaksud tiada simptom.

Anda dijangkiti coronavirus ini, dan anda tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas. Malahan sakit tekak / selsema / sakit sakit badan pun tiada.

Anda menjadi ‘asymptomatic carrier’, bermakna anda membawa dan menyebarkan coronavirus tanpa anda & orang keliling anda sedar.

Pihak CDC menganggarkan bahawa ‘asymptomatic transmission ‘ boleh menyumbang setinggi 25 % kes.Data data sedia ada sebelum ini menunjukkan, ramai antara mereka tiada sebarang simptom / gejala semasa mereka disahkan positif.

Contohnya dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess, dari 700 lebih yang di test positif, 46% dari jumlah ini tiada sebarang gejala semasa mereka diuji.

IKLAN

‘Presymptomatic ‘

Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil ‘presymptomatic ‘, iaitu semasa diuji postif mereka tiada simptom, namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom. Dan yang pre symptomatic ini pula ramai yang hanya menunjukkan ‘mild to moderate symptoms ‘ sahaja, iaitu simptom biasa biasa ( seperti demam batuk yang biasa / sikit sikit).

1. Pakai Face Mask

Atas perkembangan kes asymptomatic carrier ini lah maka di pihak public health experts mereka menimbangkan saranan untuk semua orang perlu memakai face mask ( bukan hanya mereka yang sakit & golongan healthcare workers – ini saranan WHO dan KKM memakai saranan ini )

2. Social Distancing

Dan atas perkembangan asymptomatic carrier inilah teramat amat pentingnya Social Distancing. Patuhi arahan PKP negara kita. Kurangkan / minimumkan berjumpa orang lain. Sebab social distancing bukan hanya untuk yang sakit. Yang sihat pun perlu buat sebab anda mungkin asymptomatic carrier.

IKLAN

Andaikata saya bukan doktor, saya sudah pasti tak kisah duduk terperap di rumah. Saya amat pelik tengok manusia yang dibayar gaji penuh, dan disuruh buat kerja mudah — stay at home, namun susah sangat mereka ini nak patuhi. Bukannya tiada internet, TV di rumah, bukan suruh stay at cave ( duduk dalam gua).

Kadar Jangkitan Agak Rendah

**** Cara tipikal coronavirus tersebar ialah menerusi ‘respiratory droplets’ yang keluar bila pesakit batuk / bersin. Maka dalam kes asymptomatic carrier, kadar jangkitan agak rendah sebab kemungkinan virus ini untuk keluar dari tubuh pesakit yang tiada simptom ini ialah menerusi wap pernafasan ( semasa bercakap / gelak ). Tu sebab, social distancing itu penting.

Pakai Cermin Mata Kurangkan Risiko Jangkitan

**** Jangkitan juga boleh masuk menerusi MATA , selain hidung dan mulut. Perhatikan kita pakai face mask, mata tak tutup. Tu sebab healthcare workers kami pakai face shield. Maka kalau tanya saya, kalau nak betul betul berjaga-jaga semasa keluar, pakailah cermin mata. Risiko jangkitan masuk ke mata tetap ada walaupun amat rendah, sekitar 1- 2 % ( kes kes simptom Covid 19 dalam bentuk conjunctivitis / sakit mata ).

IKLAN

Dan yang pakai spek bila keluar, bila balik jangan lupa cuci / disinfect spek anda.

Baca Lagi Di Sini: Covid-19 : Tak Perlu Sampai Basuh, Rendam Sabun Barang Dapur Baru Beli

MW: Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Berhati-hatilah kita sentiasa mengutamakan kebersihan, selalu cuci tangan, pakai topeng muka dan mengekalkan penjarakan sosial. Paling penting #dudukrumah jika tiada urusan penting di luar, agar kita dapat hentikan rantaian covid-19 ini.

Sumber: Dr Khairul Faizie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI