Lemang kebiasaannya secara tradisional dimasak dalam batang buluh dan dibakar menggunakan bara arang. Namun demikian, baru-baru ini viral cara masak lemang ekspres menggunakan tin minuman dan dibakar dalam oven. Ramai yang teruja dan berhasrat untuk membuat lemang ekspres ini. Hakikatnya cara tersebut adalah TIDAK SELAMAT sama sekali dan boleh membahayakan kesihatan diri.

Untuk penjelasan lanjut, baca perkongsian oleh Food Safety Malaysia ini,

Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman.

Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat tetapi Tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

Tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT!

Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan TAK SELAMAT, boleh membahayakan Kesihatan.

IKLAN
  1. Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas.

2. Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan.

3. Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

IKLAN

Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan KESELAMATAN MAKANAN!Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama!

Masak Lemang Dalam Tin TIDAK SELAMAT, Risiko Pencemaran Kimia Pada Makanan!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: Katanya Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser, Tapi Benda Ini Mudahkan Kerja Mak-mak!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang berhasrat nak buat lemang guna tin minuman tu, baik lupakan sahaja. Memang mudah bakar dalam tin, tapi sangatlah tidak selamat, apabila tercemar dengan bahan kimia sekaligus boleh membahayakan kesihatan.

Sumber: Food Safety Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI