Musim cuti persekolahan tiba lagi. Kali ini, jangan lepaskan peluang untuk bersantai bersama anak-anak sambil meluangkan masa untuk mencipta memori indah bersama seisi keluarga.
Jika anda mencari destinasi percutian yang menggabungkan kemewahan, keseronokan, dan keselesaan untuk seisi keluarga, Sunway Resort Hotel adalah pilihan yang tepat.
Terletak di tengah-tengah Sunway City, hotel ini menawarkan pelbagai keistimewaan yang menjadikannya destinasi percutian yang sempurna, sama ada untuk beristirehat atau berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik.
Salah satu daya tarikan utama Sunway Resort Hotel adalah lokasinya yang amat strategik. Terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan seperti Sunway Lagoon, pusat beli-belah Sunway Pyramid, dan pelbagai restoran serta hiburan malam, hotel ini memberi kemudahan untuk tetamu menikmati semua yang ditawarkan di Sunway City tanpa perlu pergi jauh. Dengan akses mudah ke pusat-pusat tarikan ini, Sunway Resort Hotel memastikan percutian anda dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Penulis berkesempatan menginap di Sunway Resort Hotel bersama keluarga dan merasai sendiri keunikan percutian dalam bandar yang ditawarkan di sini. Usai urusan check in yang disambut mesra oleh kakitangan hotel yang mesra, penulis seisi keluarga diberi peluang menginap di Family Fun Suite.
Namanya sahaja sudah menggambarkan keseronokan untuk bercuti seisi keluarga. Apatah lagi ia dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, termasuk karaoke dan konsol permainan di skrin besar! Bayangkan bila anak-anak melihat konsol permainan playstation, tak berganjak dari ruang permainan yang selesa untuk mencuba pelbagai permainan yang terdapat di dalamnya!
Ads
Penginapan di Family Fun Suite bukan sahaja menawarkan keselesaan untuk seisi keluarga, malah ia turut mempunyai pemandangan Sunway City yang menakjubkan iaitu suite mengadap kolam renang dan Sunway Lagoon yang menawarkan pelbagai keseronokan khusus untuk seisi keluarga.
Puas berhibur di suite penuh keseronokan, soal menjamu selera juga sesuatu yang perlu dicuba di sekitar Sunway Resort Hotel. Untuk makan malam di hari pertama penginapan kami, kami melangkah ke Black Tap Craft Burgers & Shakes. Black Tap Craft Burgers & Shakes bukan sekadar restoran burger biasa – ia adalah destinasi kulinari yang membawa pengalaman makan burger dan milkshake ke tahap yang lebih tinggi.
Restoran yang terkenal dengan sentuhan kreatif dalam setiap hidangan ini menawarkan pelbagai menu yang pasti memuaskan selera penggemar makanan dan pencinta burger dari pelbagai lapisan.
Selain itu, Sunway Resort Hotel turut mempunyai beberapa outlet F&B antaranya termasuklah Sunset Terrace yang menjadi tumpuan untuk hidangan lokal dan antarabangsa. Deteran pelbagai hidangan menyelerakan pastinya membuka selera untuk hidangan sarapan pagi.
Ads
Sememangnya Sunway Resort Hotel tidak mengecewakan dari segi pengalaman gastronomi. Dengan pelbagai pilihan tempat makan dari restoran bertaraf antarabangsa hingga kafe tempatan yang menyajikan masakan Malaysia, setiap hidangan di hotel ini pasti memuaskan selera tetamu.
Makan-Makan
Sama ada anda mencari sarapan pagi yang lazat, makan tengah hari yang cepat, atau makan malam mewah, semuanya tersedia dengan pilihan yang pelbagai.
mencuba hidangan pizza di Gordon Ramsay Street Pizza yang terletak di Sunway Pyramid
Selain itu, jika anda menginap di Executive Floor Sunway Resort Hotel, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk bersantai ialah di Premium Leisure Lounge yang terletak bersebelahan kolam renang. Pelbagai hidangan finger foods tersedia untuk para tetamu yang ingin bersantai di waktu petang sambil menikmati pemandangan kolam renang dan Sunway Lagoon Resort yang kaya dengan pelbagai aktiviti.
Inspirasi Untuk Kanak-Kanak
Tetamu cilik akan terinspirasi, dididik, dan dihiburkan di kelab kanak-kanak Wonderland Explorers yang membawa konsep “pembelajaran seronok” ke tahap yang lebih tinggi. Wonderland Explorers telah bekerjasama dengan Jeffrey Sachs Center On Sustainable Development untuk mempamerkan kepentingan kelestarian alam sekitar, serta Science Bridge Academy untuk menginspirasi minat anak-anak terhadap sains dan memperkenalkan mereka kepada impak aplikasi saintifik dalam kehidupan seharian.
Ads
Di Wonderland Explorers, pelbagai program interaktif dan menyeronokkan telah dirangka, termasuk aktiviti bermain peranan, sudut tenang, dan bilik teknologi.Ia juga menyediakan ladang bandar di atas bumbung, di mana kanak-kanak boleh belajar tentang pemakanan sihat, pengurusan sisa makanan, pengurusan air, dan kompos! Menarik, bukan!
Secara keseluruhannya, Sunway Resort Hotel menawarkan pengalaman percutian yang lengkap. Daripada lokasi yang strategik, penginapan yang selesa, aktiviti hiburan menarik, hingga perkhidmatan pelanggan yang mesra, semuanya dirancang untuk memberi keseronokan dan kemudahan kepada tetamu.
Sama ada anda bercuti bersama keluarga, pasangan, atau rakan-rakan, Sunway Resort Hotel adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk percutian yang penuh dengan kenangan manis.
Orang kata, perempuan kalau nak pahala mudah kenalah layan suami elok-elok. Cukupkan makan pakainya, solat berjemaah, jangan melawan, taat dan lebih mudah buat apa yang Doktor Muhammad Ahmad ini kongsikan.
Sekalipun bekerjaya atau mungkin penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.
Tugas Seorang Isteri
Kadang-kadang bila saya tengok isteri penat, selalu saya ingatkan bahawa penat awak, sakit awak, sakit lahirkan anak, penat jaga anak dan sediakan apa yang perlu untuk saya, awak akan dapat ganjaran pahala dan keampunan dari Allah s.w.t.
Penat, sakit tu bukan sia-sia. Ia akan jadi satu perkara yang bernilai disisi الله . Ia akan jadi satu kebajikan di akhirat nanti. Ia akan meninggikan darjat awak.
Pernah sahabat saya. Seorang guru tahfiz. Isteri beliau meninggal kemalangan. Saya tanya beliau. Apa amalan yang baik isteri ustaz buat. Dalam sebak beliau cerita. Setiap hari isteri saya akan sediakan bekas berisi air suam untuk rendam kaki bersama garam bukit. Setiap hari minta picitkan kaki suami. Setiap hari sebelum makanan pertama akan disuap kepada suami. Setiap hari saya rindu saat ini.
Dan pernah isteri merajuk sebab suami kemas rumah tanpa pengetahuan beliau. Jika abang buat semua macam mana saya nak dapat pahala? Subhanallah. Saya cakap hebat isteri ustaz. Tapi الله sayang Isteri beliau meninggal dalam kemalangan kenderaan bersama 2 orang anak. Semua Meninggal ditempat kejadian.
Ikhlaskan Hati Buat Kerja Rumah
Puan-puan. Status ini bukanlah untuk saya mengatakan perlu ‘merajakan’ suami. Tapi berlumba-lumbalah untuk melakukan kebajikan terhadap suami. Suamilah punca pahala bagi seorang isteri. Saya ingin ingatkan kepada puan-puan semua segala penat lelah jaga rumah tangga, sabar dengan kerenah suami, sabar jaga anak-anak amalan inilah akan ditukar dengan syurga akhirat kelak.
Percayalah. Jika kita IKHLAS mentaati suami, khidmat terhadap suami. Layan suami lebih dari seorang raja, pasti dan pasti suami yang soleh akan layan seorang isteri lebih dari seorang permaisuri.
Tuan-tuan. Bawalah isteri kita belajar agama, solat tahajjud sama-sama, baca hadith bersama anak-anak. Setiap hari cerita kebesaran الله , cerita kisah nabi muhammad s.a.w. Sama-sama zikir 300 pagi 300 petang. Ajak isteri keluar dakwah 3 hari.
Insyallah jika keluarga kita hidupkan agama, kebahagiaan akan datang, ketenangan meresap dalam jiwa setiap ahli keluarga.
“Ya Allah jagalah pasangan kami, jagalah keluarga kami.”
Moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu sedih anak perempuan 14 tahun dah 50 hari tak balik rumah, gagal dihubungi melalui telefon. Seorang pelajar tingkatan dua, Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14 tahun, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Seri Telok Emas, Melaka, bersama beg sekolah dan beberapa helai pakaian.
Ibu Sedih Anak Perempuan 14 Tahun Dah 50 Hari Tak Balik Rumah, Gagal Dihubungi Melalui Telefon
Ibunya, Noorlaili Mahat, 53, berkata, kali terakhir dia melihat anak bongsunya itu adalah sekitar jam 4 petang pada hari kejadian, sebelum dia keluar untuk bekerja.
Menurut Noorlaili, kehilangan Maisarah hanya disedari anak keduanya yang berusia 16 tahun, apabila dia mendapati Maisarah tiada di rumah dan gagal dihubungi melalui telefon.
“Ketika saya sedang bekerja, anak saya hubungi dan beritahu Adik (Maisarah) tak ada di rumah. Kami cuba telefon dia berkali-kali, tapi langsung tak dapat sampai sekarang,” katanya.
Tambah Noorlaili lagi, apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati beg sekolah dan beberapa pakaian milik Maisarah turut hilang. Susulan itu, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.
Berkongsi lanjut, Noorlaili memaklumkan bahawa sebelum kejadian, Maisarah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik atau berkelakuan seperti sedang merajuk.
“Kami sekeluarga buntu, Adik bukan jenis yang bebas keluar sesuka hati. Setahu saya, dia juga tidak ada teman lelaki,” katanya.
Pihak keluarga kini merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu mengesan remaja tersebut.
Lumrah kehidupan seorang wanita, sebelum berkahwin dia hanya fikirkan diri sendiri dan juga mak,ayahnya. Namun setelah berkahwin, ada suami dan anak-anak segalanya berubah. Tanggungjawab bertambah besar dan berganda. Ikutkan hati lebih baik bekerja, tapi demi keluarga sanggup susahkan diri galas tanggungjawab.
Memang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah, tetapi jika mak-mak terima segala tanggungjawab menguruskan keluarga dengan hati yang terbuka. Insyallah besar ganjarannya nanti di sana.
Ingat senang ke kahwin????
Tapi best apa kahwin….Perempuan ini kalau sudah kahwin, suami tu sajalah satu-satunya yang ada dekat hati dia. Dia akan terima saja suaminya itu seadanya.Bila sudah kahwin, seribu harapan dia letakkan pada suami dia, biar boleh dijadikan Imam solat, biar boleh protect dia, jaga dia, faham dia dan segala macam lagilah.
Sebelum kahwin dia fikirkan diri dia saja dan family dia sendiri. Bila sudah kahwin…. Terus tanggungjawab dan tugas itu berganda-ganda atas bahu dia.
Bukan Mudah Tugas Seorang Isteri, Ibu
Bayangkanlah dia akan sandang tugas itu sampai bila-bila, bila ada anak lagilah bertambah tugas dia.Kalau ikutkan senang kerja, tak akanlah dia sanggup susahkan diri bila sudah kahwin galas semua tugas itu, tapi demi suami demi anak-anak dia buat semua itu dengan sukarela.
Itu secara logiknya layanan bila ada anak, bila anak berderet-deret for sure lah berlainan, satu lagi kerja rumah jika dibantu ( ada bibik) Ada orang bantu jaga anak juga, akan membawa kesan lain n for sure lah layanan pun lain.
Tapi bila semua kerja rumah, hal anak-anak semua dia buat dari pagi sampai malam, memang dia tak fikir lain, janji kerja selesai, makan pakai suami anak-anak terjaga, dia cukup happy sangat.
Nak selalu wangi, selalu bersolek, cakap manis-manis, senyum 24 jam memang tak dapatlah, cukup sekadar sihat untuk jaga keluarga itu yang penting dulu.
Bila ada masa terluang sesekali tak salahlah hendak berhias untuk suami, tapi janganlah dilabel sebagai kayu ukur untuk kekal bahagia dan supaya suami tak lari cari lain, kurang betul statement itu.
Perkahwinan ini nikmat dunia Allah bagi pada semua pasangan, namun tanggungjawab itu yang lebih besar.
Sekadar coretan tengah Hari 9 Jun 2020
Ros
Mak anak 5
Osaka
MW: Setelah berkahwin dan mempunyai anak, perhatian mak-mak berubah seratus peratus kepada keluarga. Keutamaan diberi sepenuhnya kepada suami dan anak-anak. Oleh itu hargailah isteri sebaiknya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.