Mata adalah salah satu pancaindera yang sangat penting. Setiap wanita tentu impikan memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar. Dalam tak sedar ramai yang mengetepikan hal ini kerana sibuk mencantikkan wajah dan mengabaikan kecantikan serta kesihatan mata.
6 Tanda Amaran Kepada Masalah Mata
Dari pandangan mata seseorang itu, kita boleh mengetahui keadaan dirinya yang mungkin mengalami kelelahan, mata lembam, sensitif dan tidak bersinar. Ini juga boleh dilihat dengan lingkaran mata hitam dan gaya hidup yang dilalui. Semua ini boleh mempengaruhi penampilan pada mata.
Ada beberapa tanda yang boleh kita perhatikan seseorang itu mengalami masalah mata lelah dan tidak bersinar.
ALAHAN
Keadaan ini berlaku apabila pembuluh darah melebar hingga meningkatkan aliran darah di bawah mata. Kesannya, ia boleh memberi rasa gatal, bengkak dan terdapat cairan di bawah mata.
MATA TEGANG
Akibat terlalu lama melayari komputer, laptop tanpa menggunakan kaca mata, ia boleh memberi perubahan pada mata. Ketegangan ini menyebabkan pembuluh darah di mata melebar. Kesannya, ia boleh menimbulkan lingkaran hitam dan mata lelah.
Ads
DEHIDRASI
Ia satu masalah yang banyak dialami oleh setiap orang. Bukan sahaja memberi kesan pada kesihatan badan tetapi juga mata akan menjadi lelah.
PENGGUNAAN SOLEKAN
Terdapat banyak produk kecantikan seperti eyeshadow, eyeliner, maskara bagi membuatkan mata kelihatan cantik. Namun, penggunaan ini boleh membuatkan mata kering, lebih-lebih lagi bila tidak dibersihkan solekan sebaiknya. Sisa-sisa solekan akan masuk ke dalam kelopak mata dan membuatkan mata kurang selesa ketika berkedip.
AKTIVITI SOSIAL
Tanpa sedar, bagi yang suka berenang atau menyelam, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mata terutamanya air klorin di kolam renang. Antara masalah mata yang dikaitkan dengan air klorin ini seperti mata merah, konjunktivitis dan sebagainya. Jadi penting untuk membersihkan mata selepas berenang atau menyelam.
KANTA LEKAP
Sebelum memakai kanta lekap, adakah jari anda dalam keadaan bersih? Jangan terkejut jika mata anda terasa pedih kerana kanta lekap atau bola mata telah dijangkiti bakteria yang terlekat pada jari. Malah, memakai kata lekap terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan pada kornea.
Ads
Bersihkan Mata & Segar Bersinar Dengan Rohto Cool Eye Wash
Rohto, jenama penjagaan mata nombor satu di dunia telah memperkenalkan Rohto Cool Eye Wash yang sangat membantu untuk anda yang mempunyai masalah mata kering, kerengsaan dan mata letih.
Rohto Cool Eye Wash, pembersih mata yang membantu untuk melegakan kerengsaan mata kecil yang disebabkan oleh suasana berdebu atau berasap, memandu, penggunaan kanta lekap yang lama mahupun membersihkan sisa solekan.
Kelebihan lain yang ada pada produk jenama ini tentulah:
Ads
Pencuci mata sensasi penyejukan khas dengan larutan jernih dan tidak berwarna menyegarkan mata yang letih.
Menyegarkan dan melegakan mata yang kering, letih dan jengkel untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan.
Pembersih mata yang di datangkan dengan cawan lembut dan fleksibel membolehkan anda menggunakannya tanpa mendongak atau menggerakkan kepala.
Paling penting, inilah jenama penjagaan mata no. 1 dunia.
Ingat!
Mata adalah bahagian muka yang paling mudah terdedah dengan unsur-unsur yang datang dari kelopak mata. Jadi penting untuk melakukan pembersihan rutin dengan ROHTO COOL EYE WASH.
Maklumat lanjut tentang ROHTO COOL EYE WASH boleh didapati:
Sempena sambutan ulang tahun kelima WonderLab dan WonderDewi, acara Pop-Up sementara diadakan di The Starhill Bukit Bintang selama empat hari bermula hari ini dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1hb September 2024.
Pastinya acara ini menjanjikan satu keajiban di mana melangkah saja masuk ke pop-up WonderLab dan WonderDewi anda akan terpukau dengan tawaran menarik yang disediakan. Jadi beramai-ramailah hadir dunia di mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, direka untuk memukau, menginspirasi, dan memperkasakan pengunjung untuk ‘Be Iconic’.
Membeli belah berlatar belakangkan pemandangan di tengah ibu kota Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang, pengalaman pasar runcit yang memikat, dan bertenaga ini direka khas untuk menyambut ulang tahun ke-5 WonderLab dan WonderDewi.
WonderLab, WonderDewi Memperbaharui Keseluruhan Siri Penjagaan Kulit
Sempena sambutan ulang tahun mereka yang kelima, WonderLab dan WonderDewi telah memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua barisan produk wajah baru dan rumusan yang diperhalusi.
Dirumus khas untuk rakyat Malaysia dan cuaca Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing, menawarkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baru dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.
Sewaktu pelancaran tengahari tadi, Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) dirinya begitu teruja dengan hadirnya siri terbaru WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica.
“Sempena sambutan ulang tahun kelima ini, kami teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui ini.
“Kedua-dua barisan produk yang baru dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaru yang mustahil tanpa teknologi paling terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia.
“Pelancaran hari ini juga menggariskan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan kita. Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda. Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif. Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” kongsi Encik Hoe.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing, Formulasi Terkini Pra Penuaan
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing merupakan formulasi terkini pra-penuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan. Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral. Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu. Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).
Siri WonderDewi Cica: Penjagaan Kulit untuk WONDER Direka Khas Buat Para Remaja
Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat. Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini. Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah. Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Paling seronok pada majlis ini juga diumumkan WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan dijual di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.
Pop-Up Mart Solusi Lengkap Kecantikan dan Kesihatan
Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui dan dilancarkan pada acara tersebut. Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Mencerminkan semangat sejati belian runcit, pop-up mart ini juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini, mereka masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa dalam laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Hada Labo jenama antarabangsa yang disukai ramai wanita. Selaku jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal, kini Hada Labo meraikan pendekatan minimalisnya dengan selangkah lebih terhadapan dengan mengeluarkan Hada Labo Hydration lotion mesra alam.
Tidak hanya mementingkan kecantikan wanita dengan bahan-bahan diyakini selamat berasaskan air yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah, Hada Labo dengan keterujaan mengundang pelanggan untuk menikmati kemewahan dalam menggunakan Hydration Lotion, sambil memupuk pemahaman bahawa pilihan mereka tidak hanya meningkatkan kesihatan dan keserian kulit mereka, tetapi juga secara aktif mewujudkan kehijauan dan masa depan yang lebih mampan.
Bahan pembungkusan PE berasaskan bio yang inovatif dari Hada Labo berasal dari proses dehidrasi etanol yang berasal daripada tebu. Pembungkusan botol 170ml yang baru diperkenalkan mempunyai komposisi yang terdiri daripada 10% bahan polietilena (PE) berasas tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan minyak bumi.
Pelanggan kini boleh menikmati kualiti premium Hada Labo Hdrating Lotion sambil memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar.
Dengan mengamalkan penyelesaian pembungkusan yang mampan, jenama itu secara aktif memperjuangkan ekonomi kitaran dan dengan ketara mengurangkan jejak karbonnya secara signifikan. Bahkan dengan menggunakan pembungkusan inovatif ini, setiap pelanggan pasti boleh berasa bangga dengan komitmen mereka terhadap kesejahteraan peribadi dan planet kita.
Bersama-sama kita membuat perbezaan yang luar biasa dengan membuat pilihan bijaksana yang mengharmonikan keindahan kulit dengan keindahan alam sekitar kita.
Penghidratan Yang Mendalam Pada Kulit
Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Hada Labo Hydrating Lotion, losyen No.1 yang tiada tandingan di Jepun selama 16 tahun berturut-turut merupakan bukti keberkesanan luar biasa dan populariti yang berkekalan Hada Labo berada di pasaran.
Direka untuk mengatasi kekeringan kulit sambil mengekalkan kekilauan yang harmoni dan sihat, teksturnya yang ringan dan tidak berminyak memastikan kelembapan sepanjang hari tanpa rasa berat atau melekit.
Langkah Mudah, Fokus Kesihatan Kulit!
Mengamalkan konsep minimalis orang Jepun yang suka kepada hidup sederhana dan bersih, begitu jugalah dengan penggunaan Hada Labo Hydrating Lotion ini.
Apa yang perlu dibuat ialah, gunakan Losyen Penghidratan Hada Labo sebagai langkah pertama untuk meningkatkan penyerapan kulit seterusnya. Ini sangat penting kerana kulit anda perlu dihidratkan terlebih dahulu untuk menyerap kebaikan produk pelembap seterusnya dengan berkesan.
Mengandungi Bahan-Bahan Premium dan ‘Essential’
Losyen Penghidratan Hada Labo mengandungi bahan-bahan premium yang penting, tanpa sebarang bahan berbahaya, seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
Selain itu, losyen ini kini turut membantu melindungi bukan sahaja kulit tetapi alam sekitar. Pembungkusan losyen ini berkonsepkan mesra alam yang diperbuat dari tumbuhan yang boleh dikitar semula, iaitu 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan Petroleum.
Ini antara alternatif semulajadi, berbanding menggunakan botol plastik konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Botol-botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya ini membuktikan betapa komitednya Hada Labo terhadap falsafah “tidak lebih, tidak kurang” yang membantu mencegah kemusnahan alam.
Kualiti Tinggi Dan Terjamin
Diformulasikan dengan campuran 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan oleh Hada Labo, yang merangkumi Besar, Sederhana dan Super HA, Nano HA, dan Fermented HA yang pertama di Dunia, Hydrating Lotion ini memberikan penghidratan yang mendalam dan tahan lama serta menguatkan dan memperbaiki dinding kulit.
Setiap varian HA meresap ke dalam lapisan dermis kulit, memberi kelembapan intensif, meningkatkan keanjalan, dan memupuk kulit yang berseri.
Dalam mengejar penjagaan kulit yang terbaik, Hada Labo menyampaikan jemputan kepada pelanggan, menggalakkan mereka untuk menerima Hydrating Lotion dengan pengetahuan bahawa pilihan mereka bukan sahaja menyihatkan kulit mereka tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang ditandai dengan kemampanan dan keharmonian alam sekitar.
Bersama-sama, marilah kita memulakan perjalanan ke arah kecantikan yang melampaui diri kita sendiri dan meninggalkan kesan positif kepada dunia yang kita kongsi.
Hydrating Lotion – Rich sesuai untuk kulit normal hingga kering, manakala Hydration Lotion – Light, sesuai untuk kulit normal, kombinasi hingga berminyak. Dijual pada harga RM69.50, ia boleh didapati di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Bersedekah tak perlu tunggu kaya, akak nasi lemak anak ramai bersyukur terima sumbangan netizen dan Beras Era. Ingat lagi pada puan Azian Abd Rahim, ibu tunggal yang menghidapi sakit saraf lebih setahun lalu? Dan setelah kematian suaminya, dialah menggalas tanggungjawab menyara sembilan orang anak dengan berniaga nasi lemak di Pasar Tani Saujana Utama setiap Sabtu.
Video Pernah Viral
Bagi yang tidak mengikuti kisahnya, gerai nasi lemak beliau telah viral menerusi rakaman video seorang TikToker yang menunjukkan kegigihan anak-anak mencari rezeki seawal pagi tanpa ibu di sisi. Namun begitu, saat rakaman disiarkan kita pula semakin menghampiri Ramadan. Tidak ramai berpeluang merasai keenakan nasi lemak kak Azian.
Betapa prihatinnya netizen tidak hairanlah apabila ramai bertanya sama ada gerai dibuka atau tidak semasa bulan puasa. Ramai berhasrat untuk membeli. Namun kini, setelah lebih sebulan bercuti sepanjang Ramadan, kini gerai kak Azian sudah beroperasi seperti biasa. Sesiapa yang ingin membeli nasi lemak beliau, bolehlah ke Pasar Tani Saujana Utama setiap pagi Sabtu.
Susulan daripada kisahnya yang tular itu dan tersentuh dengan kegigihan anak-anak berniaga, Mingguan Wanita bersama Beras Era Food menyantuni keluarga Azian menerusi kempen CSR Sempurnakan Raya Ramadan lalu. Program ini merupakan tahun ketiga dilaksanakan oleh Mingguan Wanita dan pertama kali disertai oleh Beras Era Food.
Berbeza dari kempen terdahulu, keluarga Azian bukan sahaja menerima sumbangan barangan keperluan berniaga tajaan Beras Era, tetapi juga membuka peluang orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas menerusi Tabung Skuad Sedekah Bersama Mingguan Wanita bermula 1 Ramadan 1444 Hijrah hingga 20 Ramadan lalu.
Bukan itu sahaja, pihak Beras Era juga berbesar hati menggandakan hasil kutipan sumbangan orang ramai menerusi Tabung Skuad Sedekah. Sumbangan orang ramai disalurkan terus ke akaun NGO Peduli Insan yang dilantik sebagai rakan strategik bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan.
Usaha yang baik pasti dipermudahkan Allah. Keprihatinan netizen membolehkan hasil sumbangan mencapai sasaran iaitu hampir RM10 ribu. Dan lebih bermakna lagi, pihak Beras Era bersetuju pula menggandakan jumlah hasil sumbangan orang ramai yang akhirnya mencapai jumlah keseluruhan sebanyak RM20 ribu.
Bukan sahaja keluarga Azian mendapat manfaat daripada hasil sumbangan ini, ia turut disalurkan kepada 40 keluarga asnaf lain dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai. Sesungguhnya pemberian ini walaupun jumlahnya tidak besar setelah di bahagi-bahagikan, namun ia amat bermakna buat semua keluarga penerima. Sumbangan berjaya disalurkan sebelum Syawal bagi membolehkan mereka dapat membuat persiapan hari raya.
Mingguan Wanita : Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kemurahan hati untuk menderma. Indahnya jika semangat ini terus tertanam kuat di hati sepanjang tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...