tutup aurat sempurna

Lama tidak mengikuti perkembangan Juara Akademi Fantasia (AF5), Norsyarmilla Jirin,32 atau lebih dikenali Mila Jirin ini. Selepas berkahwin penyanyi ini, dilihat memperlahankan kerjaya seni dan menumpukan perhatian dalam perniagaan,iaitu Katering dan Perancang Majlis Perkahwinan.

Tutup Aurat Sempurna

Pada penghujung Januari lalu, penyanyi ini berkesempatan menunaikan umrah bersama keluarga di tanah suci.Sekembalinya ke tanah air pada awal Februari, Mila Jirin memberitahu dia banyak memikirkan tentang istiqamah dalam penjagaan aurat sempurna.

Mila berkata setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.Perkara ini diluahkan didalam posting Instagram penyanyi ini baru-baru ini.

Berikut perkongsiannya;

“Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang “ISTIQAMAH”.Hati seperti berbicara dengan diri sendiri “Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya.Kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???”

“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya. BENAR…MALU nya pada ALLAH.Waktu mengerjakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya.Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya Allah.”

Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah.

View this post on Instagram

Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang "ISTIQAMAH" …. Hati seperti berbicara dengan diri sendiri "Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya…kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???" . . PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya… BENAR…MALU nya pada ALLAH 😥…Waktu mengejakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya…Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat…tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat…. Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH… . . Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah. @bizmillatravel

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila merujuk cara berpakaian yang betul bagi wanita Islam mengikut kehendak agama. Seharusnya ia menutup aurat dengan sempurna, memakai pakaian longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh badan.Rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Lebih Tahu ini telah mendirikan rumahtangga pada 11 November 2015, dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38, yang juga pengurusnya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.

Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.

MW: Mingguan Wanita turut mendoakan agar Mila Jirin kekal istiqamah dan berusaha menjaga aurat dengan sempurna. Pesanan juga buat diri kita, sentiasalah berusaha menjaga aurat dengan sempurna walau dimana sahaja kita berada, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama.

Sumber: mila_jirin

Jangan Lupa Komen

komen