Mak Saya Pesan.. Biar Hidup Tak Kaya Tapi Jangan Sesekali Menipu

Hebat didikan ibunya. Pesan ibu, “walau hidup tak kaya, tapi jangan sesekali menipu.” Demikian luahan anak yang sudah kematian bapanya dan membantu pula ibunya menjual kacang rebus.

Maka, terjadilah dialog yang membuatkan seorang lelaki bernama Muhammad Yusof hampir terhenti jantungnya. Dek panahan kebenaran kata-kata seorang anak lelaki yang jujur lagi ikhlas dalam mencari rezeki harian.

Di Datangi Seorang Budak Jual Kacang Rebus

Masa saya tengah nak suap makanan. Datang sorang budak. Jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai.

Kalau ikut time sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.
Saya tanya dia ‘baru habis sekolah ke dik?’. Dia jawab, ‘Ya..’.
Saya tanya lagi ‘mak ayah mana dik?’.
Dia jawab ‘ayah dah meninggal. Mak pulak tengah jual kacang jugak..’. Muka dia terus berubah jadi sedih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.

Pesan Mak, Biar Tak Kaya, Tapi Jangan Menipu Bang!

Nak tukar topik, saje saya bagi soalan nak uji budak ni: ‘Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je..’.

IKLAN

Muka dia terus berubah, dia jawab ‘bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pesan biar kita tak kaya, tapi jangan menipu bang..’.

Terus jantung saya macam terberhenti kejap. Rasa bersalah tertanya soalan sensitif macam tu.

IKLAN

Saya mintak maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak hati sangat. Saya ambil kacang dia 2 bungkus, lepas tu saya bayar RM20. Balance tu saya kata buat duit sekolah dia.

Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.

IKLAN

Saya terfikir dari sudut parenting skills, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi ‘someone special’ bila dia besar nanti. Yelah, disaat budak lain leka buat challenge tik tok la, main gamelah, saya kagum dengan kegigihan budak ni jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia.

Moga kepenatan dia dan ibu dia, Tuhan balas dengan kemurahan rezeki buat mereka sentiasa.

MW : Amin… sesungguhnya hidup dalam dunia ini adalah ujian keimanan untuk setiap makhlukNya.

Sumber/Foto : Muhammad Yusof

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI