Nampak rolled Out ini macam menu orang nak diet tetapi khasiatnya bagus sangat, terutama buat mak-mak menyusu dan hamil jadikan menu sahur.
Kata Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, dia sendiri sudah cuba dan kesannya sangat membantu hilangkan rasa lapar. Kurang yakin? Rujuk gambar di bawah ini ya…
Rolled Out Boleh Dicampur Dengan Buah
Ini resepi simple overnight rolled oat saya. Tak berapa rajin sangat ni. Biasa rolled oat tu saya rendam dengan fresh milk je.
IKLAN
Saya suka letak butter sikit. Buah-buahan tu bolehlah diolah. Nak letak anggur ke, strawberry ke, pisang ke, raspberry ke. Semalam saya sempat capai 2 jenis buah je.
Saya pilih rolled oat berbanding instant oat sebab struktur dia kasar dan tebal sikit. Kalau buat overnight, tak muak sangat. Nak guna instant oat tu pun boleh, tapi macam bubur baby sikit teksturnya bila buat overnight.
PERCIK KELANTAN Warisan Mok, Salut 2 Kali Kuah Puas Hati Sedap! Ikan mahupun percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ada pelbagai jenis kuah percik tapi yang selalunya diminati ramai ialah kuah Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim secukup rasa.
Ada caranya untuk membuat kuah percik kelantan rasa asli dan lebih sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Untuk yang nak makan percik rasa asli orang kampung. Aroma arang,ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni : guna santan segar pekat, salut 2 kali kuah percik dan hasilnya,Insyaallah puas hati sangat.
Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Bahan-Bahan (Untuk 700-900 gram ikan)
3 ulas bawang merah saiz 20 sen
1 sudu teh ketumbar disangai
1/2 sudu makan cili kisar
1/3 inci belacan
1/4 inci hirisan halia
1 ulas bawang putih kecil
1 batang serai diketuk
Cara Membuat:
1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
2. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai.Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk perasa.
3.Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Bahan-Bahan (Perap Ikan)
700-900 gram
3 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1/2 inci halia
1 sudu teh garam
Cara Membuat:
Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini.
2 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Biasanya sayur pak choy dan brokoli kita tumis seperti biasa sahaja. Namun kalau nak buat hidangan lebih sihat, boleh cuba resipi sayur brocoli dan pak choy Sos Tiram ni. Memang paling mudah nak buat sebab hanya kukus atau rebus sayurnya dan semestinya sedap.Nak kuah sedap, kena letak sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Suzana Saad ini;
Ini cara saya buat sayur brocoli & sayur pak choy fav sefamily.
Bahan-Bahan:
Sayur Pak Choy/Brokoli
2 atau 3 sudu besar Sos Tiram
1 sudu kecil secukup rasa
1/2 sudu kecil tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Bawang Putih (potong kecil)
Cara Membuat:
1.Pak choy saya belah 2 dan rebus bagi masak atau setengah masak.
2.Untuk sos, saya masukkan sos tiram, secukup rasa dan tepung jagung.
3.Masukkan air kosong. Sukatan agak-agak banyak mana kita nak siram sos nanti. Bancuhan ni kalau sos tiram tak cair elok pun tak apa, nanti atas api, akan jadi elok.
4.Ini pak choy yang dah direbus. Susun cantik-cantik dalam mangkuk.
5.Tumis bawang putih yang dipotong dadu kecil.
6.Dah kuning bawang putih, masukkan bancuhan tadi kacau hingga pekat sikit. Tuang atas brocoli atau pak choy.
Petua Dapur: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buang Kimia Lilin Brokoli Hanya Guna 3 Bahan!
Elok Sangat La Makan Brokoli Mana Tahu Mak Mak Boleh Jauhkan Penyakit Kanser
MW: Resipi Brokoli/ Pak Choy Sos Tiram ni memang paling mudah nak buat dan sangat sedap. Rupanya kena letak sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.Boleh cuba resipi ini nanti.
Asyik beli yang dah siap, apa kata kali ini mak-mak yang gemar sangat makan tom yam buat sendiri pes tom yam.
Oang kata kalau buat lagi puas hati dan selamat, sebab kita nampak apa bahan-bahannya. Dan kelebihan buat sendiri ni, nanti boleh buat duit. Untung ke tidak?
Haaa.. resepi dan cara yang Puan Shamliah Ibrahim buat ini, mak-mak boleh rujuk pada gambar yang dikongsi.
Cara Buat Pes Tom Yam
Buat siap nanti senang nak masak. Ok pes tom yam ini juga sesuai untuk:
Tom yam seafood dan ayam Nasi goreng tom yam Macaroni tom yam Dan semua jenis masakkan yang menggunakan pes tom yam.
Bahan banyak ni boleh dapat 3 botol kecil. Tetapi kalau nak buat sikit ÷ 3 setiap bahan
Buat lebih boleh simpan. Boleh juga ganti belacan dengan udang kering.
Tumis cili kisar dulu.
Sos ikan dan asam jawa, rasa tertanya kenapa tak guna limau nipis?? Boleh juga ganti dengan jus limau nipis.
Gaul sebati semua bahan.
Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam sehingga pecah minyak.
Api perlahan kalau tidak jenuh sental dapur terpercik minyak serata alam.
3 botol stok puasa. Kot sampai puasa lah.
Nak masak hanya perlu tambah seafood atau ayam dan sayuran tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, ketumbar dan daun limau purut wajib ada.