Limau gedang atau grapefruit adalah buah sitrus yang paling banyak mengandungi air. Terdapat lebih kurang 92 peratus air jika dibandingkan dengan sebarang buah-buahan lain. Limau gedang telah dihasilkan pada kurun pertama hasil gabungan buah limau bali dan buah oren.

Rasa buah limau ini berbeza. Ada yang rasa sedikit masam dan pahit. Ada juga yang rasa manis bergula. Limau gedang mengandungi vitamin C yang terkenal sebagai pelindung terhadap demam selesema dan selesema. Bukan juga hanya satu zat yang mampu membantu mencegah penyakit tertentu, tetapi gabungan beberapa bahan-bahan di dalamnya.

Buah yang berjus ini mengandungi asid sitrik, gula semula jadi, minyak perlu seperti limonene, pinene dan citral. Ia turut mengandungi sejumlah tinggi vitamin C dan sejumlah kecil vitamin A, B kompleks, vitamin E dan vitamin K. Malah, turut mengandungi sejumlah besar kalsium, asid folik, fosforus dan potassium.

Banyak kebaikan yang boleh anda peroleh apabila mengamalkan pengambilan buah limau gedang dalam pemakanan seharian.

Merawat Keasidan Dalam Sistem Pencernaan

Dikatakan apabila makan buah limau gedang, kupas kulit tetapi pastikan tinggalkan sedikit kulitnya kerana ia mengandungi jumlah bioflavonoid yang tinggi dan agen-agen anti kanser lain. Walaupun limau gedang mengandungi rasa masam, sebenarnya jusnya ini mengandungi tindakbalas beralkali selepas pencernaan. Kesan ini amat baik terutamanya dalam merawat keasidan dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah kesihatan lain.

Mengurangkan risiko penyakit arteri

Pektin yang terdapat dalam limau gedang ini dikatakan berkesan dalam mengurangkan pengumpulan kemasukan penyakit arteri dan vitamin C mampu membantu menguatkan dan mengekalkan keanjalan arteri.

Menangguhkan Sel Kanser Merebak

Dalam satu kajian, bioflavonoid yang ditemui dalam limau gedang dikatakan mampu menangguhkan sel-sel kanser daripada merebak dalam pesakit kanser melalui cara membuang estrogen berlebihan daripada tubuh.

Merangsang Sistem Imun

Pengambilan jus limau gedang dengan  kerap semasa anda mengalami tekanan dikatakan mampu merangsang sistem imun bagi mencegah tubuh anda daripada keletihan.

Kurangkan Kolesterol

Bahan tertentu yang terdapat di dalam buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan penghasilan kolesterol berlebihan daripada hati.

Cegah Risiko Diabetes

Pengambilan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kanji dan gula dalam sistem tubuh. Jika anda memiliki kecenderungan mendapat diabetes, makanlah lebih banyak limau gedang bagi mencegahnya.

Merangsang Pencernaan

Jus buah limau gedang dikatakan mampu merangsang pencernaan melalui cara meningkatkan pengaliran cecair gastrik dalam perut. Makanlah buah limau gedang yang memiliki sedikit tisu kulit luar berwarna putih kerana serat tambahan ini mampu membantu dalam pergerakan usus.

Mudah Tidur

Dikatakan dengan meminum jus limau gedang sebelum waktu tidur mampu membantu anda untuk tidur dan melegakan insomnia.

Kurangkan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Berita baik untuk wanita hamil. Dikatakan bioflavonoid dan vitamin C dalam buah limau gedang mampu membantu mengurangkan air yang tertahan dalam tubuh dan kaki membengkak sepanjang kehamilan.

Legakan Sakit Tekak

Dikatakan meminum jus limau gedang mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk-batuk.

Mengurangkan Berat Badan

Buah limau gedang dikatakan mempunyai enzim pembakaran lemak yang dikatakan boleh membantu menyerap dan mengurangkan kanji dan gula dalam tubuh. Ia telah digunakan secara meluas oleh mereka yang mahu mengurangkan berat badan.