Masa kecil dulu-dulu, kita biasa ‘main cikgu-cikgu’, kononnya berangan untuk jadi guru yang dapat mengajar anak murid. Masa itu, tak adalah lengkap berpakaian sekolah tapi cukuplah dengan ada pen dan kertas atau papan hijau.
Zaman kecil itulah berlalu dengan penuh kenangan yang kekal dalam ingatan sampai bila-bila.
Namun, bagi tahun 2021, mungkin menjadi sejarah bukan pada guru-guru bahkan buat pelajar. Apa tidaknya, jika dahulu, bila permulaan sekolah kita tengok pelbagai ragam pelajar lebih-lebih murid tahun satu. Kini, semuanya hanya dapat melihat ragam pada kelas online sahaja.
Sedihnya, bila anak yang baru ingin menjejak kaki ke tahun satu tidak sempat merasa suasana seperti sebelum ini. Semuanya perlu lalui kelas online, akibat daripada penularan pandemik covid 19 yang masih belum berkesudahan.
Masa inilah, handphone, laptop dan sebagainya sangat diperlukan untuk meneruskan pembelajaran dalam kelas online. Ini pun ada macam-macam ragam juga. Ada yang tidak cukup dengan keperluan telefon, laptop atau data internet. Tidak kurang juga cara mak ayah mengajar anak-anak. Pelbagai ragam yang boleh dilihat.
Bagi mak ayah yang kreatif, ada yang sanggup hiaskan bilik belajar seperti berada di dalam kelas. Tidak kurang juga yang mewujudkan suasana rumah seperti berada di sekolah. Memang ‘tabik spring’ atas usaha mak-mak ini.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Nur Salina yang tidak terkecuali memberi idea kreatif kepada anak-anaknya dengan mewujudkan suasana seperti berada di sekolah. Katanya, ‘main cikgu-cikgu’ boleh membantu anak-anak rasa seronok dan semangat untuk belajar, walaupun hanya di rumah.
Memandangkan baju sekolah sudah beli, jadi kita pakai sajalah. Lebih-lebih lagi, Rufaydah Az-Zahra sudah memasuki darjah 1.Sedih rasanya bila tengok anak tidak dapat pergi ke sekolah.
Tak apalah, anak-anak sekarang ni belajar di rumah adalah yg terbaik.
Mujahid dan Khaulah pula tak sabar tunggu cikgu bagi kerja sekolah.
Hari pertama biasalah kan. Harap-harap terus bersemangatlah ya.
Terima Kasih buat cikgu yang bertungkus lumus nak pastikan murid dapat apa yang cikgu sampaikan.
Oleh kerana sekolah masa PKP, jomlah ‘main cikgu-cikgu dan jual-jual dengan anak-anak.
Lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor jangan di lupa. Baca doa sebelum bermula kelas wajiblah. Lepas ni kita hafal lagu sekolah pulak ya.
Ads
Tiba waktu rehat. Kita rehat dulu ya anak-anak.Terima Kasih abg kantin Muadzz Kashfi dan kakak kantin Muazah Adawiyah
Ads
Selesai sudah hari kedua Pdpr anak-anak dan cikgu di alam maya. Yang pasti tetap bersemuka dengan umi.
Hari ni Umi memang kena banyak mengajar ya…mengajar…sains pulak tu bukan senang nak bagi paham.
Harap apa yang umi kongsikan dapat manfaat buat ma-mak di luar sana.
Janganlah marah cikgu, mereka pun sedang usaha nak buat yang terbaik
dan memudahkan mak ayah semua.
Enjoy sajalah layan mak ayah yangg bekerja cikgu pun faham.
MW: Bolehlah bagi idea pada mak ayah di luar sana demi anak-anak tersayang supaya mereka ras seronok seperti berada di sekolah.
Berita baik buat wanita yang ingin berkunjung ke Arab untuk melakukan ibadah umrah mahupun haji, namun sering ‘terhalang’ sebab tiada mahram.. Alhamdulillah, kini tiada lagi halangan berkunjung ke Tanah Suci.Memetik laporan Agensi (Arab News), kini wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).
Hanya 25 Tahun Ke Atas
Namun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.
“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.
Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.
“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.
“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.
Sistem Visa Pelancong
Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.
Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.
Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi. Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.
Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.
Dengan pengumuman ini, semoga lebih ramai wanita dapat merasai peluang kemanisan beribadah di Tanah Suci.
Dekat 13 hari, pengacara Yatt Hamzah menanti detik kelahiran bayinya yang sudah melewati tarikh bersalin. Akhirnya, tanggal 30 Disember 2019 melahirkan anak perempuan keempatnya kira-kira jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
Berita gembira ini dikongsikan Yatt sendiri di instagramnya. Sebelum ini Yatt sendiri berteka-teki sama ada bayinya itu akan dilahirkan tahun ini atau pada tahun baru.
Kongsi Yatt,
.
13 Hari Yatt Hamzah Menanti..
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam. Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL
Terima kasih atas doa-doa yang baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers.
Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..
Suami Tangguh Ke Misi Bantuan Demi Isteri
Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yang amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yang banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur.
MW : Tahniah Yatt dan famili. Semoga kehadiran bayi keempat ini akan menambah seri bahagia keluarga Yatt.
Tidak dinafikan bayi yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan kuman berpunca daripada persekitaran mahupun sentuhan. Lebih-lebih lagi, bayi yang dilahirkan secara pramatang, antibodinya masih lemah malah penjagaannya pula perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan pelbagai penyakit mudah dijangkiti.
Semenjak melahirkan anak pada 22 Ogos lalu, pelakon Ummi Nazeera dan suami jarang membawa anak mereka Ayra Aneesah Mohd Izzar, keluar ke tempat tumpuan ramai selain kawasan persekitaran rumah mereka.
Menurut pelakon Gol & Gincu 2 ini, suaminya yang juga merupakan seorang doktor, Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani tidak membenarkan puteri kesayangan mereka keluar dan pergi ke tempat tumpuan ramai. Ia memandangkan Ayra masih kecil dan baru berusia 3 bulan. Mereka akan mempertimbangkan untuk membawa Ayra keluar berjalan-jalan hanya selepas berusia 6 bulan.
Jelas Ummi lagi, buat masa ini dia mengganggap kemahiran bersosial Ayra apabila berjumpa dan berkomunikasi dengan ramai orang di rumah termasuklah ahli keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara yang datang melawat.
“Daddy tak benarkan Ayra keluar jalan jalan lagi..Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah sayang ya in shaa Allah”.
“Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang-sembang dgan ayra kan.. I consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. Mummy love u so much baby”.
Ternyata tindakan Ummi Nazeera dan suami mendapat sokongan daripada para followernya. Ramai yang bersetuju dengan cara pasangan ini melindungi bayi yang masih kecil daripada terdedah dengan pelbagai bahaya penyakit apabila berada di kawasan ramai orang.
Antaranya;
surianti_sh Better tak expose sangat dia dengan suasana luar..antibodi baby tak kuat lagi.Nanti sakit kesian dia. Kesian @umminazeera & hb. Mencegah lebih baik, peduli apa orang nak kata.
nh_lindahamdan Good ummi and husband. Sekarang terlalu banyak virus yang takut berjangkit dengan anak-anak lagi-lagi baby yang masih belum complete vaksin.
sharifah.shakilah Takpe. At least kita protect dia dari macam-macam benda di sekeliling. Slow-slow. Lagipun dia pun masih belum faham environment luar. Dengan keadaan cuaca sekarang pun kena amek kira jugak. Macam-macam benda kena pikir bila ada anak.
yatiesyemida_ Ajaran yang bagus dulu saya pun buat baby macam tu sebab tak berapa nak elok suasana luar dengan baby yang masih kecik.
aizalatifi Good, below 6 months tak expose sangat especially. di shopping mall or any event..selagi boleh cegah kita cegah.
bqsshsn Betul sangat tindakan daddy Ayra. Memandangkan baby mudah terdedah dengan pelbagai penyakit, too worried now days.
irdianaghuair Saya kuarantine baby almost 1 year sebab dia lahir pun 29 week.. After that baru baru keluar jalan-jalan tapi still tak jejak mall & kenduri kendara almost 1 year & half.
fishahfendy Betul tu.. dulu saya anak tunggu besar baru bawa. pasar malam pun pantang lama yang penting kesihatan dia terjaga.
MW: Setuju sangat dengan tindakan ummi ni. Bayi yang masih kecil mempunyai antibodi badan yang masih lemah serta mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan penyakit. Seeloknya, bila bayi dah besar sikit, selepas berusia 6 bulan barulah boleh dibawa keluar.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.