Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac. Melihat pencapaian hebat wira-wira negara mahupun ikon wanita-wanita berjaya dalam bidang masing-masing dengan mengharumkan nama negara, membuatkan kita tersenyum bangga dan secara tak langsung menjadikan mereka sumber inspirasi.
Namun sebenarnya figura wanita yang hebat ini juga ada di rumah kita sendiri. Menjadi idola bagi setiap anak-anak. Susuk tubuh seorang wanita bergelar isteri dan mak yang cekal berkorban menguruskan anak-anak dan keluarga setiap hari. Tanpa kenal erti penat lelah dan mengeluh. Dialah yang bangun seawal pagi dan tidur yang paling lewat sekali. Tak putus-putus berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.
Setiap bait kata-kata dan pesanan mak kepada anak-anaknya pula menjadi azimat dan pedoman.
Jadi Wanita Berilmu
MAK walaupun belajarnya tak tinggi mana, namun pesan mak pada anak-anak perempuannya, jadilah wanita yang berilmu. Lengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu. Ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu mendidik anak-anak dan sebagainya.Belajarlah setinggi yang mampu, kejar impian dan cita-cita yang mahu. Manfaatkan ilmu yang bukan hanya boleh dapat di universiti, namun pelbagai ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan supaya tak mudah diperlekehkan dan tahu hak yang perlu dipertahankan apabila ditindas.
Ads
Rajin Belajar Memasak
MAK walaupun masakannya ringkas sahaja, namun sedapnya kalah chef terkemuka. Pesan mak, lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang ada. Tak pandai masak tak apa. Yang penting rajin dan mahu belajar memasak. Sedap, tak sedap belakang kira. Sebab kata mak, air tangan ibu pengikat kasih sayang anak-anak dan suami. Walau di mana mereka berada, masakan ibu lah yang paling diingati.
Usaha Jaga Rumahtangga, Suami
Pesan mak lagi, selagi bergelar isteri berusaha jaga suami dan rumahtangga sebaiknya. Hormat suami, utamakan suami, jaga makan minum dan keperluan suami supaya rumahtangga kekal bahagia. Namun andai jodoh dah tiada sekalipun, kita tak ralat dan dah buat sebaiknya sebagai isteri.
Kata-Kata Ibu Doa Keramat
Pesan mak lagi, kata-kata ibu merupakan doa keramat untuk anak-anak. Apabila bergelar ibu, jangan sesekali bandingkan anak-anak. Terima baik buruk mereka seadaanya. Jaga tutur kata yang paling utama. Terguris hati sekalipun, tetaplah maafkan anak-anak kerana syurga dan keberkatan hidup mereka, pada mulut seorang mak yang mendoakan mereka.
Ads
Belajar Berdikari
Pesan mak lagi, wanita juga kena belajar hidup berdikari. Ambil tahu, belajar dan mampu uruskan pelbagai perkara seorang diri. Boleh memandu ke sana sini tanpa perlu menunggu suami, menghantar dan mengambil nanti. Namun perlu tahu masa dan batas untuk berdikari.Bukan kata tak perlukan suami, sekurang-kurangnya bila ditakdir suami tiada lagi, kita tak ‘patah kaki’ uruskan kehidupan dan anak-anak seorang diri.
‘Pegang’ Duit Sendiri
Pesan mak lagi wanita kena ada pendapatan, simpanan dan ‘pegang’ duit sendiri. Tak kiralah bekerja tetap atau sekadar sambilan berniaga kecil-kecilan di rumah. Tak banyak mana pun tak apa. Kepuasan dapat dirasai dan rasa ‘bebas’ bila mana kita dapat membeli apa sahaja yang kita sukai, memiliki simpanan mahupun beri duit pada mak ayah dengan duit sendiri, tanpa perlu hanya bergantung harap dan meminta-minta pada duit suami.
Ads
Akhir sekali pesan mak, benar wanita yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia. Namun apabila mendongak di langit tetaplah melihat rumput di bumi. Kekalkan santun dan budi bahasa walau siapa pun kita.
Pelbagai ragam manusia dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Benarlah kata orang, manusia terkadang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Gara-gara tidak mahu berpindah rumah, wanita ini nekad simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu. Tidak dapat bayangkan dia lalui hari-hari tinggal bersama jasad ibunya yang tidak bernyawa.
Tidak Mahu Berpindah
Segala kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak polis di Tokyo, Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.
Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana ‘enggan berpindah’ dari rumahnya itu.
Kisah dua beradik berusia 25 dan 27 tahun ini viral awal Ogos lalu. Menerusi perkongsian Raja Anita Raja Mukhtar yang bertemu dengan pasangan adik-beradik yang tinggal di bawah jambatan di Bachok, Kelantan.
Sebak pilu, wanita ini apabila mengenangkan nasib pemuda yang terpaksa tidur berlapikkan sekeping alas plastik semata. Tidak dapat digambarkan bila malam harinya.
Kongsi Raja Anita, “Allahuakbar.. Allahuakbar.. Sedih airmata tumpah hari ni. Menulis ni pun sebak Ya Allah.
Anak muda umur 25 tahun dan 27 tahun. Selepas kematian ibu tak berapa lama ayah nikoh lain anok amik keputusan duduk sediri nok berdikari nyo pilih duduk bawoh jambatan ni.”
Sambil anak mudo ni cerita sambil menahan sebak buat kan kito hok mendengar ni ngalir airmato. Tiada perkataan tiada gambaran untuk kakta cerita kan dengan panjang keadaan tepat tido anak mudo ni.
Bilo di tanyo nok duduk lebih selesa ko dio jawab kalu boleh gak dok basal walau kecik pun takpo asal ado tepat teduh
Tiada daya upaya melain kan pertolongan dari Allah Allah maha kuasa semoga ada pertolongan buat anak muda ni… Kakta pesan adik hafiz doa banyak deh biar boleh dapat rumoh selesa. Si abang tu jadi tekanan doh.”
Postingnya yang viral kemudiannya mendapat simpati daripada Ebit Lew yang kemudiannya membantu dua beradik yang hidup di bawah jambatan ini.
“12 Malam tadi mesej dengan Kak Raja Anita tentang keadaan adik ni. Terus team gerak ke Kelantan drive 12 malam. Saya fly pagi ni ke Kelantan ziarah 2 beradik ni yang dah 2 bulan duduk bawah jambatan.
Makan, tidur semuanya di bawah jambatan di Bachok. Seorang adik jaga abangnya yang tekanan dan gangguan emosi. Kasihan tengok mereka. Menangis melihat anak muda ditimpa ujian begini.
Termenung diam je abangnya. Tadi bersama JKM dan NGO tempatan. Berat ujian adik ni. Kadang kita tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan. Banyak nyamuk dan ular katanya. Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dapatkan rawatan.
Semoga adik beradik ni diberi sihat dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian ini dengar sabar.”
Mingguan Wanita : Sebaknya, walau sudah berganti hari baju dua beradik ini masih juga tidak bertukar ganti. Apa pun, setiap orang ujiannya tidak sama, semoga dipermudahkan urusan kedua beradik ini.
Ana Nayla ramai puji miliki sepasang mata yang sangat cantik. Menerusi perkongsian di akaun Instagram pasangan pelakon popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka buat tatapan peminat.
Ana Nayla Ramai Puji Miliki Sepasang Mata Yang Sangat Cantik
Nama yang indah diberi buat puteri sulung, Ana Nayla binti Ahmad Nabil. Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen ramai yang memuji bayi mereka yang sangat comel dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik.
Bukan itu saja malah penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan doa agar Ana Nayla menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.
“Assalamualaikum uncles and aunties!
“Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda yang sangat bersyukur selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang begitu comel.
Pasangan selebriti popular ini telah mengumumkan tentang perkhabaran kelahiran anak mereka sebelum ini. Malah Nabil juga memanjatkan rasa bersyukur segalanya dipermudahkan dan proses kelahiran cahaya mata pertamanya itu berjalan lancar.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” tulis Nabil.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari lalu selepas bertunang secara atas talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayda sebelum itu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya memaklumkan akan bersalin seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ayda Jebat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...