Ingatkan semua dah lupa, anak menangis terharu birthdaynya dirai. Ibu berjaya buat prank. Memori paling indah di zaman kanak-kanak ialah bila mana diraikan setiap kali hari jadi tiba. Ini kerana kita gembira menerima hadiah yang diidamkan.

Perasaan ini bagaimana pun mula berbeza bila mana kita sudah remaja atau dewasa kerana beranggapan, hari tersebut “biasa-biasa saja” kerana ia biasanya diraikan bersama kawan-kawan rapat sahaja.

Ingatkan Semua Dah Lupa, Anak Menangis Terharu Birthdaynya Dirai

Tular di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Farish Rizqi tergamam sebelum mengesat air matanya kerana tidak menyangka sama sekali dirinya akan diraikan pada hari jadinya ke-lapan tahun.

@faiezahamran happy birthday abg farish rizzqi yg ke8❣️❣️❣️ #birthdayboy #birthday8tahun #muhammadfarish #anakmakayah #fyp #fypシ ♬ original sound – Faiezah Amran

 Dia yang awalnya menjangka, hari tersebut akan berlalu begitu saja tanpa sebarang ucapan, akhirnya menangis bila mana namanya disebut sekaligus membuatkan orang ramai yang menonton videonya turut sama menangis. Masing-masing bagaikan memahami “perasaan” tidak diraikan walau tarikh hari jadi adalah hari istimewa kita.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!

Untungnya Wanita Ini! Usia Baru 23 Tahun Dapat Hadiah Lamborghini Nilai RM1.5 Juta Sempena Hari Jadi

IKLAN

“Nak Mak Dan Ayah Bersama Balik”, Inilah Hadiah Harijadi Permintaan Anak Pada Ayahnya

Dari satu perkongsian video dari ibunya, @Faiezah Amran mereka menghadiri sambutan hari jadi sepupunya di mana Farish kelihatan menyanyi lagu hari jadi bersama kawan-kawannya  tanpa  menyedari ada prank untuknya. Selepas kanak-kanak perempuan yang diraikan itu meniup lilin dan mahu memotongnya, namun diminta ditangguhkan ketika sebelum sekali lagi lagu  hari jadi dinyanyikan semula buat kali kedua.

Ibu Berjaya Buat Prank

Farish turut sama menyanyi tanpa menyedari namanya akan disebut sebagai orang diraikan. Jelas dirinya kelihatan  tergamam sebelum diminta meniup lilin pada kek Beyblade impiannya itu. Jelas dirinya terus sebak sambil mengesat air matanya dari tidak terus tumpah.

Menurut ibunya, setiap hari anaknya itu akan melukis kek Beyblade itu di buku sekolahnya dan bila ia direalisasikan dengan kejutan, anaknya cukup terharu.

IKLAN

Tulis ibunya, “prank menjadi. Dia memang takt ahu mak nak sambut birthday dia. Yang dia tahu nak sambut birthday sepupu dua. Mak janji nak sambut birthday Farish, mak tunaikan. Farish terharu sampai menangis, sampai ramai yang ikut menangis. #birthdayboy #farishturn8 #prankjadi #farish.

Ya, walau nilainya hanya sebiji kek kartun kegemaran tapi “nilai dihargai” itu amat penting untuk perkembangan emosi setiap manusia. Apa pun seorang ibu tak akan pernah melupakan tarikh penting anak-anaknya walau sesibuk mana pun mereka keluar mencari rezeki. Yang kerap terlupa tarikh penting, biasanya orang lelaki hingga adakalanya pasangan merajuk.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI