Kisah Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob sebelum ini pernah tular apabila dia dengan lantangnya memberi komen dan menghina Melayu malas.Kali ini, namanya muncul lagi apabila wanita yang lebih dikenali sebagai Mak Cik kemboja ini berkongsi detik dirinya diceraikan oleh suami, dikenali sebagai ‘Mr. S’, secara live di media sosial pada 7 Ogos 2025.
Mak Cik Kemboja diceraikan, 200 mata melihat
Lafaz cerai itu dibuat ketika beliau berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Ketika di mahkamah, Mak Cik Kemboja sempat membuat live di TikTok dan ketika itulah ‘Mr. S’ menulis lafaz talak di komen.
15 tahun rumah tangga runtuh kerana orang ketiga
Menurut perkongsiannya, rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun berakhir bukan kerana ketiadaan cinta, tetapi disebabkan kehadiran orang ketiga yang didakwa tidak tahu menghormati hubungan perkahwinan orang lain.
Berakhirlah sebuah kisah… lebih 15 tahun dibina, akhirnya runtuh bukan sebab tiada cinta, tapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat.
Ads
Meskipun pahit untuk diterima, Mak Cik Kemboja reda kerana percaya Allah mengetahui siapa yang benar-benar teraniaya. Baginya, kadang-kadang kehilangan itu sebenarnya adalah penyelamat.
Dalam perkongsian tersebut, Mak Cik Kemboja dikatakan terlalu lama bersabar dan cuba bertahan demi anak-anak. Namun, sikap ‘Mr. S’ yang semakin menjauh dan membisu membuatkan beliau nekad untuk bangkit memperjuangkan hak sebagai isteri yang digantung tanpa tali.
Ads
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian.
“Bersaksikan 200 lebih mata yang melihat, perceraian itu, Mr. S tulis, ‘dengan lafaz bismillah, Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau’, terima kasih Mr. S atas cerai yang kau lafazkan pada 7 haribulan Ogos 2025 dan ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman,” ujar Makcik Kemboja sambil menahan rasa sebak.
Video lafaz cerai tersebut telah meraih lebih 500K jumlah tontonan dalam masa 17 jam ia dimuat naik. Sudah ia pastinya mendapat perhatian netizen. Ada yang mempersoalkan jika cerai itu jatuh talak 3 memandangkan lafaz dibuat selama 5 kali selain daripada memberi sokongan moral buat Makcik Kemboja.
Ads
Hurm, apapun tunggu keputusan mahkamah dan semoga Makcik Kemboja kuat.
Kubur Syamsul Haris sepi, keluarga belum terima tarikh gali semula kubur. Suasana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu yang menempatkan pusara pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, 22, kelihatan tenang dan masih lengang.
Memetik Berita Harian hasil tinjauan selama beberapa jam mendapati tiada ahli keluarga atau sesiapa di kubur berkenaan. Namun, pada jam 1.34 tengah hari, sebuah trak polis sempat dilihat memasuki kawasan berkenaan sebelum beredar tidak lama kemudian.
Menurut ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, beliau kini berada di rumah adiknya di Kuala Lumpur dan akan ke tanah perkuburan tersebut selepas mendapat maklumat mengenai tarikh sebenar proses penggalian semula dijalankan.
“Tarikh pun belum tahu. Saya kini berada di rumah adik di Kuala Lumpur,” katanya.
Allahyarham Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi selepas mengikuti latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini memaklumkan hasil siasatan jawatankuasa khas mendapati tiada unsur penderaan terlibat dalam insiden berkenaan.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan kubur Syamsul Haris digali semula bagi tujuan bedah siasat kedua. Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.
Mahkamah turut menetapkan proses penggalian semula perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan melalui bedah siasat kedua.
Zara Qairina simpan duit dua bulan demi beli kasut impian…Kini tinggal kenangan. Beberapa minggu ini media sosial dibanjiri rasa pilu dan marah apabila sebuah hantaran lama milik Zara Qairina kembali menjadi tular.
Dalam perkongsian bertarikh 5 Disember 2024 itu, Zara meluahkan rasa gembira kerana berjaya memiliki sepasang kasut jenama ASICS hasil menabung daripada duit belanja sekolah selama dua bulan.
“Hasil ikat perut… simpan duit belanja sekolah selama 2 bulan, akhirnya dapat beli kasut ASICS berharga RM++,” tulis Zara sambil memuat naik gambar kasut berwarna merah jambu tersebut.
Namun, hantaran itu kini mengundang sebak apabila dikaitkan dengan berita pemergian tragis Zara yang sedang hangat diperkatakan. Ramai warga maya tidak dapat menahan emosi membaca kisah tersebut, malah ada yang turut berkongsi rasa simpati dan kemarahan terhadap nasib yang menimpa remaja itu.
Seorang pengguna Facebook, Ciperdy Azey memuat naik semula hantaran tersebut dengan kapsyen penuh emosi:
Walaupun bukan ahli keluarga, luahan itu menggambarkan betapa dalamnya rasa simpati dan marah terhadap kejadian tersebut.
Ruang komen juga dibanjiri ucapan takziah, doa, dan janji untuk menuntut keadilan buat Zara. Seorang pengguna menulis, “Kasut ini bukan sekadar kasut tetapi simbol usaha, harapan, dan impian yang kini terhenti.”
Kisah ini menjadi peringatan penting untuk kita semua tentang betapa perlunya menjaga keselamatan anak-anak, menghargai setiap usaha mereka, serta menghindarkan sebarang bentuk buli atau penderaan.
Hati mana yang tidak luluh bila mendengar berita tentang si kecil yang baru mengenal dunia, pergi terlalu cepat. Itulah yang berlaku kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muammar Aidil, yang meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah taska di Wangsa Maju, pada 26 Mei lalu.
Hari ini, insiden menyayat hati itu berakhir di kamar mahkamah apabila seorang pengasuh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuai dalam menjalankan pengawasan sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.
Nor Fatihah, yang hadir dengan jubah hijau, kelihatan sebak. Dia menangis teresak-esak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Suasana menjadi pilu apabila dia ditenangkan ahli keluarga sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal mengadakan pengawasan dan pemeliharaan wajar sehingga mengakibatkan kematian Muammar Aidil. Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 11.08 pagi di taska terbabit.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa raya memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi. Namun, sekiranya jaminan dibenarkan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000 bersama syarat tambahan, termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.
Nor Fatihah, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kerana menanggung keluarga di kampung.
“Saya ada tanggungan ibu, adik dan ayah kandung sakit saraf. Selain itu, saya ada komitmen dan hujung tahun ini akan berkahwin,” katanya dalam rayuan penuh emosi.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Anak kepada peguam, Aidil Khalid, dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke taska. Menurut laporan Kosmo!, anak tunggalnya Muammar Aidil yang berusia tujuh bulan dikatakan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke premis jagaan itu pada pukul 9.20 pagi.
Pemergian bayi lelaki itu sangat mengejutkan memandangkan bayi itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29 pada hari kejadian.
Mengulas lanjut, Aidil berkata pada hari kejadian bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tidak sihat.
Aidil berkata, isterinya menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan bayi mereka dalam keadaan seakan-akan pengsan, selain terdapat susu keluar dari hidungnya.
Nur Farihah segera bergegas ke taska berkenaan sebelum membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital swasta di Setapak.
“Doktor yang melakukan pemeriksaan beritahu bayi kami tidak menunjukkan sebarang respons tetapi pasukan perubatan tetap berusaha memberikan bantuan pernafasan selama 40 minit.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tragedi ini memberi pengajaran bahawa menitipkan anak bukanlah perkara kecil. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:
Jika anda rasa sesuatu tidak kena dengan suasana taska atau cara pengasuh melayan anak, usah diabaikan.
Nyawa anak adalah amanah paling berharga. Ibu bapa tidak boleh berkompromi soal keselamatan, manakala pengasuh pula perlu sedar bahawa setiap bayi yang dijaga adalah tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran, disiplin, dan ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!